CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ogy Berhenti Mengacara Melodi Sebab Nak Jaga Mak Ayah

3-2-2025 08:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21748| Komen: 15

Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 62, mendedahkan keputusan untuk berhenti mengacarakan program Melodi dibuat atas kehendak sendiri dengan alasan mahu menjaga ibu bapanya.

Katanya, dia nekad untuk tidak lagi menjadi pengacara program tersebut selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun 2000.



TikTok

"Saya membuat keputusan untuk berhenti daripada mengacara Melodi dalam tempoh 24 jam. Saya jadi pengacara selama lapan tahun, keputusan itu dibuat sendiri oleh saya.

"Keputusan itu bukan sahaja memeranjatkan penonton, tetapi juga mak bapa saya. Keputusan itu dibuat selepas saya pulang daripada Makkah daripada mengerjakan umrah.

"Hati saya kuat mengatakan untuk berhenti Melodi sebab nak menjaga mak ayah. Saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan mereka," dedahnya.

Ogy berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual dalam saluran podcast Tanah Berdaulat TV.


Segala takdir sudah tertulis, Ogy memberitahu keputusan untuk meluangkan lebih masa bersama ibu bapa adalah satu tindakan yang tepat apabila mereka meninggal dunia selang beberapa tahun kemudian.

"Saya kira itu adalah satu keputusan yang tepat dibuat kerana selang beberapa tahun mak ayah saya meninggal dunia.

"Saya berhenti Melodi 2000, ayah meninggal 2002. Kemudian pada 2005 mak saya pula meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Azura ini turut berkongsi reaksi pihak produksi selepas mendapat tahu dia mahu berhenti mengacarakan Melodi.



"Reaksi produksi ketika itu sangat terkejut. Mereka minta saya teruskan mengacara dan sanggup naikkan gaji saya. Namun saya menolak.

"Pada saya, mak ayah tiada pengganti. Alasan saya berhenti memang mahu menjaga mak ayah."

Sumber: TikTok


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Windermere1004 4-2-2025 09:42 AM
Ok. Next!!!!
Quote Windermere1004 4-2-2025 09:46 AM
klw nak jaga Emak, Ayah, kita ok. Tapi jangan lah nak cakap filem lama Suara Kekasih berkali kali. Jaga lah maruah pihak lelaki, ex-BF. Jaga Aib dia. Kesian pada anak-anak dan cucu-cucu yg tak berdosa. satu malaysia singapore brunei tahu siapa ex-BF dia. tapi perlukah nak menyalak cerita cinta yang sudah di telan masa.
Quote encikWawad 4-2-2025 12:53 PM
Windermere1004 replied at 4-2-2025 09:46 AM
klw nak jaga Emak, Ayah, kita ok. Tapi jangan lah nak cakap filem lama Suara Kekasih berkali kali. J ...

laluan dapat dato senang dari situ. malangnyaa azura. walaupun layak dapat kena la tunggu melaka bagi.
Quote bluebutter 4-2-2025 04:22 PM
Cerita lamaaa dah!.

Ada anak dah uni dah 20 annnn umur!.

Mendelah dia ni.
Quote Barebow77 4-2-2025 05:21 PM
Dulu akak ogy nie lawa gila..la napa dah hilang aura tue ye..banyak terpendam di hatikah sampai nampak kabut serangkai mawar pada wajah..
Quote DARSITA 4-2-2025 05:22 PM
chup cup chup ... bukan berhenti sebab Azwan nak saman? sebab dia ckp Azwan frust nonggeng bila Ziana Zain kawin.

Azwan nak saman ,, terus gi umrah terus berhenti mengacara.

Hurmmm ... fishyyy
Quote pocongkiutss 4-2-2025 06:23 PM
Ni contoh acik yg tak move on
Quote Supersirap 4-2-2025 09:55 PM
Cerita lama jangan dikenang kembali
Quote imransulaiman 5-2-2025 10:53 AM
Oooo bukan sebab "berhijrah" ke?
Quote Tutul 5-2-2025 11:59 AM
DARSITA replied at 4-2-2025 05:22 PM
chup cup chup ... bukan berhenti sebab Azwan nak saman? sebab dia ckp Azwan frust nonggeng bila Zian ...

aha x silp pn psl kes diva AA nk saman, ingat2 lupa kish tu tp dsebbkn kes tu la kan dorg x baik. jga mk ayh sakit bgus jd ank yg baik brtnggjwb tp x nk plak jaga aib org lain, klu bole stiap gen bru kna tau kish cinta 2 drjat beliau.. ko hadoo bkl queen x jd
Quote sleepandream 5-2-2025 01:01 PM
DARSITA replied at 4-2-2025 05:22 PM
chup cup chup ... bukan berhenti sebab Azwan nak saman? sebab dia ckp Azwan frust nonggeng bila Zian ...

bukan diva AA takut dgn sheols ke? kan Ogy penah sound heshe "orang lain nak jadi pengarah kau pun nak jadi pengarah!" masa sheols belakon bawah arahan diva AA
Quote vanilacup 5-2-2025 04:50 PM
2 kali pulak Tanah Berdaulat TV ambik dia jadi tetamu..
Si pengacara berminat pulak nak kupas kisah2 kehidupan dulu Kak Ogy...
Yg previous punya episod last year dia ditanya tentang cinta bersama Jagong tu..
Quote supernaturalee 5-2-2025 05:20 PM
Barebow77 replied at 4-2-2025 05:21 PM
Dulu akak ogy nie lawa gila..la napa dah hilang aura tue ye..banyak terpendam di hatikah sampai namp ...

yg iol noticed perubahan penampilan tu lps sheols bertudung
bertudung tu dh bagus
tp bila bertudung penampilan pun jd ala kadar

sheol zmn muda dulu serious comel lawa natural beauty
bila tak jaga ni la hasilnya


Quote nonymous 6-2-2025 09:58 AM
Kecoh masa tu Diva AA nak saman sbb Nek Ogy mengacara Melodi malukan heshe dok meratap Nek ZZ kawen, tp siok Nek Ogy mengacara, Melodi program meletup kot era tu, sapa yg jd host melodi memang letup. Resign jaga makpak tu satu keputusan yg tepat sbb dapat jaga makpak sebelum mereka tiada.
Quote BellaThePrinces 6-2-2025 03:13 PM
tapi melodi kan setiap ahad jer..1-2jam je...bukan setiap hari pun...apa masalah nya dgn jaga orang tua?

yang betulnya masa balik umrah tu terus dpt hidayah..terus bertudung,,,tapi agak over lah reaksi dia bila ditanya ttg penghijrahan....menangis2..terpaling berhijrah..semua lagha..masa tu mcm nk tinggalkn bidang seni dah...

tapi kesudahannya...kembali pada asal jgk cuma tudung masih utuh.

apa2 la kak ogy

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.083112 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top