CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump mahu pindahkan penduduk Gaza - “Saya mahu Mesir menerima penduduk (Gaza). Saya juga mahu Jordan menerima (mereka)”

27-1-2025 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4790| Komen: 13

 


BANDAR GAZA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan rancangan untuk ‘membersihkan’ Gaza, dan menyatakan bahawa beliau mahu Mesir serta Jordan menerima rakyat Palestin dari wilayah itu dalam usaha mewujudkan keamanan di Asia Barat.

Sambil menyifatkan Semenanjung Gaza sebagai ‘tapak kemusnahan’ selepas perang Israel dengan Hamas, Trump berkata, beliau telah bercakap dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II mengenai isu tersebut.

Trump menjangkakan untuk bercakap dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini.

“Saya mahu Mesir menerima penduduk (Gaza). Saya juga mahu Jordan menerima (mereka),” kata Trump kepada pemberita di atas pesawat Air Force One.

“Kita bercakap tentang kira-kira satu juta setengah orang, dan kami mahu ‘membersihkan’ semuanya (Gaza).

“Kita semua tahu, selama berabad-abad terlalu banyak konflik berlaku tapak itu (Gaza). Saya tidak tahu, sesuatu mesti dilakukan,” katanya.


Sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah beberapa kali ekoran perang antara Israel dengan Hamas yang tercetus pada 7 Oktober 2023.

Mengenai sama ada pemindahan penduduk Gaza akan berlaku secara sementara atau jangka panjang, Trump berkata, ia berkemungkinan kedua-duanya.

“Ia benar-benar menjadi lokasi kemusnahan, hampir semuanya dirobohkan dan ramai orang mati di sana.

“Justeru, saya lebih berminat untuk terlibat dengan beberapa negara Arab dan membina penempatan mereka (penduduk Gaza) di lokasi berbeza. Mereka boleh hidup dengan aman untuk perubahan,” katanya. – AFP 

 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 27-1-2025 12:17 PM
Nope. Jordan dah ambil ramai refugees. Syrian Egyptian, Yemeni, semua kerja rencam kat sana.
Quote slavehunter 27-1-2025 12:23 PM
Sekarang ni US tengah build embassy dekat Beirut, HQ Cia , nak centralize jadi tempat detention jihadis. Besar embassy tu.
Zionist awal dah rangka plan.

Ivanka and Jared pula katanye tengah build resort di Mediterranean sea invested by Saudi tapi tak sure side mana katanye untuk jadi base diplomats jews juga.
Quote nusaraya 27-1-2025 12:24 PM
slavehunter replied at 27-1-2025 12:17 PM
Nope. Jordan dah ambil ramai refugees. Syrian Egyptian, Yemeni, semua kerja rencam kat sana.

Mengapa Trump X berkeinginan meminta  MalayDesh untuk menampung 2 Juta penduduk Gaza Palestine ?  

Saya yakin PMX Imam Mahdi akan dengan "Senang Hati"  untuk segera  mengabulkan permintaan Trump itu atas dasar Persaudaraan Islam .....


Quote slavehunter 27-1-2025 12:28 PM
nusaraya replied at 27-1-2025 12:24 PM
Mengapa Trump X berkeinginan meminta  MalayDesh untuk menampung 2 Juta penduduk Gaza Palestine ?  
...

Trump ingat he owns Gaza boleh chase Gazan ikut suka.  
Quote sepiITUindah 27-1-2025 12:36 PM
pesal trump tak bawak israel ke amerika
selesai masalah
Quote kemaruk 27-1-2025 12:39 PM
jangan bagi PMX idea
Quote nusaraya 27-1-2025 12:47 PM

Bukankah seharusnya anda harus mendukung  Idea "Genius" itu  jika memang PMX nak menyatukan bangsa-bangsa Cina, India, Bangla, Rohingya, Nepal, Pakistan, Afrika, Kambodia + sekarang Bangsa Palestine dibawah "Ambisi"  nak menjadikan MalayDesh sebagai Penguat Kuasa Alam Semesta  ...
Quote sayawifenikmie 27-1-2025 12:52 PM
oooo
meaning ... lepas pindahkanoenduduk gaza
israel masuk duk kat situ ?
manyakkkkkkk cantikkkkk
Quote pooh~key 27-1-2025 01:29 PM
sayawifenikmie replied at 27-1-2025 12:52 PM
oooo
meaning ... lepas pindahkanoenduduk gaza
israel masuk duk kat situ ?

Akak okeh jah sissy. Lagi pun akak sokong israel sebab osrael mesra gay sissy. Akak benci palestin sebab theols anti gay sissy.
Quote AbukRokok 27-1-2025 03:46 PM
Quote Dalcott 27-1-2025 04:59 PM
lg senanag idea trump nak kluarkan org palestine
Quote Decaffeinated 27-1-2025 06:16 PM
Semoga dipermudahkan untuk semua.
Quote B40tastePosh 28-1-2025 12:02 AM
Edited by B40tastePosh at 28-1-2025 12:03 AM
nusaraya replied at 27-1-2025 12:24 PM
Mengapa Trump X berkeinginan meminta  MalayDesh untuk menampung 2 Juta penduduk Gaza Palestine ?  
...


Out of topic.

Hidup meratib Malaydesh Malaydesh macam dah kena sawan. Sukmo tak masuk badan ke sis???

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047438 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top