CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah

23-1-2025 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20525| Komen: 154|Original author: maklukpenggoda

 


PUTRAJAYA: Pinjaman peribadi menjadi punca utama kes kebankrapan khasnya membabitkan golongan muda di negara ini dengan 49.11 peratus atau 15,413 kes direkodkan sehingga tahun lalu.

Amalan gaya hidup mewah mendorong golongan muda terbabit membuat permohonan memiliki lebih satu kad kredit dan menggunakan kemudahan itu tanpa kawalan, menyebabkan mereka akhirnya terjerat dengan hutang yang gagal dibayar sehingga diisytiharkan muflis.


Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid, berkata kadar faedah kad kredit yang tinggi antara 15 hingga 18 peratus setahun menyebabkan beban membayar hutang semakin sukar terutama bagi mereka yang baru mendapat pekerjaan.

Beliau berkata, sebagai contoh, pihaknya merekodkan sebanyak 2,776 kes bankrap akibat pinjaman peribadi ini berlaku sepanjang tahun lalu, iaitu meningkat berbanding 2,225 kes sama pada 2023 dengan kebanyakan golongan muda yang terbabit berusia antara 25 hingga 44 tahun.

"Golongan muda mudah tertarik dengan gaya hidup mewah dan kegagalan mengurus kewangan dengan baik menyebabkan mereka terjerumus dalam hutang pinjaman yang tidak dibayar hingga akhirnya menyebabkan diisytihar muflis.

"Jadi, kita berharap institusi kewangan dapat mengetatkan syarat kelulusan pinjaman membabitkan golongan muda dengan memastikan hanya mereka yang layak saja diberi kemudahan itu, sekali gus dapat mengurangkan jumlah mereka yang bankrap akibat ketidakmampuan membuat bayaran semula," katanya kepada BH, hari ini.

M Bakri berkata, keadaan bertambah buruk apabila mereka yang diisytiharkan bankrap ini tidak hadir dan gagal memberi kerjasama yang baik kepada pihaknya, menyebabkan MDI sukar membuat penilaian dan jadual pembayaran sumbangan bulanan kepada pemiutang.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan MDI sukar meyakinkan pemiutang bagi melepaskan mereka daripada bankrap sama ada secara pelepasan menerusi sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) atau pelepasan automatik.

"Kita akui ada sekatan dan halangan mengikut Akta Insolvensi 1967 terhadap mereka yang diisytiharkan muflis termasuk tidak boleh keluar negara atau menjadi pengarah syarikat.

"Bagaimanapun, halangan itu boleh dilonggarkan jika mereka membuat permohonan kebenaran kepada KPI dengan syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Sebab itu, kita mahu individu yang bankrap ini memberi kerjasama dan hadir ke pejabat untuk kami bantu menyelesaikan status kebankrapan mereka," katanya.

Sementara itu, M Bakri berkata, MDI merekodkan seramai 133,844 individu masih berstatus muflis di negara ini sehingga akhir bulan lalu, iaitu berkurangan berbanding 233,483 orang pada sepanjang 2023.

Beliau berkata, tindakan kebankrapan itu menyebabkan harta individu terbabit akan diserahkan kepada pihaknya untuk penghasilan dan pengagihan kepada pemiutang.

"Malaysia melaksanakan Dasar Peluang Kedua (DPK) pada tahun lalu yang memberi peluang individu bankrap dilepaskan daripada status muflis bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan baharu, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

"Sasaran pelepasan 130,000 orang bankrap menerusi DPK ini dilakukan pada tahun lalu tetapi kita berjaya membebaskan 142,510 individu daripada muflis," katanya.

Sumber : BH



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote snowflakes 23-1-2025 07:35 AM
Setuju
Quote maklukpenggoda 23-1-2025 08:00 AM
[twitter]https://twitter.com/mstaronline/status/1844898229353341234?s=61[/twitter]
Quote nisako 23-1-2025 08:06 AM
setuju kena careful la
Quote emera 23-1-2025 08:09 AM
Edited by emera at 23-1-2025 08:10 AM

