CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi guna nombor plat bini elak disita bank

28-1-2025 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7951| Komen: 12|Original author: Raline


Toyota-Alphard-tersebut-yang-disita-JPJ-Selangor.jpeg


SHAH ALAM – Taktik seorang lelaki menggunakan nombor plat kenderaan palsu bagi mengelakkan kenderaan pelbagai guna (MPV) disita pihak bank terbongkar selepas ditahan di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, di sini kelmarin.

Pemandu MPV mewah jenis Toyota Alphard berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11. 51 pagi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, semasa ditahan suspek bersama isteri dalam perjalanan menghantar anak lelaki ke satu pertandingan seni mempertahankan diri di Subang.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai lesen memandu yang tamat pada 2028.

“Pemeriksaan mendapati nombor plat tidak sama dengan jenis kenderaan yang digunakan.

“Suspek dipercayai menggunakan nombor plat palsu sejak enam bulan lalu selepas berpindah ke Semenanjung dari Sarawak.

“Lelaki itu bertindak demikian kerana takut MPV tersebut disita pihak bank kerana terdapat tunggakan bayaran bulanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati nombor plat palsu yang digunakan milik BMW 318i isterinya.

Siasatan menunjukkan MPV tersebut dibeli dan dipandu suspek sejak tahun 2021. Kenderaan itu disita untuk siasatan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 27-1-2025 09:01 PM
Jenis tak mahu kalah. BMw & Alphard.
Quote mehmet 27-1-2025 09:01 PM
Jenis tak mahu kalah. BMw & Alphard.
Quote mehmet 27-1-2025 09:02 PM
Dah bersiap secantik gah bak T15 tak kesampain pula.
Quote Belibis 27-1-2025 09:46 PM
Lari dari mulut bank,masuk mulut jpj..melepas jugak..
Quote riyadhK 28-1-2025 01:04 AM
Padan muka
Quote che_yatt 28-1-2025 03:27 AM
JPJ ni memang akn check satu per satu ka setiap kenderaan yang diaorang buat roadblock?Selalu meolls lalu mesti JPJ kasi lepas
Quote Zeelalala 28-1-2025 03:35 AM
Berlagak taknak kalah tapi tak mampu bayar bulanan. Hujung2 kene juga.
Quote venom1 28-1-2025 08:17 AM
Kereta bakal dilelong oleh JPJ
Quote prettyuglybabe 28-1-2025 10:40 AM
che_yatt replied at 28-1-2025 03:27 AM
JPJ ni memang akn check satu per satu ka setiap kenderaan yang diaorang buat roadblock?Selalu meolls ...

kenapa? u ada salah ke yang perlukan jpj tahan u?
Quote Lolalala 29-1-2025 08:59 AM
che_yatt: JPJ ni memang akn check satu p ...


Body language dgn air muka tu boleh nampak kalau ada salah. Lagi pun kereta-kereta hot memang selalu je kena tahan utk pemeriksaan.
Quote TravellingBear 29-1-2025 09:09 AM
Apa perasaan pakai kereta haram? Tak bayar kat bank dikira bukan milik dia . Kan.
Quote Radzor 29-1-2025 05:10 PM
We buy things we don't need with money we don't have to impress people we don't like

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.178180 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top