CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan tidak halang perhimpunan antirasuah esok, Bagi saya tak ada masalah, buatlah, bantahlah - Anwar

24-1-2025 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6127| Komen: 5

 


DENGKIL: Kerajaan tidak menghalang orang ramai menganjurkan perhimpunan antirasuah dengan syarat mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau tiada bantahan terhadap perhimpunan aman menentang rasuah yang bakal berlangsung di ibu kota esok.

"Kebenaran sudah diberikan. Menteri Dalam Negeri sebut, kebenaran diberikan cuma ada tempat-tempat yang kemudian yang tidak diberi kebenaran.

"Bagi saya tak ada masalah, buatlah, bantahlah (rasuah). Soalnya rasuah yang dibangkit-bangkit ini yang sekarang, saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun, apa dia masalah rasuah? Ini yang boleh ditumpukan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri solat Jumaat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengingatkan penganjur perhimpunan di ibu negara yang berlangsung esok mematuhi setiap peruntukan termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.


Media sebelum ini melaporkan perhimpunan bertemakan 'Rakyat Benci Rasuah' dijadualkan berlangsung pada esok di hadapan kompleks beli belah, Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perhimpunan itu dikatakan susulan kepada perhimpunan Ambang Tahun Baharu yang diadakan di Sabah baru-baru ini, yang dianjurkan oleh golongan pelajar untuk membantah ahli politik negeri yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah.

Akta Perhimpunan Aman 2012 digubal bagi memastikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dapat dilaksanakan dengan teratur, tanpa mengganggu ketenteraman awam.

Anwar berkata, perkara yang dibangkitkan ketika perhimpunan itu adalah isu lama yang sebahagiannya sudah diselesaikan.

"Dia (mereka) bangkit soal lama, yang sebahagiannya kita sudah selesaikan, sebahagian tidak mampu kita selesai. Apabila kita membangkitkan soal kehilangan berbilion-bilion, tiada pula mahu bersuara, tiada yang sokong, malah ada yang mempertahankannya.

"Kalau kamu orang kaya berbilion ringgit, ramai penyokong-penyokong. Pertahankan. Sekarang nak suruh lawan rasuah. Saya 'komited', kalau ada mana-mana pimpinan terbabit, beritahu, tiada masalah, kita akan tekan mereka.

"Tidak ada masalah dan ini juga saya tekankan tadi dalam mesyuarat Jemaah Menteri, ini (dia) dibangkitkan soal-soal lama yang ditutup masa mereka (kerajaan terdahulu)," katanya.

Dalam pada itu katanya, pimpinan kerajaan yang terbabit rasuah akan berdepan tindakan.

"Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tadi," katanya.

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 24-1-2025 07:00 PM
lepas digasak ke...ala bagi chance la zaman bersih dulu terguling atas jalan najib tak ada pun marah cuma kontrol keadaan je
Quote gigahertz 25-1-2025 03:58 PM
dia biarkan supaya rakyat tak question apa yang dia failure.
Quote Belibis 26-1-2025 12:29 PM
Saki baki tinggalan matsabu jer ni..mana ada dah yang tegar macam 90an dulu.
Quote Decaffeinated 26-1-2025 04:53 PM
Flop katanya kan? Bukti rakyat suka rasuah.
Quote axl_bach 27-1-2025 10:49 AM
Bagi salah, x bagi oun salah.... Nasiblah ko Bangnon oiiii...

Nasib Acik Makngah Sarah82 dah x ada

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.030380 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top