Budak2 muda baru setahun 2 keje dah berlagak tp gaya je lebih, nak ke hujung bulan, tepuk dahi. Gaya xnk kalah. Keta nk suv je. Tgk org pakai biasa2, lg dia eksyen. Dia x tau yg biasa2 tu xde masalah cash.. hutang kad kredit zero. Pakai kad kredit, balik rumah terus kosongkan. Point guna kad kredit sbb xnk usung cash byk2. Haaa gittew aku geram… sbb aku kenal makhluk eksyen sebegini.
Quote midori888 23-1-2025 08:14 AM
kena pandai guna lah...
Quote dealova04 23-1-2025 08:23 AM
kalau pandai guna, cc ni boleh je kita manipulasi kan. cth bli brg/emas guna easy payment/0% interest rate. tp disiplin la byr. byr sebelum due. xde la rugi
Quote A-Are 23-1-2025 09:04 AM
i ols sgt takut guna kad kredit...now lepas 12tahun kerja i ols pakai jugak...baru nampak banyak benefit dia rupanya especially bila kecemasan & beli barang perabot atau elektrik..banyak yg 0% interest tao...then bila beli dekat sengheng siap dpt scoin..hasil scoint tu siap boleh redeem barang2 lain yg cecah 300-400...ni dlm proses nak beli motor tp 0% interest...yela kalau x pon beli guna loan aeon lagilah interest da mcm ahlong bukit beruntong
Quote vanilacup 23-1-2025 09:26 AM
Sepanjang menjadi seorang pekerja yg makan gaji ini tidak pernah terniat mahupun terdetik utk memakai kad kredit. Tak ada sekelumit keinginan nak pakai kad kredit. Mudah je kalau ada duit beli tapi kalau tiada duit boleh shj tangguh urusan tersebut pd bulan-bulan lain...
Sifat dunia ini kita semua dah tahu bahawa tidak semua yg kita nak dan ingin boleh kita miliki. Allah akan hanya beri utk perkara yg selayaknya pd kita...
Jgn melakukan perkara yg membinasakan diri sebab Islam sendiri mengajar kita sentiasa bersederhana dlm semua perkara
Quote mrsamz 23-1-2025 09:28 AM
Fuhh lega dapat bayar statement balance kredit kad semalam..
Quote lurve82 23-1-2025 09:33 AM
aku ada 3 cc...1 kosong...1 rm11k...1 lg rm5k...wahahah...so membyr setiap bln tanpa guna cc selama sethn...hr tu guna beli perabot dgn alat elektrik sbb pindah..so misi thn ni nak kosong kan rm11k tu sbb hujg thn nk travel lg...
Quote hayrin86 23-1-2025 09:52 AM
A-Are replied at 23-1-2025 09:04 AM
i ols sgt takut guna kad kredit...now lepas 12tahun kerja i ols pakai jugak...baru nampak banyak ben ...

Sama la. Mujur taknah guna kad kredit. Kad debit lagi bagus..

Quote SalenaGomez 23-1-2025 10:01 AM
SG ada cc lama dah. Tujuan pakai hanya sebab x nak bawak cash, nak collect point cc dan ada kemudahan zero instalment. Every month bayar full. Walaupon nama nya kad hutang tapi jgn berhutang ya. Every month make sure 0 kan amount.
Quote hiswife 23-1-2025 10:04 AM
Ukur baju di badan sendiri
Quote green~tea 23-1-2025 10:23 AM
Jangan la salah kan cc... ngko yang tak reti nak pakai sampai terjerumus riba..
Quote _kelly 23-1-2025 10:34 AM
orang pakai cc ni sebab nak memudahkan..yang korang pakai sampai berhutang tu sapa suruh

ada duit cash baru swipe cc..dah keluar statement kat bank korang tu bayar full amount, bukan minimum..takde duit buat cara takde duit..tu je cerita dia
Quote mrsamz 23-1-2025 10:50 AM
lurve82 replied at 23-1-2025 09:33 AM
aku ada 3 cc...1 kosong...1 rm11k...1 lg rm5k...wahahah...so membyr setiap bln tanpa guna cc selama  ...

meaning apa tu? balance hutang ke limit cc?
Quote lurve82 23-1-2025 10:56 AM
mrsamz replied at 23-1-2025 10:50 AM
meaning apa tu? balance hutang ke limit cc?

balance hutang...huhuhu...
Quote otai_g 23-1-2025 11:00 AM
Simple logik. Bnyk kad kredit, bnyk la hutangnya. Nasihat aku kalo blh, maintain 1 kad je and make sure hujung bln bayar full. Jgn bnyk2 kad.
Quote aechae 23-1-2025 11:05 AM
Bru bayar annual fee semata 300 hengget T1 card HSBC tu… xguna lgsung.. cmna nk cancel? Ye iols apply kad tu sbb lawo n konon nk gna utk travel book hotel etc.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038007 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top