CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila ‘scammer’ gagal geografi, Kapar di Selangor bukan Sabah

27-1-2025 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4205| Komen: 4

 


PETALING JAYA – Cubaan seorang penjenayah cuba memperdaya wanita gagal selepas suspek ‘terkantoi’ menyebut nama tempat semasa melakukan penipuan.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial dikenali sebagai Ili Aqilah, ‘scammer’ tersebut tersalah memberi nama tempat Kapar di Sabah.

Katanya, suspek tersebut cuba memperdaya mangsa dengan memberitahu namanya telah digunakan untuk membuka akaun sebuah bank di Sabah.

“Nama puan digunakan untuk membuka akaun bank di Kapar, Sabah. Dah jadi kes polis,”kata scammer tersebut.

Wanita itu sebaliknya membetulkan scammer tersebut dan memaklumkan Kapar terletak di Selangor bukannya di Sabah.

“Dik, Kapar di Selangor, Papar di Sabah,” jelas wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan layanan wanita itu yang sempat ‘menyekolahkan’ scammer yang dianggap gagal subjek Geografi semasa di bangku sekolah.


“Scammer kantoi gagal geografi masa sekolah,”tulis Yanna Iyana.

Turut meninggalkan komen seorang pengguna dikenali sebagai Feika Kamaruddin.

“Aku pernah (pihak) pencegahan rasuah hubungi cakap aku terlibat dengan rasuah, termenung sekejap fikir aku dapat duit dari mana nak rasuah orang, kerja pun tidak,” kongsinya.

 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 27-1-2025 02:54 PM
install je truecaller, whoscall or mana2 yg sama dengannya..blok je/repot, selamat
Quote Skuau 27-1-2025 03:03 PM
buka jer porno jepang..bg scammer tu...'layan'.....
Quote fofuler 27-1-2025 03:45 PM
Nak cakap Papar kot tapi nervous, tersebut Kapar [em:1:]
Quote bulan_gerhana 27-1-2025 03:55 PM
sebaik bukan kampar.. tu perak pulak... keh keh keh... iols dah jarang  dpt call scammer dah CallApp ni setakat ni berjaya menapis segalanya.. unless x kuar warning.. and iols ragu2.. bior je dia ringging.. kalau really urgent mesti dia akan call atau leave wasap message.. kalau x bolayan je

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.093032 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top