CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada pasar tani Ramadan di Kelantan tahun ini

31-1-2025 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7281| Komen: 20

 


Kota Bharu: Tiada pasar tani Ramadan akan dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu, tahun ini.

Pengarah Fama negeri, Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata, keputusan penamatan itu diambil selepas mengambil kira keperluan untuk menumpukan sepenuhnya sumber dan tenaga kerja kepada pelaksanaan program strategik lain yang lebih mendesak.

Katanya, langkah itu sejajar komitmen Fama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program yang dapat memberikan impak jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan termasuk petani, usahawan tani, dan pengguna.

"Keputusan ini juga dibuat berdasarkan analisis keutamaan terhadap sumber logistik, tenaga kerja dan sumber peruntukan yang perlu disalurkan kepada program strategik seperti pengukuhan sekuriti makanan negara, bagi memastikan kestabilan bekalan makanan menjelang musim perayaan.


"Selain itu, peningkatan rantaian nilai pemasaran pertanian iaitu projek pembangunan yang bertujuan untuk memperkukuh saluran pemasaran produk pertanian.

"Seterusnya pengembangan agropreneur baharu iaitu latihan intensif dan sokongan kepada usahawan muda bagi memacu pembangunan sektor pertanian tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Fama menghargai sokongan dan pembabitan usahawan selama ini dan memberi jaminan langkah alternatif dalam promosi produk tani secara dalam talian, pasar tani harian dan mingguan yang akan terus beroperasi seperti biasa.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat keputusan ini. Sehingga hari ini tiada sebarang surat tawaran menjalankan perniagaan Pasar Tani Ramadan Tahun 2025 dikeluarkan dan Fama uga tidak pernah membuat kutipan atau melantik wakil bagi program ini," katanya.





Sumber– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 28-1-2025 11:50 AM
Esok2  kalau PAS memerintah, siap sedialah  tak akan ade le pasar Ramadha lagi.  Kuih dn lauk pauk kena masak sendirilah ye ibu2. Resto melayu/mamak pun jgn izin dibuka sebelum pukul 4 petang. Padan muka kpd yg ngelat puasa.
Quote white_musk 28-1-2025 12:03 PM
ye... tutup je la segala kedai makan... takde la gundu2 acik2 sana
Quote Radzor 28-1-2025 12:21 PM
nolya replied at 28-1-2025 11:50 AM
Esok2  kalau PAS memerintah, siap sedialah  tak akan ade le pasar Ramadha lagi.  Kuih dn lauk pauk k ...

pasar tani ramadhan yg takde kan. bukan pasar ramadhan kol 4 ptg tu.
Quote Samerosie 28-1-2025 12:27 PM
Paling tak pamham akum oram lekaki yam tak nak posa tapi nak makan gak kat kedai sorok2.  pastu kena tangkap.
Quote airfilterkotor 28-1-2025 12:43 PM
Sebenarnya acik tak berapa nak faham dengan justifikasi panjang FAMA ni.
Sapa-sapa yang boleh sinopsis, silakan untuk kemaslahatan ahli porem.
Quote ultra78 28-1-2025 01:03 PM
Pasar tani fama tu adalaglh satu platform utk petani dan pengusaha kecil tempatan jual dan promosi produk mereka dan potong orang tengah. Maybe peniaga sudah ada platform lain seperti pasar pagi.
Quote vanilacup 28-1-2025 01:49 PM
Masaklah sendiri jawabnya dgn tajuk 1 hari 1 resipi...
Boleh cari tajuk2 menu dlm sosmed terutamanya Tik Tok..
Byk idea masakan boleh dpt..
Quote nolya 28-1-2025 04:19 PM
Radzor replied at 28-1-2025 12:21 PM
pasar tani ramadhan yg takde kan. bukan pasar ramadhan kol 4 ptg tu.

