CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CEO Starbucks dapat bayaran RM420 juta selepas bekerja 4 bulan

27-1-2025 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3788| Komen: 1

 


NEW YORK – Syarikat rangkaian kedai kopi popular, Starbucks Corp memberikan bayaran berjumlah AS$96 juta (RM420.2 juta) kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, Brian Niccol selepas empat bulan beliau bertugas pada 2024 sekali gus antara pakej pampasan terbesar dalam sektor korporat di Amerika Syarikat.

Kira-kira 94 peratus pendapatan Niccol bersama Starbucks datang daripada anugerah saham dan lain-lain, demikian menurut pemfailan pada 24 Januari lalu.

Niccol yang menyertai Starbucks awal September tahun lalu turut menerima bonus AS$5 juta (RM21.8 juta) sempena sebulan bersama syarikat itu.

Starbucks memecat CEO sebelumnya pada 2024 selepas mencatatkan penurunan jualan.

Niccol direkrut daripada Chipotle Mexican Grill untuk meningkatkan perniagaan Starbucks.

Beliau tidak perlu berpindah ke Seattle iaitu lokasi ibu pejabat Starbucks.


Starbucks juga bersetuju untuk menampung kos perumahan sementara Niccol serta penggunaan jet syarikat untuk beliau.

Pemfailan di bursa saham menunjukkan Starbucks membayar lebih AS$143,000(RM626,000) untuk perbelanjaan perumahan Niccol dengan kira-kira separuh daripadanya adalah pembayaran berkaitan cukai.

Niccol juga membelanjakan kira-kira AS$72,000 (RM312,216) untuk penerbangan ulang alik antara rumahnya di selatan California dan Seattle. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 28-1-2025 08:34 AM

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.029816 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top