CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM terima aduan insiden buli, budaya kerja toksik di hospital

30-1-2025 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7180| Komen: 26

 


Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan menerima aduan yang diterbitkan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

Menerusi kenyataan hari ini, KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

"Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM," menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.

Tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, menurut KKM.



Sumber– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 28-1-2025 09:28 AM
Sume ofiz ada
Quote songket_merah 28-1-2025 09:37 AM
yes, saya pun pernah ada pengalaman yang sangat menyayat hati sampai takde kekuatan nak cerita. sampai trauma dan fobia.
Quote white_musk 28-1-2025 10:03 AM
songket_merah replied at 28-1-2025 09:37 AM
yes, saya pun pernah ada pengalaman yang sangat menyayat hati sampai takde kekuatan nak cerita. samp ...

di KKM ke?
Quote lurve82 28-1-2025 11:17 AM
blh ke nak dakwa? sbb nak cari klu dh level2 specialist dia sorg dlm bidg tu, mana nk dpt pengganti..so benda ni akan continue je la...melainkan ramai pakar dkt gomen tu..tu pun ramai lari ke swasta...
Quote white_musk 28-1-2025 12:05 PM
pasal tu kena naikkan bil.... dari zaman 60an lagi rm1...
naikkan la rm10 atau rm20

boleh bagi acik2 kkm gaji lebih kerana tahan buli
Quote Lampuled 28-1-2025 01:53 PM
Mcm mn budaya ni boleh ada dlm bidang yg melibatkan kemanusiaan? Klau dlm tentera tak pelik sbb mmg jenis ganas² org nya. Ni dlm bidang perubatan yg terkenal dimonopoli oleh org bijak pandai straight A. Hujung² end user yg tgh sakit terkena tempias dgn kata² menusuk kalbu.
Zaman dulu² doktor sgt soft spoken and menenangkan bila dgr diaorg ckp. Tp doktor nowadays fuhhhh kebanyakkan percakapan diaorng lidah setajam jarum suntikan. Nmpak mmg takde passion bila dgn patients. Tak fhm kenapa pilih nk masuk bidang perubatan kalau tak minat nak serve patients.
Quote Skyline_84 28-1-2025 02:47 PM
Lampuled replied at 28-1-2025 01:53 PM
Mcm mn budaya ni boleh ada dlm bidang yg melibatkan kemanusiaan? Klau dlm tentera tak pelik sbb mmg  ...

doktor skg tkde empati..maaf ckp ya..
Quote cm_vungtau 28-1-2025 02:53 PM
Doktor sekarang dengki pun ya. Budak2 muda nak jadi doktor macam2 diorang discourage. Apa perangai entah. Lepas tu orang dah belajar penat2 diorang buli. Yang dekat private pulak mata bersinar kalau ada orang admitted.
Quote Lampuled 28-1-2025 03:18 PM
Skyline_84 replied at 28-1-2025 02:47 PM
doktor skg tkde empati..maaf ckp ya..

Betul. Yg muda² ni senang ckp kerek.  Kalau ke kk tu doktor dgn farmacist sama naik perangai kerek. Herdik², perli² org tu dh takde rasa bersalah bg diaorg. Dia anggap patients yg dtg semua kurang pelajaran drp diaorg agaknya. Muka ketat memanjang. Siapala yg paksa diaorg keje medic agaknya. Kalau takde empathy ko pegi keje dgn mesin aje lah.
Quote ninja boy 28-1-2025 03:59 PM
Edited by ninja boy at 28-1-2025 04:02 PM

Ai pi klinik doctor tua bagus layan pesakit ada humanity, klinik doctor muda kerja doctor utk duit je, x praktis kedoktoran kemain gemuk obersiti doctor muda, muntah nanah kemain buat rasa jijik. Sbb itu ai pi klinik doctor tua ja
Quote borne 28-1-2025 05:50 PM
cm_vungtau replied at 28-1-2025 02:53 PM
Doktor sekarang dengki pun ya. Budak2 muda nak jadi doktor macam2 diorang discourage. Apa perangai e ...

