CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banduan Penjara Taiping dipukul, seorang maut: Polis rekod keterangan 82 individu

28-1-2025 12:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3889| Komen: 15|Original author: Raline


Penjara-Taiping-Kompleks-Penjara-Pertama-Di-Malaysia2.jpg


TAIPING: Polis merekodkan keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara susulan dakwaan kes puluhan banduan di Penjara Taiping dipukul dan dibelasah hingga menyebabkan seorang banduan mati.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, baki 80 lagi yang dirakam keterangan membabitkan banduan serta tahanan di penjara terbabit.

Beliau turut mengesahkan pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian termasuk laporan polis pada 17 Januari lalu.

Katanya, kes itu mulanya disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan sudah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, untuk siasatan lanjut.

“Yang lain-lain itu masih dalam siasatan. Banyak laporan juga yang sudah dibuat, tetapi kita akan angkat ke peringkat Bukit Aman dan siasatan telus akan terus dijalankan.

“Insya-Allah bila sudah lengkap dan gambaran situasi sebenar diperoleh, kita akan cuba keluarkan kenyataan media.

“Buat masa sekarang siasatan dijalankan daripada laporan yang mula diterima pada 17 Januari lalu dan kalau ikut kategori siasatan ia mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Taiping Selatan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), hari ini.

Terdahulu, sebuah pertubuhan politik mengadakan perhimpunan di perkarangan Penjara Taiping, di sini atas isu penderaan dan mencederakan banduan yang turut disertai ahli keluarga banduan terbabit.

Hari ini, lebih 50 terdiri ahli keluarga dan waris berkumpul di hadapan Penjara Taiping menuntut siasatan dan tindakan diambil pihak berkuasa.

Perhimpunan dianjurkan sebuah parti politik itu berikutan dakwaan berlakunya kekasaran oleh lebih 60 wadar penjara terhadap lebih 100 banduan tahanan hingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

Dakwaan itu juga menyarankan lebih 30 laporan polis dibuat keluarga banduan yang berkenaan, dengan keluarga mangsa juga tidak dibenarkan melawat banduan seperti jadual biasa dengan alasan diberi adalah semua banduan dikuarantin.

Sumber – .buletintv3



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 27-1-2025 06:38 PM
tenor.gif
Quote Buritan 27-1-2025 09:14 PM
Aku terpikir jah bila lalu penjara tepen tuu.. tutuhnya banduan tu lari haruu.. keliling penjara tuu rumah org.. sekolah pun dokej
Quote tumpanglalu74 27-1-2025 10:24 PM
Ai takkan la sampai 60 orang warden kot?
Quote Kitty_catz 28-1-2025 08:47 AM
Edited by Kitty_catz at 28-1-2025 12:49 AM
Buritan replied at 27-1-2025 01:14 PM
Aku terpikir jah bila lalu penjara tepen tuu.. tutuhnya banduan tu lari haruu.. keliling penjara tuu ...

muzium tepen kan depan tu je

haku dulu kekecik naik besikal je pi muzium tu
Quote supernaturalee 28-1-2025 08:55 AM
iols suka tgk movie/ drama siri psl penjara
very intense, jantung berdegup laju
it's like watching a horror movie
but no ghost
just human

Quote A-Are 28-1-2025 09:11 AM
Buritan replied at 27-1-2025 09:14 PM
Aku terpikir jah bila lalu penjara tepen tuu.. tutuhnya banduan tu lari haruu.. keliling penjara tuu ...

haiyooo...mesti menyesal saper yg beli perumahan nearby penjara tu...melainkan penjara ada dulu baru perumahan so risiko ats diri sendirilah...i ols antara kerisauan kalo beli rumah nearby penjara and zoo...ghisau harimau terlepas
Quote midori888 28-1-2025 09:57 AM
supernaturalee replied at 28-1-2025 08:55 AM
iols suka tgk movie/ drama siri psl penjara
very intense, jantung berdegup laju
it's like watching a ...

meols kdg2 kalu travel suka jugak buat lawatan ke penjara...antara yg pnh dilawati, Hoa Loa Prison, Hanoi Tuol Sleng Genocide (S21) Cambodia and Crumlin Road Gaol...also Tower of London...concentration camp too, mcm Auschwitz and Dachau...bole tgk equipment yg diorg gunakan, tgk tempat dan process gantung org, how they did their human nature business, bilik2, gas chamber etc...
Quote bpbbppbp 28-1-2025 10:08 AM
Kesian yg mati.
Dari ES:

