CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar tingkatan empat lari rumah, merajuk dengan ibu dijumpai selamat di Besut

27-1-2025 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4537| Komen: 31

 

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat yang lari dari rumah di Pengkalan Chepa di sini kelmarin selepas dipercayai merajuk dengan ibunya dijumpai selamat di Besut, Terengganu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, remaja itu, Wan Nur Aqilah Wan Zamri, 16, ditemukan dalam keadaan sihat di rumah rakannya kira-kira pukul 6.34 pagi.

Katanya, Wan Nur Aqilah dijumpai selepas remaja perempuan itu menghubungi sendiri ahli keluarga untuk datang mengambilnya.

“Remaja itu dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat di rumah rakannya di Besut pukul 6.34 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang pelajar lari dari rumah di Pengkalan Chepa kelmarin dipercayai merajuk selepas ibunya merampas telefon pintar kerana terlalu leka bermain gajet tersebut pada musim cuti sekolah.


Sementara itu, ibu Wan Nur Aqilah, Rohana Yusoff, 51, menyedari anak gadisnya tiada di rumah kira-kira pukul 5.40 pagi.

“Sebelum ini, saya dan suami sudah beberapa kali menasihatinya supaya jangan terlalu kerap bermain telefon musim cuti sekolah.

“Oleh kerana tidak mendengar kata, saya merampas telefon pintarnya. Mungkin dia merajuk dengan tindakan saya dan keluar dari rumah secara senyap-senyap pada pukul 9.30 malam.,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-1-2025 02:16 PM
jgn lari dek...hang pi tengok movie...TAKEN tu...kang kena culik pastu kena jual...
Quote zehra2 27-1-2025 02:21 PM
psl henpon je.. data pun mak belikan
satu malaysia tau ko lari dari rumah.
Quote afie_m 27-1-2025 02:54 PM
jgn buat lagi dik, bahaya di mana2 skrg ni
Quote mrsamz 27-1-2025 03:32 PM
nasib baik tak kene cekup dgn kartel pemerdagangan manusia
Quote ina_na 27-1-2025 04:28 PM
Nak naik tingkatan 4 atau nk naik tingkatan 5 ni...dr ko merajuk larikan diri..baik p belajor tuk spm nanti... alih2 keluar nama best student sedap gak dgr..
Quote Lily_Elizabeth_ 27-1-2025 04:37 PM
Lawa budak ni.

Quote airmineral 27-1-2025 04:45 PM
dunia luar ni lagi menakutkannnn dikk oiitt
Quote MissYouSayang 27-1-2025 05:10 PM
Nasib x kena rogol dgn jantan gila sex
Quote Belibis 27-1-2025 09:43 PM
Skuau: jgn lari dek...hang pi tengok  ...

Tapi bapak dia terer..semua gangster bungkus.[em:3:]
Quote syamzana 27-1-2025 09:59 PM
marah sikit lari
tak marah dibiarkan pun sat2 lari ikut bf plak
kdg2 mak dok cokoh kat umah bila ajak berborak tnya itu ini kata menyibuk masuk bilik terperuk layan phone.
cukup elok dah tu makayah bg phone+internet bkn tak bg tgk lgsg phone tu.
Quote Jitu 27-1-2025 11:01 PM
haih bebudak skrg merajuk je terus lari rmh

klu kami dulu2 bt mcm ni mmg kena libas tali pinggang dgn mkn penampo la
Quote Chah21 27-1-2025 11:03 PM
Skuau replied at 27-1-2025 02:16 PM
jgn lari dek...hang pi tengok movie...TAKEN tu...kang kena culik pastu kena jual...

Tringat time i nk lari dulu kebetulan baca pasal junko furuta..auto takut..rasa lemas mcm mna pun x jadi lari
Quote AkokKocik 27-1-2025 11:04 PM
Edited by AkokKocik at 27-1-2025 11:05 PM

Kita dulu klu kena marah makayah merajuk kat blkg rumah je, budak skrg ni dia punya merajuk...fuhhh...blh merentas dunia...sebbaik setakat dpt dlm mesia je.
Quote Kiahlemau 27-1-2025 11:46 PM
Macam mana budak ni boleh lari smpi ke besut? Malam2 pulak tu. Dasat boleh ada kwn berlainan negeri. Acik kiah dulu ada kwn satu kampung je. Nak lari rumah duit pun tak mandang haha
Quote B40tastePosh 27-1-2025 11:50 PM
Coli punmasih mak belikan, ada hati nak merajuk sampai masuk sokabar
Quote Decaffeinated 28-1-2025 12:05 AM
dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat di rumah rakannya

rakan lelaki ka perempuan?
Quote Decaffeinated 28-1-2025 12:06 AM
Kiahlemau replied at 27-1-2025 11:46 PM
Macam mana budak ni boleh lari smpi ke besut? Malam2 pulak tu. Dasat boleh ada kwn berlainan negeri. ...

Besut tu jajahan kelantan dalam negeri Terengganu



Quote B40tastePosh 28-1-2025 12:12 AM
Decaffeinated replied at 28-1-2025 12:06 AM
Besut tu jajahan kelantan dalam negeri Terengganu


Bukan Republik ke? Republic of Besut.
Quote A-Are 28-1-2025 10:01 AM
ina_na replied at 27-1-2025 04:28 PM
Nak naik tingkatan 4 atau nk naik tingkatan 5 ni...dr ko merajuk larikan diri..baik p belajor tuk sp ...

ya masa i bawah 17tahun dulu rasa stress juga ddk rumah, rasa xbes xbebas..adik2 ramai nk kena jaga...so penyelesaiannya i ols belajar rajin2 score spm masuk universiti jauh2...cuti sem pon i ols xbalik...kihkihkih....seronok rasa

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038526 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top