CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu ‘ham’: Harith Iskander dedah terima ugutan bunuh - "Terdapat pihak melemparkan kecaman teruk terhadap anak-anak saya"

26-1-2025 12:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5746| Komen: 58

 


Pelawak terkenal Harith Iskander membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh susulan perkongsian dalam media sosial berkaitan isu perkataan ‘ham’ baru-baru ini.

Menurut bekas isteri yang juga pengurusnya, Dr. Jezamine Lim, Harith berkata, ugutan tersebut diterimanya pada minggu lalu tetapi paling mengecewakan apabila anak-anaknya turut terkena tempias daripada isu tersebut.

“Minggu lalu, saya menerima ugutan bunuh yang tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah terdapat pihak melemparkan kecaman yang teruk terhadap anak-anak saya.

“Mengancam keselamatan kanak-kanak yang tidak bersalah sudah melampaui batas. Perkara tersebut sangat keji, pengecut dan tidak berperikemanusiaan.

“Laporan polis juga sudah dilakukan dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan. Saya enggan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung isu tersebut,” katanya dalam Instagram hari ini.



Dalam pada itu, Harith dan Jezamine turut kecewa apabila persembahan komedi yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) hari ini dibatalkan disebabkan isu tersebut.

“Saya dan Harith berasa amat kecewa dengan pembatalan persembahan Harith di DFP. Selepas perbincangan, ini adalah keputusan terbaik untuk kami.

“Keputusan ini bukan mudah untuk kami lakukan kerana Harith telah mencurahkan persiapan dan kerja keras selama berbulan-bulan.

“Paling membuatkan kami kecewa kerana Zander dan Zydane sepatutnya menjadi sebahagian daripada persembahan pembuka.

“Namun, kami menerima keputusan pembatalan persembahan tersebut demi kepentingan keselamatan dan keselamatan,” ujarnya.

Harith dan Jezamine juga kesal dengan sikap segelintir individu yang mudah melemparkan kata-kata negatif selepas itu tersebut tular.

“Saya sedih melihat orang ramai yang mudah melemparkan rasa kebencian, menyebarkan kemarahan dan menulis perenggan komen kesat dalam media sosial.

“Saya sudah diajar Allah SWT untuk melakukan kebaikan kepada semua orang, tanpa mengira tindakan atau status mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, hantaran dalam Facebook dipercayai dimuat naik pelawak berusia 54 tahun itu memaparkan menu kedai kopi dengan item bernama ‘Ham Sap Kopi’.

Harith dikatakan secara sarkastik menyentuh isu ‘ham’ yang menjadi kontroversi sebelum itu apabila kedai rangkaian serbaneka menjual sandwic ham tanpa sijil halal sah di sebuah pusat pengajian tinggi.

Rentetan itu, ramai individu serta wakil pertubuhan mengutuk tindakannya yang disifatkan biadab, malah Polis Johor juga mengesahkan menerima tiga laporan polis. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katak hijau 26-1-2025 12:29 AM
Dan dan la ada ugutan bunuh bagai
Quote annadonna 26-1-2025 12:47 AM
Tahi......
Quote alesandra 26-1-2025 12:52 AM
hek elehh ye ye ada org ugut konon.tempat tu sepatutnyalah berprestige...
Quote jihah_kudat 26-1-2025 01:01 AM
kan dah mendapat terus cancel show dekat dfp dah la show berbayar..kat malaysia ni ko boleh je buat lawak pasal bangsa ke tempat perangai ke tapi satu jgn sentuh pasal agama..mengamuk la seluruh rakyat malaysia..so hadap la harith sendiri cari penyakit..
Quote MissVixen 26-1-2025 01:25 AM
Mahkamah syariah ke? Rajin pula pakai songkok
Quote Zeelalala 26-1-2025 02:14 AM
Sebab tu la org kata fikir dulu sblm.nak.buat lawak bodoh
Quote Zeelalala 26-1-2025 02:15 AM
Yg peliknya kenapa post tersebut dia x delete lagi ye..
Quote Carcosa 26-1-2025 03:00 AM
Edited by Carcosa at 26-1-2025 03:03 AM

