CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ditetak Berulang Kali Kerana Gaduh Isu Sempadan Kebun

3-2-2025 08:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25455| Komen: 2

Pertengkaran membabitkan isu sempadan tanah kebun membawa kepada kematian lelaki berusia 23 tahun selepas ditetak berulang kali.

Kejadian berlaku di Kampung Menanga Siamang, Kecamatan Banjit, Kabupaten Way Kanan di Lampung, Indonesia pada Ahad.



Gambar hiasan

Ketua daerah Banjit, Kapten M Pardede berkata, insiden pergaduhan antara penduduk berlaku di Kebun di Kampung Juku Batu, Kecamatan Banjit, Kabupaten Way Kanan.

Beliau berkata, mangsa dan adiknya datang ke rumah Ketua Kampung Juku Batu untuk menyelesaikan masalah sempadan kebun.

Menurutnya, setibanya di rumah ketua kampung, datang dua individu yang berbual sambil menjerit.

"Kemudian salah seorangnya berdiri dan mengambil parang daripada motosikal adik mangsa dan segera menetak mangsa berulang kali di kepala. Mangsa rebah, pelaku dan rakannya kemudian melarikan diri," katanya.


Pardede memberitahu, mangsa dikejarkan ke hospital, namun kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Kes tersebut masih dalam siasatan.


Sumber- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 4-2-2025 01:45 AM
meanwhile di Malaysia, angin takde, ribut takde, tiba2 tanah sendiri dah bertukar nama, geran nama orang lain

selalu jadi kat orang miskin, tak mampu nak fight balik
Quote matbad 4-2-2025 08:50 AM
Lps tu anak beranak smua ada tanah dan buat umh hebat2 belaka..hanya di Malaysia haha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.097781 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top