CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imane Lunara 99 peratus ikut wajah bapanya – Intan Najuwa

27-1-2025 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4427| Komen: 6

 


Meski ramai peminat tidak sabar menanti, pelakon Datin Intan Najuwa masih belum bersedia berkongsi wajah anak sulungnya, Imane Lunara dalam platform media sosial.

Pun begitu, menerusi sebuah klip siaran langsung dalam TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, mendedahkan wajah Lunara mirip bapanya, Datuk Ahmad Asraf Azman.


“Lunara ikut muka ayah dia. Muka saya, sikit je.

“99 peratus ikut muka ayah, memang betul ‘copy paste’,” katanya.

Dalam sesi siaran langsung tersebut, Intan turut berseloroh mengenai rasa tidak puas hati kerana wajah anak lebih menyerupai suaminya.

“Kita yang mengandung tapi ikut muka bapa dia. Sakit pula hati kita awak,” ujarnya tertawa.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengakui tidak sabar untuk melihat wajah comel Imane.

“Walaupun muka ikut bapa, cantik dia mesti macam ibu juga,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Tak sabar nak tengok muka penuh Lunara, mesti secantik mama dia,” komen netizen.


Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf pada 18 Ogos 2023.

Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-1-2025 12:10 PM
Terpaling beranak sulung.


Quote prettyuglybabe 27-1-2025 12:14 PM
tengok muka laki dia.. hmmm.. ok..
Quote BoongaKertas 28-1-2025 08:29 AM
laki sheols idoklah nampak tua sgt sbnrnye kan
Quote ketambangkang 28-1-2025 08:56 AM
knp perempuan suka ckp mcm tu..dh itu bapak dia kan, takkan nak soh ikut muka laki jiran kau pulakk
Quote A-Are 28-1-2025 09:09 AM
anak i ols kebanyakan nya lahir ikut muka me ols...tp baby bila da besar sikit 2-3 tahun baru lah nampak muka bapaknya...hahha...kesimpulannya dah nama bapaknya, mesti xbyk sikit akan ikut juga..begitu juga muka emak mesti akan ada juga...sabar sikit yer intan...
Quote gideoncross 30-1-2025 11:02 AM
Kang sebut ikut muka llaki lain, jdi haru biru pula

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.097586 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top