Padanlah muka engkau. Nak kesal kesal apa lagi?? Kata so called Godfather of stand up comedy, makna nya kau otai la kan?? Abes dah otai, tak reti2 lagi nak zip molot zip tangan?! Kau tu sebenarnya acah2 bagus. Mcm kau "atas" sgt! Eh gemok babi, jgn berangan laaa. Byk lagi org lagi kaya dari kau.
Kau sendiri tak terfikir psl safety anak2 kau, apsal plk kitorang nak fikirkan? Lambertttt lagi. Nasib ko lah jgk doctor oiii. Sapa suruh dulu kawen dgn si gemok babi tu. Kan dah susah hingga akhir hayat. Dah cerai pun menyusahkan. Babi gemok sial tu, sikit takmintak maaf kan, pasal ham tu. Dasar degil babi. Semoga kau mampos nanti, kau suruh kwn2 kau bakar je mayat kau dlm keranda. Kau kan benci sgt Islam.
Quote Sesuatu… 26-1-2025 03:07 AM
Daring sgt kn isu 3R x bertempat…mcm la xtau dlm negara ni ade spesis taksub isley terlebih wpun isap rokok, main pompuan. Yg kau singkat akal nk trigger knp nok? Kau ingt kau sorg je buleh woke? Golongan mudah sentap ni pon woke sama je mcm kau
Quote penmerah 26-1-2025 03:22 AM
Phuiiiiiiii
Sikit pun aku tak kesian
Quote dubuk 26-1-2025 05:35 AM
Makin kelam kau
Quote SalenaGomez 26-1-2025 06:03 AM
Zeelalala replied at 26-1-2025 02:15 AM
Yg peliknya kenapa post tersebut dia x delete lagi ye..

Sebab rasa post tu x salah. Sejenis egois n nak mencabar juga tu
Quote DARSITA 26-1-2025 06:28 AM

bila anak anak buat onar,  emak bapak terkena tempiasnya/dihujat. Kes dia ni ... sebab kesalahan dia tak pasal pasal anak anak jadi mangsa.

Dah tua pun masih bodoh. So hadap jer la ugutan bunuh itu. Sendiri cari pasal kan?
Quote L.U.S.M 26-1-2025 07:05 AM
Carcosa:  Edited by Carcosa at 26-1-202 ...


Melawak xkena tempat xpe...
Bila org hantar ugutan(which is ntah2 xde pun) dia gelabah teks plak..kekonon feeling mangsa n islamiphobia pdhl ko yang buat syndical remarks n provocation dulu
Quote miamiot 26-1-2025 07:53 AM
Mendapat la
Quote bottombikini 26-1-2025 08:36 AM
dan dan pandai sebut Allah swt....

kalau taknak anak2 kau terkesan kau jgn buat2 bingai
eh pindah la kau dok UK sana tgk kau boleh lagi tak self claimed Godfather
Quote PULANGKAN 26-1-2025 09:19 AM
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata, buruk padahnya

jangan cakap lepas,
biar pandai beralas

pandai buat, pandai tanggung
tak payah berlakon jadi mangsa. kau punca anak2 kau, family kau semua kena tempias. tak lawak langsung. cakap benda bodoh lepas tu kata berlawak. beza bang, beza sangat
Quote cikus 26-1-2025 10:39 AM
Lawak terpaling bodoh....x yah play victim...ham sat jadah....
Quote emera 26-1-2025 11:16 AM
Knp aku rs dia buat2 cerita??? Stkt engko, buang karan je nk layan. Ko tu badut, bodoh & x penting, xde sapa heran dgn family ko. Tgk gaya, mcm ko ada agenda tersembunyi.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.102663 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top