PETALING JAYA – Dalam hubungan, idaman wanita bukan sekadar hadiah mahal atau kejutan romantis tetapi pasangan yang memiliki kecerdasan emosi tinggi. Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, lelaki yang matang secara emosi mampu mencipta hubungan lebih bermakna dan penuh kasih sayang. “Bukan sebab sempurna, tapi kerana dia cuba untuk faham dan hadir,” ujarnya dalam kenyataan itu. PHM turut menjelaskan bahawa lelaki dengan kecerdasan emosi tinggi memiliki beberapa ciri penting yang boleh menjadikan hubungan lebih harmoni. Antaranya ialah kemampuan untuk memahami emosi pasangan dengan baik, seperti mengetahui bila pasangan memerlukan sokongan tanpa perlu diminta. Selain itu, mereka juga mampu berkomunikasi dengan tenang, khususnya ketika menyelesaikan masalah tanpa meninggikan suara. “Lelaki yang matang emosi juga menunjukkan empati dengan memahami cabaran hidup yang dihadapi pasangan tanpa menganggapnya sebagai rungutan semata-mata,” jelasnya.
Lebih daripada itu, mereka tidak takut untuk berkongsi perasaan dan menunjukkan kelemahan, kerana menganggapnya sebagai tanda kepercayaan dalam hubungan. Selain itu, PHM berpesan buat lelaki di luar sana bahawa ini bukan soal menjadi lelaki ‘ideal’ tetapi bagaimana untuk menjadi pasangan yang lebih baik. “Emosi itu bukan musuh tetapi kekuatan, kalau anda tahu mengendalikannya,” tegas PHM mengakhiri hantaran. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
syamzana replied at 24-1-2025 08:35 PM
sng cite semua org nak yg perfect wpun diri sendiri byk kurang.
nak matang, berduit, sedap mata mema ...
edayildiz replied at 24-1-2025 07:37 PM
i pun suka laki tua..tp jgn tua sgt..40 an ok la
Jitu replied at 24-1-2025 09:35 PM
lama tak nampak uols rindunya
kenapa tiba2 menghilang ni gaduh dgn bf ke
Decaffeinated replied at 24-1-2025 07:08 PM
Lelaki sahaja ka yang perlu Emotional Intelligence, pompuan tak payah ada pun tak apa gitu ka?
edayildiz replied at 24-1-2025 11:02 PM
hello chuols..i ada je..kebizian cuti sekolah kena duk umah kakak i..sheols br bersalin..pastu xt ...
Jitu replied at 25-1-2025 08:00 AM
oh mcm tu
bibik tu ada membela agaknya
lain macam tu rasa seram
edayildiz replied at 25-1-2025 11:16 PM
mayb ada bela kot..tp dia ok je..baik je...pakcik ingn bibik mak i yg memula ckp psl rasa seram.. ...
ADVERTISEMENT