CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jojo Ghazali idam lunas dendam kekalahan - “Insya-Allah sudah tentu saya mahukan pertarungan semula dengan Estupinan"

27-1-2025 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4566| Komen: 11

 


SEPANG – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memasang impian untuk sekali lagi bersemuka dengan petarung Colombia, Johan Estupinan pada pertarungan ONE Championship akan datang.

Petarung berusia 19 tahun itu berkata, dia sudah belajar sesuatu daripada kekalahan itu dan sedia mengubah corak pertarungan yang mampu membantunya untuk menewaskan setiap lawan pada masa hadapan.

Justeru, Johan yang lebih mesra dengan panggilan Jojo itu meramalkan pertarungan antara dia dan Estupinan akan berlaku sekali lagi tahun ini, namun menganggap seelok-eloknya pada penghujung 2025.

 

“Insya-Allah sudah tentu saya mahukan pertarungan semula dengan Estupinan tetapi belum ada apa-apa pengesahan. Tidak ada masalah untuk bertarung dengan Estupinan tetapi rasanya lebih baik hujung tahun ini.

“Pertarungan akan datang memang saya akan ubah strategi serta perancangan. Kalau dari aspek fizikal dan mental, memang sudah bersedia tetapi inilah sukan muay thai, ada menang dan kalah,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Pada pertarungan ONE Championship 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand kelmarin, Johan terpaksa akur tewas kepada Estupinan menerusi keputusan sebulat suara walaupun sudah memberikan tentangan sengit.

 

Sementara itu, Johan yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai Gym turut menjelaskan, dia sedia untuk mempraktikkan teknik bertarung Estupinan bagi meningkatkan lagi kualiti pertarungannya.

“Gaya pertarungannya (Estupinan) sukar dibaca kerana berbeza daripada petarung-petarung yang pernah saya jumpa. Memang boleh dibawa teknik itu untuk pertarungan akan datang,” ujarnya. 

 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 27-1-2025 02:17 PM
Ok lah kalah point..Tu pon x jauh beza..Tok guru dia Superbon kalah by TKO
Quote Skuau 27-1-2025 02:21 PM
Pertarungan yg menarik drp kedua duanya....
Quote cikdot 27-1-2025 02:33 PM
sampai berdarah2 mukanya. risau tengok. kot tetiba pengsan. tapi memang nampak budak nau muka dia ni. muda sangat lagi. banyak masa lagi boleh improve. semoga berjaya in future
Quote A-Are 27-1-2025 02:46 PM
aduh sedihnya tengok muka dia..lebam kat mata..dahi macam ada luka2...idokla i olls nk bg org tersayang belajar sukan2 gini...tgk mcm ni pon xsampai hati..huhu
Quote hyie 27-1-2025 02:48 PM
Glass_shoes replied at 27-1-2025 02:17 PM
Ok lah kalah point..Tu pon x jauh beza..Tok guru dia Superbon kalah by TKO

muka diorang berdua nak iras sama iols perasan, since iols folo ig superbon, sebab helok kotla ada bau2 kentut ke kan
Quote Glass_shoes 27-1-2025 04:32 PM
hyie replied at 27-1-2025 02:48 PM
muka diorang berdua nak iras sama iols perasan, since iols folo ig superbon, sebab helok  kot ...


Haah..Boleh jd adik beradik
36422-17309098121881-1920.jpg

Dua2 kalah pon comel je
[tiktok]7463511951436483870[/tiktok]
Quote dua_chzy 27-1-2025 05:53 PM
Takpa. Ko kalah dengan lawan yang hado rekod menang 26-0 (kan tak silap kan?) dek.
Quote tumpanglalu74 27-1-2025 10:32 PM
1000035842.png
1000035841.jpg
Quote B40tastePosh 27-1-2025 10:52 PM
Seram takut acik kene belaseh pulek
Quote supernaturalee 28-1-2025 08:50 AM
tah berapa la insuran dia ni

Quote pokokmeranti 28-1-2025 08:54 AM
buat apa nak lunaskan dendam....tak baik berdendam.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044904 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top