CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Josiah Hogan Dalam Proses Dapatkan IC Biru, Enggan Guna ‘Pintu Belakang’ – ‘Masih Menunggu Kelulusan & Pengesahan’

24-1-2025 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17840| Komen: 28|Original author: Raline


josiah-hogan-warganegara-1-630x510.jpg


Pelakon Josiah Hogan memaklumkan dia kini dalam proses menyiapkan segala dokumen yang diperlukan untuk permohonan mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Josiah Padilla Hogan, 39, mengakui mengakui bahawa proses permohonan untuk memperoleh status kewarganegaraan Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, dia menegaskan tidak akan sesekali mengambil jalan pintas atau menggunakan ‘pintu belakang’ semata-mata untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonannya.

"Masih lagi berusaha sebab saya tak nak menggunakan ‘pintu belakang’. Saya nak ikut proses yang betul seperti orang lain. Kalau saya kena tunggu pun tak apa cuma cabaran dia apabila saya kena bayar lebih kurang RM23,000 bila nak lepaskan status kerakyatan Amerika Syarikat (AS)."

Tambah Josiah, sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa surat kelulusan atau pengesahan daripada kerajaan berhubung permohonannya tersebut.

"Saya tengah struggle lagi tapi buat masa sekarang saya masih belum dapat apa-apa surat daripada kerajaan tentang permohonan tu.  Tapi macam saya minta surat sokongan daripada YB Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi Malaysia) untuk pastikan dokumen permohonan itu lengkap dan kemas.

"Proses tu dah berada di peringkat akhir, cuma nak tunggu kelulusan dan pengesahan daripada kerajaan negeri."

Josiah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama sempena Ramadan Raya yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa.

Dalam pada itu, Josiah juga menjelaskan terdapat beberapa faktor mendorongnya membuat permohonan tersebut selain berdepan kesukaran sekiranya ingin memulakan perniagaan di Malaysia.

"Kalau saya tak dapat warganegara Malaysia pun hidup saya sama sahaja cuma mungkin berdepan kesukaran jika nak mulakan perniagaan atau membeli aset di tempat-tempat tertentu mungkin terbatas."

"Kalau terpaksa mungkin saya akan berjumpa orang tertentu untuk rayuan atau sebagainya. Nak tak nak, permohonan warganegara ini perlu diselesaikan juga."

"Permohonan ini sebenarnya perancangan B sebab kalau saya meninggal pun saya tak akan bawa status warganegara tu ke kubur."

josiah-hogan-warganegara-3-630x471.jpg


Untuk rekod, Josiah dilahirkan di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Malaysia sejak berusia tujuh tahun.

Josiah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sebelum itu, Josiah pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 18 tahun.

Sumber : Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 24-1-2025 03:16 AM
Dia dulu lebat lakonan. Tak tao ape yg best dia ni berlakon. Selekeh
Quote Hoola 24-1-2025 07:19 AM
achik suka jg dia blakon
antra aktor yg nmpk berkaliber
Quote toynme 24-1-2025 08:04 AM
lama tu duk msia
dari umur 7 tahun
fuhhh

Quote Inigo-Montoya 24-1-2025 07:01 PM
cantik juga wife dia..dia kan yg jadi polis cerita lahad datu tu
Quote Inigo-Montoya 24-1-2025 07:02 PM
toynme replied at 24-1-2025 08:04 AM
lama tu duk msia
dari umur 7 tahun
fuhhh



ramai je anak indon dapat ic kan kalau memang dok dari kecil
Quote red_velvet 24-1-2025 07:26 PM
Heols sedap dalam lahad Datu...
Quote makadek 24-1-2025 07:28 PM
emsem dia ni ..org panggil dia jesus
Quote selipar_hijau 24-1-2025 08:10 PM
untong la bini dia
Quote ejans 24-1-2025 10:22 PM
Mula2 dalam ld ingatkan edika usuf.
Sis approve dpt ic biru sbb bahasa melayu dia bagus
Quote kechikchomel 24-1-2025 10:49 PM
Edited by kechikchomel at 24-1-2025 10:51 PM

Berapa lama dah la dia mohon? Kalau perempuan senang sikit nak lulus ke macam mana?
Cousin iolss, bini dia Indo. Berbelas tahun dorang kawin (lepas kawin terus mohon),
baru dapat PR. Yang sedih tu tak lama lepas dapat PR tu, anak sulung dorang meninggal accident.

(Iolss pernah citer pasal ni kat CI, saje citer lagi sebab macam ada kaitan )
Quote Perawankota 25-1-2025 04:21 AM
Dia kecek kelate pon sedap… lupa dah movie apa.. tapi tak sangka wife nmpk dia simple jer.. selalu klu mix2 ni, spouse dorg pon boleh tahan lifestyle nya..
Quote Zeatyisaac 25-1-2025 04:34 PM
Dia dah lama duk Malaysia kan? Datang Malaysia bila Ibu dia kahwin ngan orang Kelantan. Tu pasal dia fasih loghat Kelantan.
Quote Kak-Leen 25-1-2025 06:44 PM
Mak Musleh ni nak dapatkan warganegara pun belas tahun juga dia menanti.. Tu tak ada surat sokongan apa tu.. Tp dia sangat gembira dan lega bila dia dapat kelulusan tu. So, x juga yg kata kalau perempuan kahwin dgn local ni lebih mudah dapat kelulusan dari lelaki
Quote Shayang 25-1-2025 10:48 PM
ejans replied at 24-1-2025 10:22 PM
Mula2 dalam ld ingatkan edika usuf.
Sis approve dpt ic biru sbb bahasa melayu dia bagus

Kan padahal pure latino bukan mix melayu
Lagipun dia dh duk Malaysia sejak kecik
Sekolah pun kat sini
Agaknya mak dia dh dpt ic biru ke ye?
Satu lagi dia ni mmg boleh kecek spanish tak?
Quote pocongkiutss 25-1-2025 10:58 PM
Iols paling ingat dia berlakon cerita "What if" kat 8tv kalau x silap..menarik citer tu bg meols lah..hehe
Quote anilanil 26-1-2025 12:01 AM
Abe musleh ni berlakon best tapi nak jadi hero agak confused ckit penonton malaysia. Sebab dia mmg latino nak jadi watak jawa takleh, nak jadi kokesen muka cam benggali, nak jadi org asli lagi la jauh. So abe musleh byk jadi second hero & antagonist sajork. Harap abe musleh dpt byk offer yg bagus. Watak mamat mount kiara pon passed jer sbb mmg fluent English.
Quote seibei 26-1-2025 02:58 PM
dlm lahad datu, nmpk besar yg xjaga badan. tuntutan watak mgkn?
baru 39
Quote sharlenetexas 26-1-2025 04:02 PM
ejans replied at 24-1-2025 10:22 PM
Mula2 dalam ld ingatkan edika usuf.
Sis approve dpt ic biru sbb bahasa melayu dia bagus


Heols pernah herlakon jadi drebar lori cakap kelantan. Oklah mcm xde pelat sangat.

Quote exclusive_vvip 26-1-2025 04:58 PM
Dlm Lahad Datu muka heols hensem mcm Yusof Haslam zaman muda

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top