CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelang emas ‘singa dakap’ pula bikin kecoh

25-1-2025 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5269| Komen: 70|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-01-24-at-11.49.28-AM-1.jpeg


PETALING JAYA – Rekaan gelang emas terbaru berbentuk singa seolah-olah ‘mendakap’ pergelangan tangan mencuri tumpuan orang ramai dengan keunikan dan kemewahannya.

Sebuah hantaran oleh Taiko di Facebook menunjukkan pekerja kedai emas sedang mencuba untuk memakai gelang bersaiz besar itu pada pergelangan tangan pelanggannya.

Hantaran itu telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang berseloroh di ruangan komen mengenai reka bentuk gelang emas tersebut.

“Selalu dengar pulut dakap je, pertama kali tengok singa dakap,” kata Mohd Shahril yang tidak pernah melihat gelang emas berbentuk singa.

Taiko pula berjenaka dengan menyatakan, “Siap sedialah raya nanti, singa melekat dekat lengan,” merujuk kepada betapa besar gelang tersebut di pergelangan tangan.

“Kenapa tak beli gold bar (jongkong emas) 1 kilogram je gantung dekat leher? Senang nak jual dalam bentuk tu,” ujar Lim Ngian Cher dengan sinis sambil mencadangkan alternatif lebih praktikal.

“Aduhai, yang tolong pakaikan pun keliru berapa kali nak kena belit,” komen Kodai Fz menambah jenaka.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottombikini 24-1-2025 06:45 PM
dah kembali ke zaman firaun nampaknya ya
Quote Buritan 24-1-2025 06:50 PM
bottombikini replied at 24-1-2025 06:45 PM
dah kembali ke zaman firaun nampaknya ya

Setuju ko ckp . Kita ke zaman jahillliah
Quote AyeL87 25-1-2025 11:59 AM
Huduhnyaaa
Quote Kacangmanis 25-1-2025 12:51 PM
Boleh ke pakai barang kemas bentuk binatang camni?
Quote likilu 25-1-2025 12:57 PM
Dakap dakap ni bahasa org Kelantan ke

Sek kito kan yg start dgn pulut dakap dulu?
Quote hashashes 25-1-2025 03:05 PM
Allahu gamak ye pakai camtu
Korg jgn la, DSV pun x pakai camni tau haha
Quote amyza 25-1-2025 03:13 PM
Lepas ni boleh keluarkan ular dakap, naga dakap, duyung dakap
Quote slavehunter 25-1-2025 03:40 PM
Kalau yang menjual dan yang membeli muslim dua dua terceyduk. Muslim mana boleh pakai perhiasan ada bentuk binatang, same goes to tak boleh pakai baju ada gambar binatang.

Haish yang pelik2 ummah nusantara zaman sekarang ni.

Semua dah ikut perangai cina. Barang kemas ada Singa, Naga.

Nak kena talqin dengan iols?
Quote slavehunter 25-1-2025 03:40 PM
Edited by slavehunter at 25-1-2025 03:48 PM

Tahun ni tahun Ular, so lepas ni bentuk ular pulak viral. Berbondong acik kiah pergi beli.
Iman kami tak tergugat pun kata kata acik kiah di forum nanti.

Sudah sampainya kita kena bertoleransi. Tak suka dengan perubahan zaman sila pergi duduk di hutan katanye.
Quote nolya 25-1-2025 04:58 PM
Kacangmanis replied at 25-1-2025 12:51 PM
Boleh ke pakai barang kemas bentuk binatang camni?

Barang kemas berbentuk begitu tentulah bukan sasaran untuk orang melayu membelinya. Lagi pula binatang singa tak sinonim dgn masyarakat melayu kan.
Quote mejaputih 25-1-2025 05:14 PM
slavehunter replied at 25-1-2025 03:40 PM
Kalau yang menjual dan yang membeli muslim dua dua terceyduk. Muslim mana boleh pakai perhiasan ada  ...

Kalau charm pandora ada bentuk hello kitty ok ke?
Quote slavehunter 25-1-2025 05:22 PM
mejaputih replied at 25-1-2025 05:14 PM
Kalau charm pandora ada bentuk hello kitty ok ke?

Yang i tahu bentuk haiwan memang tak boleh. Charm pandora tu i tahu memang nampak cute pada kids, tapi for adult memang tak sesuai.
Kalau nak play safe pakai bentuk bunga and heart shape pun okay.
Quote adelea 26-1-2025 11:26 AM
slavehunter: Kalau yang menjual dan yang me ...


Iols byk je shirt gmbr kucing … haram ke ni
Baju tido mostly laa miau miau tapi idok laa besor gedabak …  
Quote L.U.S.M 26-1-2025 12:52 PM
Alahai yeke .klu bentuk ikan tp kecikkkkk sgt smpi xperasan bentuk ikan masa beli tu cmne ye
Quote green~tea 26-1-2025 01:01 PM
Jijik nya design....
Quote green~tea 26-1-2025 01:03 PM
Cartier tersenyum sinisss
Quote slavehunter 26-1-2025 02:54 PM
adelea replied at 26-1-2025 11:26 AM
Iols byk je shirt gmbr kucing … haram ke ni
Baju tido mostly laa miau miau tapi idok laa besor  ...

I rasa kalau gambar kecik okay kot, contoh brand crocodile sebab bukan disengajakan nak ada gambar buaya tu, sebab brand tu jer.
Dia lebih pada gambar binatang macam bernyawa gambar pula besar.
Something to do with attracting the djin also. Djin kan boleh menyerupai binatang.
Quote slavehunter 26-1-2025 02:56 PM
green~tea replied at 26-1-2025 01:03 PM
Cartier tersenyum sinisss

Suka perfume Panthere ni wangi. Warm yellow flowers ada ylang ylang.
Quote green~tea 26-1-2025 03:18 PM
slavehunter replied at 26-1-2025 02:56 PM
Suka perfume Panthere ni wangi. Warm yellow flowers ada ylang ylang.

Sedap yeh??? Aiols tengah nak beli perfume baru tp mcm tercungap2 nak perabis perfume i borong bulan 11 & 12 haritu...

Nak masuk dlm list lah this panthere.... antara i nak beli, libre ysl...  hermes barenia

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.288625 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top