CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’

23-1-2025 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14006| Komen: 82|Original author: Raline


leona-azhar-2.jpg


Gelagat pelakon Azhar Sulaiman yang mahu mengubah suai bilik anak perempuannya Kasih Iris Leona telah mencuit hati warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar berkongsi keadaan bilik anak perempuannya itu.

Menurut pelakon berusia 53 tahun tersebut, dia merancang untuk mengubah suai dan mengecat semula bilik berkenaan.

leona-azhar-1.jpg


"Tengok barang-barang ini semua Leona, penuh. Daddy keluarkan semua kabinet, gila betul kami nak kemas.

"Ubah suai bilik Leona, Dia nak bilik macam princess pula. You love or not, Leona?"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi bakat Azhar yang juga merupakan seorang arkitek.

Dalam masa yang sama, mereka menyifatkan Leona sebagai anak yang bertuah kerana kemahiran yang dimiliki bapanya.

"Seronoknya Leona, bapanya arkitek, bilik belum siap pun dia dah bayangkan macam mana dan nak letak barang-barang semua."

"Bestnya bapa dia arkitek, relaks je minta buat reka bentuk bilik baru.

"Leona mesti best dapat ayah yang teliti macam ini, banyak idea, arkitek pula tu."


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 23-1-2025 12:35 PM
Ada duit tak payah bapak arkitek pun koram boleh renovate bilik.  Tp jgn bilik kecil mcm store tapi citer buat macam2 macam bilik tu 1000sqft.  Hujung2 jalan pun tak boleh, dari pintu masuk terus terjun ke katil tu je (sebab katil besar dah penuh bilik).
Quote exclusive_vvip 23-1-2025 12:36 PM
dia jadi arkitek ada buat projek2 besar tak? Yg nampak buat utk family je..
Quote Dorotheas 23-1-2025 12:43 PM
Bilik dia serrammm nye aku tgk..mcm ada penghuni lain
Quote kakakgarang 23-1-2025 12:46 PM
exclusive_vvip replied at 23-1-2025 12:36 PM
dia jadi arkitek ada buat projek2 besar tak? Yg nampak buat utk family je..

ada bnyk kan.. kru pun heolls buat, pastu ada pernah heolls tunjuk buat banglo.. iolls pun curi2 tgk tt heolls je.. kalau tak haram tak tau heolls buat lagi ke tak kerja2 tu..kalau heolls tak tunjuk... nmpk mcm menumpang hasil pulek ye... or biawak.. rupanya tidak ye...
Quote Rogue98 23-1-2025 12:47 PM
Takdelah besar sangat bilik Leona..boleh pulak muat macam2 dalam tu.
Quote cikdot 23-1-2025 12:50 PM
mekna ni dah final sem ke? nak balik soon eh..

huntunglah banyak job dah menunggu. airasia kompem sambar dia. tapi takyah keje pun takpe. buat content je pun dah kaya raya. harap tak jadi macam mak itik la ye..
Quote misszazaz 23-1-2025 01:18 PM
best la
Quote gangerina 23-1-2025 02:19 PM
apa kelam sgt lampu dlm rumah dia ni...style deco mcm tak pernah update dari dia baby je...
Quote edoraixora 23-1-2025 02:22 PM
Edited by edoraixora at 23-1-2025 02:23 PM
exclusive_vvip replied at 23-1-2025 12:36 PM
dia jadi arkitek ada buat projek2 besar tak? Yg nampak buat utk family je..

bangunan ikonik sprm kt putrajaya tu pun katanya dia yg design
KRU studio kat cyberjaya tu pun, skrg dah jadi opis drone
ni projek mega lah, projek kecik2 maybe banyak lagi


Quote Zezo 23-1-2025 02:26 PM
Arkitek dgn ID x sama kan? Mbr aku arkitek, selalu bangkang je geng² ID nk upgrade kata dorg arkitek. Aku sekadar dgr dan layan je. Sb mostly archy ni dorg macam sedikit eksyen.
Quote pocongkiutss 23-1-2025 02:37 PM
Iols ingt lg zaman awal2 ig live..si Leona ni punya la jujur..pi live je dlm bilik dia yg bersepah gila tu...hahaha
Quote Farnor 23-1-2025 02:43 PM
mmg la sudah kaya tak boleh nak komen pape
Quote dua_chzy 23-1-2025 02:46 PM
Bapak arkitek dan BERDUIT baru jadik wei.

