CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Nak Berniaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan – ‘Suami Kata Lebih Baik Sedekah’

28-1-2025 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4680| Komen: 60|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-28 115858.png


Ingin kembalikan zaman kanak-kanak, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan hasrat untuk berniaga kuih-muih pada bulan Ramadan.

Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, dia ada meminta izin daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, namun tiada jawapan diberikan.

"Saya ada beritahu suami, nak berniaga, nak jual kuih depan rumah bulan Ramadan ini."

"Bolehlah cari duit poket. Pembantu rumah saya pun pandai buat kuih, dapat lah isi masa lapang. Seronok tau berniaga.

"Tapi suami hanya berlalu pergi dengan seribu pertanyaan."

Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Kata pelantun lagu Purnama Merindu itu lagi, suaminya mencadangkan untuk dia bersedekah sahaja kuih-muih tersebut.

"Suami kata lebih baik sedekah, bagi dekat orang je kuih yang saya buat itu. Saya jawab la, yang sedekah lain yang berniaga lain."

Sebelum ini, Siti pernah berkongsi cerita sewaktu zaman kecil yang mana dia selalu membantu ibunya berniaga kuih di kampung.


Sumber– Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-1-2025 12:41 PM
Tk cukup lagi ke duit tu tok ti oii
Quote duri_durians 28-1-2025 12:55 PM
aku teringat mak member jual makanan harga sekian sekian. tapi si lakinya marah n suruh jual murah. tapi lakinya tak keje pun. tak mnolong pulak isteri tu sediakan makanan.
hahahah kelako2.

takde kaitan dgn cerita toktik dgn tokK. dorang kaya so they can afford to sedekah. i rasa ok je tokti berniaga, kalau pembantu rumah dia masak selayaknya duit untung tu bg kat pembantu rumah..
Quote noor2 28-1-2025 01:14 PM
Dia ni peminat berjuta...jual kuih 1 jenis pun dah boleh dpt berjuta...belum.lagi jual tudung
Quote areyam 28-1-2025 01:33 PM
sokong tok k...
Quote lilacomot 28-1-2025 01:35 PM
laki ko gk yg cerdik...
Quote anakpakmaun 28-1-2025 01:38 PM
dah kaya raya sedekah sajalah
Quote apedehal 28-1-2025 01:54 PM
Sedekah bln puasa bganda pahalanya tokti..nk juai ape lg nya
Quote BungaKencana 28-1-2025 02:19 PM
tokti sje je kot nk mengimbau kenangan.. tp tak payah la tokti buat marah jiran2 je.. mesti jammed jalan situ..
Quote L.U.S.M 28-1-2025 02:21 PM
Tokti ni hubbun dunya sgt...pergila enjoy duit yang sedia ada tu...life is short.hahaha
Quote PULANGKAN 28-1-2025 03:38 PM
BungaKencana replied at 28-1-2025 02:19 PM
tokti sje je kot nk mengimbau kenangan.. tp tak payah la tokti buat marah jiran2 je.. mesti jammed j ...

betul jugak.. plus, customer yang jenis peminat fanatik
Quote mamaneesa 28-1-2025 04:33 PM
uish...kalau tokti jual kuih depan rumah bln puasa nnt, aku nak pi beratur la...haha...rumah tokti tu laluan aku blk rumah tiap hari
Quote doubleA 28-1-2025 04:36 PM
Confirm la org serbu semua pakai buat content, video ke gambar ke. Duduk leklek dah la tokti, betul la apa dkertu cakap tu. Baik sedekah letak mana2 masjid ke
Quote nolya 28-1-2025 04:47 PM
Edited by nolya at 28-1-2025 04:48 PM

Jgnlah perlekehkan semangat orang nak berniaga walau dah kaya sekalipun.  Allah pun tak kata berhentilah atau jgn berniaga apb kamu dah kaya. Cuma kalau DCT  nak niaga kuih sempena Ramadhan, first thing first kena ambik lesen.  Kalau tak kena angkut nanti dgn penguasa setempat. Mcm ni je Tok Ti, apa kata buat jualan online, InsyaAllah bleh laku ni.. Itu langkah permulaan.  Esok2 bila ada sambutan kenapa tidak Tok Ti venture pulak kpd peyediaan makanan/kuih2  sejuk beku/frozen or any kind of sambal2an. Tapi biar resipi sendiri n ada sijil halal. Bukan perli tapi satu idea ygn mungkin boleh Tok Ti pertimbangkan.  Pedulilah dg kata2 orang "mcm tak cukup duit je....." .Buka soal duit tapi semangat keusahawanan itu perlu dilestarikan.  Sedeqah2 juga  dn berniaga selaras bersama. Selama ni Tok Ti  banyak juga beramal jariah.  So Why not?
Quote belilies 28-1-2025 04:53 PM
Tamak sangat sampai nak jual kuih depan rumah. Betullah tok k tu suruh sedekah aje, tak logik betul ko nak berjual lagi nak saing lagi dgn marhaien, ambik rezeki org yg tak mampu. No wonder tak happy2 dah berduit camtu.
Quote naina 28-1-2025 05:39 PM
Hmmm..semua kau nak buat duit. Sudah2la Tokti wei. Tiada kepuasan langsung dgn harta dunia. Bulan puasa la kena banyak ibadah yg KO dah lagha kan berbulan2 dgn konsert joget2 bagai. Ni nak fikir hal dunia lagi.
Quote naina 28-1-2025 05:40 PM
Tapi lebih baik jual kuih dari jual suara..dah tentu2 halal nan berkat jika kena cara. Menyanyi ni berbunyi je dh dosa bagi ajnabi yg mendgrnya..rezeki yang diragui.
Quote ninja boy 28-1-2025 05:49 PM
Org yg dah stabil dah kaya mmg nak buat hobi2 ja, merealisasikan impian gitu, takkan duduk rumah aja, kalau aku kaya aku nak hiking ka nak sailing merentas lautan ka nak backpack seluruh dunia
Quote hyie 28-1-2025 06:24 PM
nak jual kuih donat lettew
Quote royaldanish 28-1-2025 06:25 PM
pastu nanti viral… netz keciwa baris dari pagi bila turn depan rumah tokti kuih dh habis… pastu marah apasal x inform barisan blkng kuih habis

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.107079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top