Ooo ye ke? Maaf, silap baca. Maaf PAS.
Quote krustykrab 28-1-2025 04:34 PM
Samerosie replied at 28-1-2025 12:27 PM
Paling tak pamham akum oram lekaki yam tak nak posa tapi nak makan gak kat kedai sorok2.  pastu kena ...

Nk masak sendiri kt rumah pemalas. Tapi sanggup tak posa. Apa yg ada dlm otak pun tah la.
Quote sharlenetexas 28-1-2025 05:08 PM
Param kat stadium takde?

Tapi yg mmg takkan ada adalah kerang percik. Percik perut ayam dah banyak tempat ada. Tapi makan sekali sekala ajelah.



Quote Jitu 28-1-2025 11:24 PM
sharlenetexas replied at 28-1-2025 05:08 PM
Param kat stadium takde?

Tapi yg mmg takkan ada adalah kerang percik. Percik perut ayam dah banyak  ...

ko blh telan ye percik perut ayam klu iols rasa tak sanggup

sedangkan kaki ayam pun iols buang je rasa tak selera
Quote tumpanglalu74 29-1-2025 03:21 AM
No good news coming from serombi ni..
Quote TravellingBear 29-1-2025 07:26 AM
If not mistaken dorang buat kenyataan rasmi sbb ada yg mengaku representative dari FAMA .  Tapi tajuk tu… … …..
Quote sharlenetexas 29-1-2025 01:22 PM
Jitu replied at 28-1-2025 11:24 PM
ko blh telan ye percik perut ayam klu iols rasa tak sanggup

sedangkan kaki ayam pun iols buang j ...

Iols suka je percik perut ayam. Kaki ayam tu tak berapa sanggup nak telan walaupun banyak kolagen.

Quote hmmlantakko 30-1-2025 12:29 AM
nolya replied at 28-1-2025 04:19 PM
Ooo ye ke? Maaf, silap baca. Maaf PAS.

hmmmmmmm.

lenkali baca dgn tenang setenang setajah ni menjawab persoalan2 rumit di porum
Quote dua_chzy 30-1-2025 12:33 AM
Edited by dua_chzy at 29-1-2025 04:34 PM
airfilterkotor replied at 28-1-2025 04:43 AM
Sebenarnya acik tak berapa nak faham dengan justifikasi panjang FAMA ni.
Sapa-sapa yang boleh sinops ...

Dia nak kata deol malas nak urus jual beli barang2 pertanian, FAMA kat pasar Ramadhan tahun ni. Tak penting pun. Acik2 tak mati pun tadak suma tu so baik weol fokus kat menda lain yang meols ghasa jauh lagik penting katanya.

Ntah aku pun tak faham. Padahal ni role depa, tolong petani, peniaga kecil kasik pasarkan produk sundri.
Quote nolya 30-1-2025 01:21 AM
Edited by nolya at 30-1-2025 01:35 AM
hmmlantakko replied at 30-1-2025 12:29 AM
hmmmmmmm.

lenkali baca dgn tenang setenang setajah ni menjawab persoalan2 rumit di porum ...

Terkhilaf kerana biasanya sudah terbiasa dgn pasar Ramadhan, tapi jarang disebut pasar tani Ramadhan. Maka terkeliru dn terlangkau di situ  Di tempat saya (KL) ada juga pasar tani di bulan Ramadhan, tapi tidak diwar2kan sbg pasar tani Ramadhan. Pasar tani, ya pasar tani saja, tak dikaitkan dgn Ramadhan.  Tapi kalau pasar  Ramadhan, lain, ada signifikanya tersendiri.  
Apapun saya akui khilaf....... maafkan daku seraya tak ketinggalan makasih memeri teguran.
Quote airfilterkotor 30-1-2025 02:47 PM
dua_chzy replied at 30-1-2025 12:33 AM
Dia nak kata deol malas nak urus jual beli barang2 pertanian, FAMA kat pasar Ramadhan tahun ni. Tak ...

Hahaha... aku ingatkan aku sorang jer yg tak paham.
Quote misszazaz 31-1-2025 09:22 AM
hhrrmmmm

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047275 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top