Sapa kata?  Dulu early 90s pon dah menyalak mintak JPA kurangkan biasiswa medic.  Biar dorang je jadi doktor gamaknya.
Quote MelahJanda 28-1-2025 06:10 PM
anak aku tgh ambik medic. harap bila kerja, dia stay la dlm KKM sampai pencen nnt
Quote dua_chzy 28-1-2025 06:55 PM
Edited by dua_chzy at 28-1-2025 10:58 AM
Lampuled replied at 28-1-2025 05:53 AM
Mcm mn budaya ni boleh ada dlm bidang yg melibatkan kemanusiaan? Klau dlm tentera tak pelik sbb mmg  ...


Sebab ramai doktor muda bodoh. Jadi kema tengking maki la oleh superior bila buat keja tak betul/blur2. Nurse pun boleh naik hangin sebab nama ja doktor tapi lembam dan selow. True story.

Moralnya, jangan paksa anak jadik doktor kalau dia tak minat/anti sosial/tak ngam jadik doktor.Soh berkawan dengan kuman ja dalam lab. Ni la sebabnya meols pengaruh adik meols jangan ambik medik walau dapat offer. Dia dengar. Mak meols punya la marah, ha ha.
Quote Lampuled 28-1-2025 07:16 PM
dua_chzy replied at 28-1-2025 06:55 PM
Sebab ramai doktor muda bodoh. Jadi kema tengking maki la oleh superior bila buat keja tak betul/b ...

Setuju jugak. Yg muda² ni takde passion pun. Dgn patients asyik buat muka je. Yg diaorg tahu habis study dpt title then diaorg ingat doktor tu mcm dlm drama kehulu hilir gantung stetoscope kat leher. Tlg la lepas ni jgn di paksa budak² yg takde empathy ni jd doktor biarlah 20A pun kalau takde jiwa doktor jgn kd doktor.
Quote dua_chzy 28-1-2025 07:29 PM
Lampuled replied at 28-1-2025 11:16 AM
Setuju jugak. Yg muda² ni takde passion pun. Dgn patients asyik buat muka je. Yg diaorg tahu habi ...

Bukan takat doktor.

Cikgu2 muda pun boleh tahan kerek. Ni meols maksudkan batch SPM 2010 dan ke atas.

Ntah2 zaman anak2 meols nanti lagi teruk pangai people in service. Dengan anak2 meols skalik teruk perangai sebab dah biasa 'dimanjakan' oleh sistem. Hmm.
Quote axl_bach 28-1-2025 07:40 PM
Budaya kerja tu mmg perlukan strong will nk endure, tp biasanya 2 tahun masa HO jer yg teruk...

Once dh jadi MO life dah better...
Quote cm_vungtau 28-1-2025 07:58 PM
Edited by cm_vungtau at 28-1-2025 08:17 PM
axl_bach replied at 28-1-2025 07:40 PM
Budaya kerja tu mmg perlukan strong will nk endure, tp biasanya 2 tahun masa HO jer yg teruk...

Onc ...


Ada MO yang I kenal cakap zaman ni MO pun kena buat kerja HO. Sebab tak cukup orang
Quote axl_bach 28-1-2025 09:30 PM
cm_vungtau replied at 28-1-2025 07:58 PM
Ada MO yang I kenal cakap zaman ni MO pun kena buat kerja HO. Sebab tak cukup orang

Ya, skrng mmg x cukup HO... Hanya hospital utama saja yg ada HO, district mmg dah x ada....
Quote sayawifenikmie 28-1-2025 10:21 PM
Lampuled replied at 28-1-2025 03:18 PM
Betul. Yg muda² ni senang ckp kerek.  Kalau ke kk tu doktor dgn farmacist sama naik perangai kere ...

nasib saya tak pernah pi KK
setakat pengalaman pi HUKM
doktor baik baik belaka
tapi ada yg macam hmmmm kurang pengetahuan atau malas nak jawab pertanyaan
ada sekali masa saya dapatkan rawatan frozen shoulder
ESR saya naik sampai 78 (nomela <30)
saya pun tanya doktor yg sedang belajar nak jadi pakar
DIA TAK TAHU !!!! choiiii
saya punya lah panik
ESR tinggi tanda imflamasi dlm badan kita tinggi
fikir punya fikit aya teringat semasa saya ambil darah tu,
saya punya jari yg ada trigger finger baru operate dan ada infection
as a doctor, dia shoul know
dan dia patut juga tahu yg ESR tinggi sangat tu tak elok
should inform patient

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.044550 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top