Salam TUAN ES,
Kami dari keluarga banduan Mangsa Penjara Taiping, ingin memaklumkan Satu insiden Yang berlaku di Penjara Taiping pada 16/01/2025 - 17/01/2025. Seramai 120 banduan dari Penjara Batu Gajah telah Di pindahkan ke Penjara Taiping Dan telah Di sumbatkan ke Dalam sebuah Dewan Di Dalam Penjara Taiping. Di Dalam Dewan tersebut Naik air (banjir) Di sebabkan Hujan Yang tidak terhenti, banduan-banduan meminta bantuan daripada warden² untuk memindahkan mereka ke tempat lain atau ke Dalam sel dengan budi bicara baik tetapi pihak Penjara (Warden²) mengeluarkan kata-kata kesat terhadap banduan, dengan ini banduan- banduan juga memarahi warden tersebut akibat kekecohan / pertelingkahan mulut Pihak Unit Kawalan Dan Pencegahan Penjara (UKP), telah masuk Dalam Dewan tersebut Dan terus memukul banduan² daripada 120 orang banduan seramai 45 banduan mengalami kecederaan Dan 1 banduan telah meninggal dunia Di Hospital Taiping. Kertas siasatan sek 302 telah Di buka pada 19/01/2025 selama dua hari bedah siasat telah Di jalankan Dan pihak Penjara Cuba untuk menutup kebunuhan ini. Kami dapat mengetahui maklumat ini daripada Salah seorang rakan Kami Yang bekerja Di Penjara Taiping. Selepas mengetahui perkara ini Kami bersama beberapa keluarga banduan Yang lain telah pergi ke kaunter lawatan banduan Dan pihak Penjara Taiping memaklumkan tidak Ada jumpaan banduan pada Bulan ini (January) , seramai 7 buah keluarga mangsa banduan telah membuat repot polis. Kami keluarga kepada mangsa² tersebut risau akan terhadap ahli keluarga Kami Yang berada Di Dalam Penjara Taiping kerana daripada informasi rakan Kami kebanyakkan banduan mengalami kecederaan Di bahagian kepala, kaki Dan tangan. Pihak Penjara Taiping, Hospital Taiping Dan Polis Taiping Cuba menyembunyikan perkara ini daripada Media Dan Media Sosial  terbongkar kepada rakyat ataupun ahli keluarga mangsa² banduan Yang lain. Ahli keluarga risau akan terhadap ahli keluarga Kami Yang berada Di Dalam Penjara Taiping. Kami dari pihak² Banduan Penjara Taiping, ingin meminta ribuan tolong daripada TUAN ES untuk mengeluarkan perkara ini kepada orang ramai Dan juga kepada kerajaan Kita. Mohon dapat bantuan untuk banduan² Di Penjara Taiping.
Terima Kaseh TUAN ES
Assalamualaikum TUAN ES
Quote supernaturalee 28-1-2025 10:56 AM
Edited by supernaturalee at 28-1-2025 10:58 AM
midori888 replied at 28-1-2025 09:57 AM
meols kdg2 kalu travel suka jugak buat lawatan ke penjara...antara yg pnh dilawati, Hoa Loa Prison ...

wow
bestnya sis
dpt pegi tgk sendiri
blh imejin what had happened

ada rasa tak vibe2 dlm ruang2 penjara tu
something like rasa penyiksaan, penyesalan, or just feeling numb




Quote midori888 28-1-2025 11:19 AM
supernaturalee replied at 28-1-2025 10:56 AM
wow
bestnya sis
dpt pegi tgk sendiri

of coz lah ada rasa vibe seram, sedih semua...crumlin tu court dia kat seberang jalan, ada terowong bawah, bayangkan in winter sejuk lalu situ dgn takde heater...kat S21 byk tunjuk gambar muka mangsa2, jadi seram plak, lukisan2 kat dinding cell, nama2 org yg mati digantung...mcm2 lagi lah...kat Dachau ada oven tempat bakar org, bilik gas...shocking level of human brutality...
Quote supernaturalee 28-1-2025 11:49 AM
midori888 replied at 28-1-2025 11:19 AM
of coz lah ada rasa vibe seram, sedih semua...crumlin tu court dia kat seberang jalan, ada terowon ...

wow menarik sgtbnyk betul penjara lama uol pegi
why pilih tmpt2 tu

iol lokap sprm je pnh masuk tgk
masa tu sprm kt kompleks d lg sblm ofis hq dorg siap kt sblm bomba nu



Quote midori888 28-1-2025 12:25 PM
supernaturalee replied at 28-1-2025 11:49 AM
wow menarik sgtbnyk betul penjara lama uol pegi
why pilih tmpt2 tu

sajer carik kelainan bila travel, lagipun meols suka history, war crimes, and other crimes stories...

Quote Decaffeinated 28-1-2025 01:24 PM
It's like a war zone in there. Kalau warden bersopan santun terlepas seketul dua kang ko nak tolong jawab ka?
Quote Decaffeinated 28-1-2025 01:27 PM
A-Are replied at 28-1-2025 09:11 AM
haiyooo...mesti menyesal saper yg beli perumahan nearby penjara tu...melainkan penjara ada dulu ba ...

Penjara tu dibina 1879. Ada taman perumahan ka masa tu?
Quote A-Are 28-1-2025 02:18 PM
Decaffeinated replied at 28-1-2025 01:27 PM
Penjara tu dibina 1879. Ada taman perumahan ka masa tu?

kalau tahun 1879 bukan banduan je ada, hantu jepun pon ada ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057066 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top