CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Polis sudah rakam keterangan Harith Iskander, 'Cecelia Yap Song' sedang dikesan

24-1-2025 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15608| Komen: 5

 


Polis sudah merakam keterangan pelawak dan pelakon Harith Iskander berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu 'ham' yang didakwa menghina agama Islam kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu dikenali sebagai 'Cecelia Yap Song' dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.

Menurutnya, pihaknya masih dalam proses mengesan individu terbabit.

"Setakat ini satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Setakat ini polis menerima 16 laporan polis berkaitan isu itu di seluruh negara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selasa lalu, Harith Iskander, 54, didakwa memuat naik hantaran dengan memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.


Semakan di Facebook selebriti itu yang mempunyai satu juta pengikut, mendapati hantaran terbabit dimuat naik pada Sabtu lalu.

"Saya begitu keliru. Iman saya tergugat. Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara".

"Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi hamsap, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan 'ham' di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?

"Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?", tulisnya dalam hantaran itu yang disudahi emoji wajah tertawa hingga keluar air mata.

Hantaran berkenaan didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam apabila seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada hantaran itu yang dipercayai mengaitkan 'ham' dengan nama Nabi Muhammad SAW.

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 24-1-2025 04:19 PM
Tah sapa la vote dia dulu..
Quote taji2906 24-1-2025 04:29 PM
bodo punya botak. dapat luku dia ni memang puas hati
Quote Zeatyisaac 25-1-2025 04:37 PM
Harith ni betul2 'hamsap' kan?
Quote haruslah 25-1-2025 07:51 PM
Bila jadi camni, gunakan ex & anak2....
Mintak maaf je kan senang. Masih nak playvictim
Dari dulu, slalu buat hal tapi takde nak mjntak maaf
Sila reveal yg ugut tu skali....

Rakyat malaysia ni pemaaf...benda mudah setel
Quote BoongaKertas 27-1-2025 12:16 PM
ok, hope acik yg komen begitu dangkal sekali tu pun kena dakwa gak.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.127168 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top