CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tangguh Prosiding Lepas Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis Lihat Gambar Bedah Siasat Anak

3-2-2025 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8677| Komen: 18

Ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin menangis di kandang tertuduh sebaik jurugambar polis mengemukakan 94 gambar bedah siasat.

Pada hari pertama perbicaraan, saksi pendakwaan pertama, Detektif Koperal Mohamad Hirwan Arifin yang juga jurugambar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengemukakan 142 gambar antaranya gambar bedah siasat, gambar tempat kejadian dan forensik serta gambar beg mangsa.

Antara gambar dikemukakan adalah mayat Zayn Rayyan masih memakai lampin pakai buang, kecederaan lengan, gambar kaki, telinga, muka, kemaluan dan beberapa barangan kanak-kanak itu.


Zaim Ikhwan Zahari (kiri) bersama isteri, Ismanira Abdul Manaf keluar dari mahkamah selepas prosiding kes pengabaian anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Sumber foto: Harian Metro

Gambar itu didedahkan dalam perbicaraan hari pertama pertuduhan pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh hari ini.

Gagal mengawal sebak ketika semua gambar itu dikemukakan, mahkamah membenarkan prosiding ditangguhkan beberapa minit berikutan pasangan itu mahu ke tandas.

Mohamad Hirwan, 45, ketika memberi keterangan berkata, dia diarahkan mengambil gambar di lokasi jenayah oleh pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail pada 7 Disember 2023.

Pada sesi pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian bertanyakan saksi pendakwaan itu dia diberitahu untuk mengambil gambar membabitkan kes kanak-kanak Zayn Rayyan.

Kamarul Iman: Lima dan enam gambar apa?

Mohamad Hirwan: Ya itu adalah gambar mangsa bernama Zayn Rayyan

Kamarul Iman: Boleh kamu terangkan gambar tujuh dan lapan?

Mohamad Hirwan: Gambar muka mangsa dan gambar lapan tak silap kecederaan lengan mangsa.

Kamarul Iman: Gambar 19 hingga 23, boleh terangkan

Mohamad Hirwan: Gambar mangsa telah dibuka baju dan seluar cuma ada gambar mangsa memakai pampers (lampin pakai buang), gambar kepala hingga badan mangsa, gambar kemaluan mangsa, baju tertulis Zayn Rayyan, seluar mangsa tertulis Cheetah dan gambar bersama pampers mangsa.

Selain itu, Mohamad Hirwan memberitahu mahkamah pada 13 Disember 2023 dia menerima arahan daripada Mohd Hafizee untuk mengambil gambar beg mangsa.

"Gambar beg berwarna biru merah kuning putih terdapat perkataan S di tengah-tengah beg serta satu beg kecil berwarna biru merah serta ada gambar kartun bersama botol air berwarna hijau," katanya.

Mohamad Hirwan juga mengemukakan gambar di lokasi kejadian iaitu Blok R Apartment Idaman, stor barangan, pintu luar dalam rumah mangsa dan lokasi tangga.

Pada 13 Jun tahun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding bersambung pagi esok



Sumber- Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-2-2025 09:08 PM
Drama tamil ye?  Setannn!!
Quote Olumis 3-2-2025 10:43 PM
Follow
Quote asfaz 4-2-2025 12:07 AM
mana gbr nangis? tak percaya la ,dlu pun ketara berlakon.. phuiihhhhh
Quote kepingbewok 4-2-2025 05:24 AM
kalau tak bersalah,kenapa nak takut..belum apa2 dah buat bantahan awal.berani kerana benar,ko hadap je lah
Quote I.K.A888990 4-2-2025 06:41 AM
tu elok senyum mendabik dada je keluar court.

pelakon terhebat sangat ni
Quote prince_marhaen 4-2-2025 09:24 AM
Family si bapak yang suspicious & defensive gila tu tak kena apa-apa ke eh?
Quote bulan_gerhana 4-2-2025 09:48 AM
hurm.. berkuntum le kat cini follow kes ni pulek
Quote 3chanceno 4-2-2025 11:06 AM
Kesian arwah adik nie...semuga ada keadilan buat arwah yg tak berdosa ini
Quote nutcrack8 4-2-2025 12:00 PM
Kalo ade kes jln kat mahkamah, ape effect pd org tu ek? Keje kene buang ke?
Quote TeropongThaico 4-2-2025 12:49 PM
Apsal muka tak mcm tgh sedih pun
Quote Moyangkucing 4-2-2025 03:07 PM
Ada update story kes ni hari ni?
Quote primarikey 4-2-2025 05:12 PM
Tu la tertunggu2 jgk klu ada yg update
Quote Barebow77 4-2-2025 05:16 PM
Mcm sendu jah thread nie..acik porem dah malas nak layan ke nih..
Quote kucingitam 4-2-2025 05:18 PM
semoga ada keadilan buat ZR..
Quote rashiman 4-2-2025 05:37 PM
Bila nak tangkap dan dakwa yang membunuh kanak-kanak tersebut.

Quote hokeypokey 4-2-2025 05:47 PM
ohoo.. ni rupanya taktik nk tangguh prosiding.. kena nanges teresak2 sampai meleleh hingus
Quote jari10 4-2-2025 05:51 PM
I.K.A888990 replied at 4-2-2025 06:41 AM
tu elok senyum mendabik dada je keluar court.

pelakon terhebat sangat ni

Pernah dulu sorang penceramah cerita.. biasalah kalau OKT / OKD berdrama.. sama ada cara berpakaian atau reaksi atau tingkah laku
Quote vee_zara 4-2-2025 06:21 PM
Tak dapat tangkap lg noh. In case kalau parents bukan pelaku. [em:11:]

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044474 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top