CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik

25-1-2025 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7425| Komen: 41|Original author: Raline


3130586.jpg


Anak kepada pelawak Shuib Sepahtu, Dzahira Thalita Zahra, 12, mengakui tidak kisah dipulaukan teman sekelas yang cemburu dengan populariti dikecapi, ini kerana impiannya ingin mengejar cita-cita menjadi penyanyi.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia mula perasan perubahan sikap sesetengah teman sekelas selepas menjadi perhatian ramai muncul pada acara busking di Bukit Bintang, baru-baru ini.

"Ada tumpang gembira untuk saya, ada juga cemburu. Saya anggap ini cabaran untuk saya.

"Saya pun tak tahu kenapa sesetengah mereka bersikap begitu, ada yang bercakap buruk di belakang, tapi bila berdepan dengan saya, mereka berpura-pura baik. Tapi, saya tahu mereka mengata saya.

"Ada yang 'pulau' saya, tapi tidak kisah. Saya hanya ingin jadi penyanyi," kata Thalita yang ditemui pada majlis sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di ibu negara, baru-baru ini.

Thalita bakal berkongsi pentas dengan penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Hafiz Suip, Aina Abdul dan Asmidar pada konsert yang bakal berlangsung pada 10 Mei depan di The Star Theater, Singapura.

Kata Thalita, dia sangat teruja menghiburkan penonton di Singapura kerana kali pertama menjejakkan kaki ke seberang tambak itu.


Bakal mendendangkan dua lagu, Thalita kini sedang mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi bagi memantapkan lagi mutu nyanyiannya.

Mengulas apa yang membuatkannya tidak dapat meneruskan persembahan ketika persembahan di Bukit Bintang, Thalita berkata, dia merasa sebak atas pelbagai faktor.

"Saya sangat terharu apabila melihat ribuan orang hadir menyokong saya. Hati menjadi sayu bila tengok orang sanggup datang.

"Dalam masa sama, saya juga teringatkan arwah ibu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, itu menambahkan kesedihan hingga tak mampu teruskan nyanyian," katanya.

Sumber : - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-1-2025 05:18 PM
Edited by dua_chzy at 24-1-2025 09:25 AM

Malas nak tengok video dengar suara dia.

Tapi selagi ko tak dapat kalahkan suara bebudak yang pi suka2 nyanyi busking tepi jalan di Bukit Bintang tu, acik pandang sinis saja dengan impian bapak kau.
Quote youell 24-1-2025 05:26 PM
Adoaiii.. Xhabis2 kisah keluarga diorng ni eh. Done meluat
Quote pocongkiutss 24-1-2025 05:32 PM
Anak pun dh terjangkit sama
Quote MissVixen 24-1-2025 05:32 PM
Jealous? Nak dengki dengan apa? Hutang dengan pekerja pun bapak tak mampu langsaikan. Yakin diri tinggi betul budak ni.
Quote mrsLucky 24-1-2025 05:37 PM
Cringenya....like daddy like doter ke ni?
Quote sayawifenikmie 24-1-2025 05:41 PM
Edited by sayawifenikmie at 24-1-2025 07:14 PM

OMG
siapa lah yg punya idea utk promosi / marketkan budak ni cara ni
Quote Kancilkering 24-1-2025 05:47 PM
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 05:41 PM
OMG
siapa lah yg punya idea utk promosi / marketkan budak ni cara ni
agak agaklah

ayah n tok dia lah
Quote lanse 24-1-2025 07:37 PM
Alahai..
Quote MollyShannon 24-1-2025 08:48 PM
Konpidennyaaaa.
Quote belilies 24-1-2025 08:59 PM
Dah besar nanti jadik putri balqis 2.0

Bapak pun dah boleh galas bapak bodoh of the year. Ngan bebudak pun ko nak cop buat hal, sama level ngan anak. Mana tahu anak ko berlagak macam ko jugak.
Quote newyork 24-1-2025 09:01 PM
Long journey lg dik oii.
Quote Zeelalala 24-1-2025 09:05 PM
Tak boleh ke search dulu sebelum buka benang baru???

Kemaruk sangat buka benang sampai berkali2 benang sama dibuka haishhhhh
Quote scrocth 24-1-2025 10:12 PM
Ayoo kesiannya thalita sbb xda orang yg betul nak guide she with PR skills. Igt lagi arwah sarah masa awal meletop dulu pn kena culture shock n byk statement she kedengaran pedas dan defensive hasil didikan ayah dia yg xbrp semengah tu. Ni plak bila campur plak dgn shuib selaku bapa she yg education level hmmm malaslah nk komen. Patutnya perkara2 dkt sekolah dan rumah jangan sekali2 jaja dkt media.
Quote slyfynx 24-1-2025 10:21 PM
Thalita, Anak Shuib kena ‘pulau’ rakan sebaya lepas jadi penyanyi

@Raline
Perlu ke bukak 2 thread selang 2 hari untuk cerita mende sama?
Quote L.U.S.M 26-1-2025 01:05 PM
Edited by L.U.S.M at 26-1-2025 01:06 PM

Gigi jongang
Muka awam
Perangai narcissist
Talented sgt ke sampai org nk dengki n palau?
Good luck k
Quote lostnfaun 26-1-2025 05:37 PM
Sayangnya budak nie, kecik² lagi dah kena ngadap gitu.. ingat org dewasa jer yg selalu jumpa org bermuka² nie.. hahaha
Quote bottombikini 26-1-2025 05:41 PM
apa la perasaan member sekelas dia
itula mulut tak bole katup rapat
cecepat pakai braces
Quote jihyomelly 26-1-2025 05:42 PM
aritu kes kena pulau ni kes dengki pulak dah..lps ni apa pulak? berjangkit dgn apak dia la ni suka nama disebut2
Quote exclusive_vvip 26-1-2025 06:20 PM
masa soeb turun naik mahkamah xde plak cerita kena pulau segala..agaknya memember dia ok sebenarnya..cuma sejak dia buat show kat public,ramai plak support aritu..terus jd perasan mcm apaknya..memember pun nyampah..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042122 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top