Idea sate bhalut yang diusahakannya ditiru, penyanyi Mark Adam bagaimanapun tidak melenting sebaliknya menganggap bahawa semua benda di dunia ini adalah pinjaman. Menjawab pertanyaan netizen mengenai sebuah restoran menjual produk akan seperti sate bhalut, Mark berkata meskipun konsep resepi diambil namun rasanya berbeza. “Ya saya nampak, tak ada masalah rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman bukan milik kita. Idea boleh ditiru tapi rasa dan kasih sayang akan berbeza,” tulisnya. Sementara itu, Mark turut menulis kapsyen ringkas pada perkongsian berkenaan agar dimurahkan rezeki buat peniaga-peniaga di luar sana.
Terdahulu, perniagaan Mark dikecam netizen kerana harga sate bhalut didakwa dijual dengan kadar harga yang agak mahal dan dikatakan tidak berbaloi. Bagaimanapun, Mark menjelaskan harga yang dikenakan adalah munasabah selepas mengambil kira kos penjualan termasuk bahan mentah dan sewa tapak jualan. Sumber– mStar, Rotikaya |
dua_chzy replied at 28-1-2025 11:35 AM
Punya poyo kan. PUNYA LA POYO MACAM LA ORIGINAL IDEA DARI KAU!
B40tastePosh replied at 28-1-2025 05:15 AM
Pinoy Sabah memang camtu ke
pauliza replied at 28-1-2025 12:09 PM
Haji Samuri dh bertahun jual sate balut kulit popia ni dgn harga marhaen
dua_chzy replied at 28-1-2025 01:19 PM
Dia takda ngaku Sabahan ok.
LadyCarefree replied at 28-1-2025 01:21 PM
Tolonglah sesiapa komen balik kat mana acikbengap tu komen?
pauliza replied at 28-1-2025 01:09 PM
Haji Samuri dh bertahun jual sate balut kulit popia ni dgn harga marhaen
orkid_amani: Edited by orkid_amani at 28-1 ...
pauliza replied at 28-1-2025 01:09 PM
Haji Samuri dh bertahun jual sate balut kulit popia ni dgn harga marhaen
ADVERTISEMENT