CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percakapan Wanita Dakwa Bakal Kahwini Tengku Hassanal Dirakam

4-2-2025 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16866| Komen: 3

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada April tahun ini.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata setakat ini, pihaknya dalam peringkat akhir siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.


DATUK Seri Yahata Othaman (kanan) pada siadng media selepas sesi Pehimpunan Bulanan Polis Negeri Pahang. FOTO Muhammad Delima Atan

Katanya, wanita berusia 38 tahun itu berjaya dikesan di Perak dan pihaknya sudah merakam percakapan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika ditemui media selepas Program Perhimpunan Bulanan bagi Februari 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.


Pada 10 Disember tahun lalu, Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja membabitkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita.

Menerusi kenyataan itu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Datuk Mohamed Zahari Yahya, dilaporkan berkata hantaran di laman media sosial Instagram yang dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1) menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang.

"Menurut hantaran di story Instagram berkenaan, wanita itu mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan dan secara fitnah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

"Istana Pahang sudah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan dimuatnaik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang," katanya dipetik.


Sumber- Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 4-2-2025 12:55 PM
38 thn? nampak mcm tua dr usia
Quote Perawankota 4-2-2025 01:10 PM
Dorg betul2 amik serius ye kes ni..
Quote ledigugu 4-2-2025 01:17 PM
Acik tu pulak kat insta dia dok kata ig official tu fake. Kalau tak kenal acik ni, mmg caya laa ig kesultanan tu fake.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.026891 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top