CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Tegur Pengantin Tak Beradab 'Berkungfu Dengan Tok Kadi'

3-2-2025 08:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26354| Komen: 20

Saban hari, ada sahaja  'trend' baharu yang menjadi kegilaan dan ikutan ramai.

Kali ini, timbul pula teknologi dijana kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah gambar menjadi video pelbagai aksi.



Tangkap layar video kungfu janaan AI yang sedang tular.

Paling mengejutkan, ada individu turut menyunting gambarnya di pentas konvokesyen sehingga ia kelihatan seperti video aksi kungfu.

Trend video sama turut dibuat ramai pasangan suami isteri, seolah-olah menunjukkan mereka seperti sedang bergaduh.

Susulan itu, pendakwah dan penulis, Ustaz Angah Sunan tampil menegur trend berkenaan yang disifatkannya seperti kurang beradab.


Antara video kungfu janaan AI yang dikongsi di TikTok.


"Di TikTok sekarang, tular effect visual kungfu Shaolin. Gambar kita dijana oleh AI TikTok, lalu orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkungfu level naik kaki bagai.

"Kemudian ramailah buat, gambar ambil scroll di majlis konvo, tiba-tiba berkungfu dengan Timbalan Naib Canselor atau seumpama. Laki bini berkungfu. Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya.

"Tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita. Yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya," tulisnya.

Dia berkongsi teguran itu menerusi Facebook dan TikTok.

Di ruangan komen, ramai menyambut baik teguran itu dan berharap netizen di negara ini tidak terlalu mengikut trend sehingga mengabaikan adab sopan.


Ramai beranggapan video ini tidak beradab dan mencemarkan istiadat konvokesyen.

Namun, ada juga tidak bersetuju kerana beranggapan ia hanyalah gurauan sahaja.

"Yang time konvo tu, harap pihak universiti ambil tindakan, mencemarkan istiadat.

"Yang memalukan lagi gambar sedang akad nikah dibuat aksi kungfu. Pengantin naik kaki ke pak imam tu.

"Semalam aku tengok pengantin buat AI kungfu. Kain pengantin perempuan tu terselak.

"Sekadar hiburan, semua nak ambil serius ni kenapa?" tulis netizen.


Sumber- mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-2-2025 08:56 PM
Inilah generasi celik IT..

@Jitu
Quote nolya 3-2-2025 09:21 PM
Kenapa semuanya nak dibuat hiburan. Orang2 skr ni dah tak gheti nak fikir, bezakan apa yg boleh dilucukan atau perlu kekal menghormati keadaan. Esok2, foto anak tunjal kepala atau sepak makayah pun hanyalah sekadar lucu/konten, tak perlu ambil serius.
Quote nuc 3-2-2025 09:32 PM
budak2 muda skrg ramai yg kurang adab...kalau bersembang, perkataan babi, sial, bodoh mainan kat mulut
Quote slyfynx 3-2-2025 10:08 PM
TT
Tajuk clickbait.
Ustaz tegur post AI tu, bukan tegur pengantin.
X SPM ke?
Quote B40tastePosh 3-2-2025 11:37 PM
Padu.

Boleh buat gambar bercium.
Quote Jitu 4-2-2025 12:06 AM
tumpanglalu74 replied at 3-2-2025 08:56 PM
Inilah generasi celik IT..

@Jitu

nak kata iols tak tahu la tu yihhh benci
Quote Gokuuu 4-2-2025 01:29 AM
Aku mcm percaya je manusia generasi skrg dah semakin ke arah Zombi.

Jiwa dan Rohani dah semakin kosong.
Badan hanya digerakkan mcm robot utk kerja mkn tidur berjalan.

Sebab itulah makin pelik2...rohani mrk dah habis
Quote PULANGKAN 4-2-2025 01:48 AM
B40tastePosh replied at 3-2-2025 11:37 PM
Padu.

Boleh buat gambar bercium.

dah ada
diorang buat video si stream Ishowspeed tu bercium dengan ronaldo
terkejut budak tu

zaman fitnah berleluasa
orang2 tua paling senang tertipu
Quote bpbbppbp 4-2-2025 02:14 AM
Mcm2 skg ni
Quote Perawankota 4-2-2025 02:21 AM
nuc: budak2 muda skrg ramai yg kura ...


Betul tu.. kt tmpt aku keje pon ramai budak muda..sikit2 sebut sial lah, sial lah.. aku yg stress dgr dorg sebut benda tu mcm x der apa2
Quote renko 4-2-2025 02:24 AM
Sume benda nak anggap hiburan
Bangang punya netijen sakai
Pastu hidup huru hara xde pencapaian duk busuk hati dengan orang lain plak
Quote afie_m 4-2-2025 11:29 AM
aku pun tak paham dia org ni, semua nak ikut trend, benda tah apa2 tah pun nak ikut..
Quote chinta89 4-2-2025 11:31 AM
"Tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita. Yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya," tulisnya.


setuju. takde adab! tak sihat mentallll jugak. bila semua benda nk dibuat gurauan.
Quote Skuau 4-2-2025 11:37 AM
nuc replied at 3-2-2025 09:32 PM
budak2 muda skrg ramai yg kurang adab...kalau bersembang, perkataan babi, sial, bodoh mainan kat mul ...

hahaha..bebudak sekolah rendah taman aku main kt 'bawah'...wajib drp mulut drng.
-bodoh
-hanjeng
-babi
-sial
Aku geleng jer dgr...
Quote green~tea 4-2-2025 12:09 PM
Aku tak suka trend ni . Walau AI
Quote liyamariska 4-2-2025 12:10 PM
risau dgn generasi akan datang...
Quote sranua 4-2-2025 12:27 PM
Aiii mslh btl ank pempuan aku pun sikit2 anjir....mak dia nak cilikan aje mulut tu mcm mak kita dulu2. Kt rumah bertapis la jgk..kalau dgn kwn2 sape2 nak tegur.
Quote TeropongThaico 4-2-2025 12:35 PM
Seram dgn pemikiran budak2 skrg
Dulu pun ada tp skrg lagi hancioq
Quote kemaruk 4-2-2025 12:44 PM
Generasi chatgpt yang muda remaja macam bangkem ni rengsa dengan boomer complaints dari kertu macam korang ni

Biarlah kami dengan cara kami.. korang dulu pon masa muda2 tonton cerita blue guna VCR letak tajuk batman forever (bf) padahal blue film

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.190139 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top