Sejak kebelakangan ini penampilan pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian apabila dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi sekalogis menjadi bualan. Memetik mStar Online, Aprena mengakui dia hanyalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan serta menyifatkan ianya ujian buat dirinya. “Saya tidak berani nak cakap apa sebab nanti akan ada tidak puas hati. Pakai tudung itu wajib tetapi saya juga manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya juga ada ujian saya sendiri. “Mungkin sebab saya orang kenal, jadi mereka ambil berat. Mereka sebenarnya tidak tahu apa saya lalui. Ya, buka tudung bukan alasan untuk hindar daripada masalah, berilah saya ruang dan peluang untuk perbaiki diri,” katanya. Sementara itu, Aprena berkata dia terharu kerana ramai yang memberi kata-kata semangat terhadapnya meskipun ada yang mengkritiknya.
Dalam pada itu, Aprena berkata memakai hijab adalah perkara baru baginya kerana dari kecil dia tidak memakai hijab. “Dan mungkin juga sebab saya daripada kecil tidak memakai hijab dan ini (pakai tudung) adalah benda baru untuk saya,” katanya. Sumber– mStar, Rotikaya |
Carcosa replied at 31-1-2025 09:49 AM
Ah lantak kaulah
Org tgh busy pasal Apreena satu lagi nih
Apreena Mak Lampir scammer di ...
ADVERTISEMENT