CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ina Naim Demam, Mimpi Arwah Suhaimi Tiga Hari Berturut – ‘Saya Sebenarnya Rindu’

30-1-2025 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6190| Komen: 104

 


Pemergian suami pastinya memberi kesan yang mendalam terutama buat isteri, itu adalah apa yang dilalui oleh balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim berkongsi bahawa, arwah Suhaimi hadir di dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut.


"Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga.

"Cuma Khairul kata, ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini.’

Tidak mampu menahan sebak, ibu kepada empat cahaya mata tersebut mengalirkan air mata ketika mengakui dia amat merindukan arwah suaminya.


"Arwah datang tak bercakap. Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa pilu melihat Ina yang terlalu rindukan arwah Suhaimi.

 

Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas anggota kumpulan Inteam itu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Ina kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu.


Sumber– Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 28-1-2025 12:18 PM
Hurrmm....aku menahan jari dari menaip. Takpe Ina...pandai2lah hang handle
Quote slyfynx 28-1-2025 12:31 PM
Ok
aku x nk komen
byk dosa aku nnt
Quote miemiecha 28-1-2025 12:39 PM
nk komen tapi kena sabar
Quote lightheaded67 28-1-2025 12:44 PM
Edited by lightheaded67 at 28-1-2025 12:49 PM

baik nya acik acik
tp takpelah. dgn wujudnya berita ini, ia boleh dijadikan sbg bahan bacaan ringan acik acik
Quote noor2 28-1-2025 12:54 PM
Dah rindu kenapa ko kawin baru...adoiii serius pelik...
Quote areyam 28-1-2025 01:24 PM
xleh move on... kecik hati suami skrg...
Quote KakRumiMenari 28-1-2025 01:26 PM
Amboiii chuols semua bias! Hahaha
Quote Kuin-Kepam 28-1-2025 01:26 PM
Pulak dah….teringat kenangan basuh baju sental dgn berus ke sisss??
Quote lilacomot 28-1-2025 01:28 PM
boleh ke rindu laki lama dh ade laki baru
Quote alesandra 28-1-2025 01:32 PM
Mimpi tu mainan tido.mimpi x salah.tapi bengong ko pegi citer  kat laki ko..kata rindu bagai tu..kenapa pompuan?
Quote anakpakmaun 28-1-2025 01:33 PM
ye lah tu
Quote QIsmail 28-1-2025 01:46 PM
Live dia makin sikit join. Time baru2 Lepas Kahwin dulu ber k2 viewers. Adakah ini Cubaan untuk….?
Quote Carcosa 28-1-2025 01:48 PM
Dahtu??? Kau enjut je la laki biawak sungai kau tu, sambil membayangkan yg dah meninggal tu.
Quote chandrahusin 28-1-2025 01:51 PM
demi views la tu
Quote esteryen 28-1-2025 01:58 PM
alesandra replied at 28-1-2025 01:32 PM
Mimpi tu mainan tido.mimpi x salah.tapi bengong ko pegi citer  kat laki ko..kata rindu bagai tu..ken ...

dia kan mmg ada bengong plus lebam
Quote haniasyira 28-1-2025 02:03 PM
Carcosa replied at 28-1-2025 01:48 PM
Dahtu??? Kau enjut je la laki biawak sungai kau tu, sambil membayangkan yg dah meninggal tu.

Quote kucingitam 28-1-2025 02:09 PM
aku ada baca katanya kalau org dah meninggal tu dtg dlm mimpi, dia nakkan doa dr kau...
Quote annehuda 28-1-2025 02:10 PM
cuba kalau kite reverse role, tetiba laki dia cerita termimpikan ex wife 3 malam berturut2, pastu ngaku rindu, camne agaknye
Quote B40tastePosh 28-1-2025 02:18 PM
kucingitam replied at 28-1-2025 02:09 PM
aku ada baca katanya kalau org dah meninggal tu dtg dlm mimpi, dia nakkan doa dr kau...

Ye Suruh buat tahlil dan kenduri ....nenek aku pernah datang sehari sebelum tahlil....minta makan

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.078834 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top