Takat arkitek, tada makna.
Quote dua_chzy 23-1-2025 02:50 PM
Dorotheas replied at 23-1-2025 04:43 AM
Bilik dia serrammm nye aku tgk..mcm ada penghuni lain


Mungkin memang hada tapi sebab dah biasa so deol co-exist, co-reside bersama ja. Macam hantu2 rumah meols, bila dah biasa dah tatakut sebab dah ...'kenal'? Mak pernah panggil orang yang hado third eye tengok rumah family ni, terus acik tu kesurupan dengan heavy negative aura rumah meols kononnya tapi weol ghasa biasa ja. Tatau la if sheol faking it.
Quote ninja boy 23-1-2025 03:17 PM
Edited by ninja boy at 23-1-2025 03:24 PM

Apasal rumah dibiasa gelap, kasi buka langsir kasir cahaya masuk pakai blind curtain, floor n curtain kasi warna cerah, mata kucing pun nampak berhantu apatah lagi bilik gelap ruang tengah gelap
Quote miamiot 23-1-2025 03:21 PM
Zezo replied at 23-1-2025 02:26 PM
Arkitek dgn ID x sama kan? Mbr aku arkitek, selalu bangkang je geng² ID nk upgrade kata dorg arkite ...

Arkitek ni bkn eksyen sis ... Tanggungjawab mendirikan sesebuah bgn tu bkn takat masa construction saja ... Tugas dan tanggungjawab tu sampai bila2 selagi bgnn tu berdiri. Geng2 ID ada segelintir buat reno bkn pikir structure ke apa. Diorg buat dalaman shj , anything happen AR juga yg kena. Berat tugas AR ni. AR boleh buat tugas ID tp ID x boleh buat tugas AR. Sign AR tu mahal , nk dpt AR pun kena exam sampai Part3 ... Belajar kat uni pun 6thn cukup lama
Quote red_velvet 23-1-2025 03:32 PM
Edited by red_velvet at 23-1-2025 03:34 PM
Dorotheas replied at 23-1-2025 12:43 PM
Bilik dia serrammm nye aku tgk..mcm ada penghuni lain


Memang ade kan benda tu kat rumah dia.. Behar pernah tunjuk dala live tt satu batu besar  yang bercantum ngan dinding rumah dia.. Dia kata masa nak buat rumah tu batu tu tak boleh dialihkan.. Cubaan utk alihkan batu tu banyak kali sampai tiap kali Cuba alih je contractor n team akan sakit2.. Dia panggil ustaz n ustaz kata tapak rumah tu memang kampung benda tu n diorang tak nak keluar.. So diorang decided biar je batu besar tu jadi sebahagian dari rumah diorang.. Banyak lagi batu2 lain, mana yang dapat alihkan diorang jadikan part of hiasan garden.. Yg tak dapat alih tu masih tertancap kat situ la... . Tapi benda tu tak kacau pun dia n family, means diorang memang tinggal bersama2 dalam rumah tu. .. Kawan2 yg datang pernah la ternampak sekali imbas.. Gitu je la.. Tapi tak pernah kena kacau teruk
Quote Kitty_catz 23-1-2025 03:33 PM
Samerosie replied at 23-1-2025 04:35 AM
Ada duit tak payah bapak arkitek pun koram boleh renovate bilik.  Tp jgn bilik kecil mcm store tapi  ...

ohh i taw ni citer sapa.. ni citer tok ecah punya lagu tu kann

oh dunia ini penuh kepalsuan, lidah tak bertulang , cerita same ol same ol ulang ulang.....

  oh, oh, ohhhhh.... kejamnyaaaaaa
Quote caca_eric 23-1-2025 03:45 PM
miamiot replied at 23-1-2025 03:21 PM
Arkitek ni bkn eksyen sis ... Tanggungjawab mendirikan sesebuah bgn tu bkn takat masa construction ...

Pastu engineer bengang dgn arkitek sbb selalu menyusahkan engineer

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.132401 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top