CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas didenda RM1,900 kerana tampar kakitangan PUSPAKOM

24-1-2025 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5833| Komen: 27

 


JOHOR BAHRU: Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin, mengenakan denda itu selepas tertuduh, Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Suzaini Mohd Taib di PUSPAKOM dekat Jalan Bertam 23 di sini, kira-kira jam 5.40 petang, 18 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, memohon hukuman ringan atas alasan tidak lagi bekerja dan hidup ditanggung anak lelakinya, selain turut mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif.

Pada 16 Januari lalu, media melaporkan, hanya kerana lorinya gagal dalam pemeriksaan Puspakom, seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom Johor Bahru, November lalu.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis PUSPAKOM di Taman Daya di sini, sebelum tular di media sosial.

 

Polis mengesahkan kejadian terbabit berlaku jam 5.40 petang pada 18 November tahun lalu dan laporan polis diterima daripada mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang juga kakitangan PUSPAKOM.

Siasatan polis mendapati lelaki terbabit bertindak menampar mangsa kerana berang lorinya gagal dalam pemeriksaan dijalankan mangsa.


Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-1-2025 05:49 PM
Edited by Skuau at 24-1-2025 05:50 PM

"Wa boleh bayar...maaaa"
#Sapa nak rm1600...AKU bagi PENAMPAR.
Quote dua_chzy 24-1-2025 05:59 PM
Eee sebaik ko tu tua kerepot pehtu masyarakat Asia ni memang dibrainwashed untuk hormat, bagi muka kat orang tua. Ko buat gini kat US sana, free2 ja kena tembak mati.
Quote Decaffeinated 24-1-2025 06:12 PM
Tajuk kata 1900, artikel kata 1600, aku yang salah faham atau TT ni memang minat angka 69?

btw apek ni dah try offer 300 masih tak jalan ka tu pasal marah sangat?
Quote B40tastePosh 24-1-2025 06:46 PM
Celah gigi je.
Quote PULANGKAN 24-1-2025 07:05 PM
celaka, murah betul
macam takde harga diri, rasa tak dibela langsung mangsa

next time, orang lain pulak tampar pekerja mana2, bayar denda 1600 je

menyedihkan
Quote green~tea 24-1-2025 07:08 PM
Ikut rasa  binasa chuolz..

Peringatan utk diriku sendiri supaya berenti merentan dlm forom
Quote Triple_8 24-1-2025 08:04 PM
Menghampakan. Bukan oku mental.
Quote otai_g 24-1-2025 08:08 PM
Denda terlalu murah. Ada sapa2 Tau alamat rumah apek ni? Nk bg jajan sikit. Tgk dia punya langsi apa mcm
Quote selipar_hijau 24-1-2025 08:12 PM
murahnya denda
apek ni mesti jenis dalam kepala dia je yg betul di muka bumi ni
Quote MissVixen 24-1-2025 08:24 PM
Tak lulus puspakom, pergi baiki lori kau.  Senang2 tampo orang.
Quote Freezies 24-1-2025 09:11 PM
Lain kali singgah hospital dulu,dptkan kad oku mental..
Quote ciksom 24-1-2025 10:05 PM
Murahnya 1600?
Quote lostnfaun 25-1-2025 08:24 AM
Boleh ke nak suruh staf puspakom tue tampor balik uncle tue & bayo rm1600..

Murah sangat 1600 tue patut bg la 5k ker syok skit..
Quote QueenGambit 25-1-2025 08:46 AM
Tampar tak sakit kot
Tu murah
Kalau sakit
Berbekas masuk spital tu lebih bayarannya????
Quote imransulaiman 25-1-2025 09:19 AM
Duit tu bagi kepada pegawai tu ke? Atau kerajaan yang dapat?
Quote koko2 25-1-2025 09:41 AM
Taim Tun M dulu mana ada kes berani tampor/tengking/herdik org gomen @ agensi Awam...

La ni....
Quote Suchi 25-1-2025 09:45 AM
Gigih tutup muka ngn topi, face mask abis dah ke pek?
Btw umur dah 60 pun masih perlu baca pertuduhan dlm mandarin
Berapa byk masa diperlukan tuk kau reti bahasa Melayu?
Quote supernaturalee 25-1-2025 09:50 AM
Comel polis
Serba X kena kamera duk hala fokus
Tp X pegang, X bergari plk ye

Quote Lampuled 25-1-2025 12:27 PM
Patut bg anugerah and highlights kan kakitangan yg kena tampar tu. Contoh pekerja telus. Intergrity.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.137932 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top