CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jojo One Nation Emcees meninggal dunia, rebah ketika dakwah - “Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas"

27-1-2025 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5542| Komen: 25|Original author: Raline


c00f17dd-5b87-40b9-9451-ab7a117c57c7.jpeg


Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo meninggal dunia selepas rebah di masjid dipercayai akibat serangan jantung pagi tadi.

Perkhabaran mengejutkan itu disahkan rakannya, Mimi Fly yang dimaklumkan isteri Allahyarham Jojo, Siti Rohayu.

“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas.

“Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya.

Berkongsi lanjut, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, menyifatkan Jojo sahabat yang baik.

“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia.

“Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas meninggal dunia ketika menyertai majlis Ijtimak Qudamak Seri Petaling di Masjid Sri Petaling


Sumber – KOSMO! ONLINE
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 27-1-2025 12:27 PM
Hurn...oh bulan publish lebih laju
Quote lanacondor 27-1-2025 12:59 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Semoga khusnul khatimah..
Quote beatgirlX 27-1-2025 01:06 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun
Semoga aruah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman
Quote Zeelalala 27-1-2025 01:09 PM
Innalillah hi wainna ilaihirojiun

Takziah buat keluarga
Quote Thunderclouds 27-1-2025 01:41 PM
Innalillahiwainnailaihi rojiun
Quote anakpakmaun 27-1-2025 01:46 PM
innalillah hi wainna ilaihi rojiun...husnul khatimah inshaAllah
Quote 3chanceno 27-1-2025 01:48 PM
Innallillah..takziah buat family.


Quote kikilalapooh 27-1-2025 02:00 PM
Innallillah..takziah buat family.
Quote cik_ingeniare 27-1-2025 02:26 PM
Innalillahi wainailajirojiun.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote supernaturalee 27-1-2025 02:38 PM
Innalillahi wainailajirojiun.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote lilacomot 27-1-2025 02:53 PM
Edited by lilacomot at 27-1-2025 02:54 PM

innalillah hi wainna ilaihi rojiun..salam takziah
Quote downiey 27-1-2025 03:49 PM

innalillah hi wainna ilaihi rojiun..salam takziahhh..
Quote sukacactus 27-1-2025 04:26 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Mimi fly ni dl pernah couple dgn grup member dia kan
Arwah ni ke orgnya
Quote liyamariska 27-1-2025 06:18 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote TeropongThaico 27-1-2025 08:51 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Meninggal masa majlis ijtimak dihari akhir selepas kuliah pg sewaktu tengah berdoa...

Baru minggu lepas suami cerita allahyarham byk termenung berbeza dari keadaan dia sebelum2 ni
Quote babyLON. 27-1-2025 09:02 PM
Innalillahi wainailajirojiun.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Quote saifulms 27-1-2025 09:23 PM
Innalillahi wainnailahi rojiun. Kematian ketika berdoa, inilah salah satu kematian yang dicemburui orang beriman..
Quote monsterwife 27-1-2025 09:29 PM
sukacactus replied at 27-1-2025 04:26 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Mimi fly ni dl pernah couple dgn grup member dia kan
Arwah ni ke o ...

Bf dia pakar ortho dari USA kan
Quote netto_ 27-1-2025 11:37 PM
Alfatihah. Meninggal waktu tgh doa. Airmata pon ada lg mase meninggal

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.127055 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top