CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Cathay Pacific cemas kabin pesawat dipenuhi asap tebal

23-1-2025 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29298| Komen: 2

 


BOSTON, MASSACHUSETTS – Sebuah pesawat Cathay Pacific berdepan detik cemas apabila kabin dipenuhi asap tebal sejurus berlepas di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat, lapor laman berita Fox News semalam.

Kejadian berlaku dalam Penerbangan CX811 selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, negeri Massachusetts menuju ke Hong Kong kelmarin. 

Rakaman video penumpang menunjukkan kabin pesawat jenis Airbus A350 itu dipenuhi asap tebal. 

“Sebaik sahaja memulakan penerbangan, saya melihat banyak asap di dalam kabin,” kata seorang penumpang, Wu Hoachen. 

Menurut data laman web pengesan pesawat, FlightAware, kapal terbang tersebut selamat mendarat di Boston sekitar pukul 3.21 pagi (waktu tempatan). 

Syarikat penerbangan Cathay Airways berkata, pesawat itu kembali ke lapangan terbang mengikut prosedur standard. 


“Tiada kecederaan dilaporkan, manakala siasatan sedang giat dijalankan,” tambahnya. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-1-2025 12:48 AM
Okey tu fogging dulu supaya nyamuk tak boleh cross international border.

Quote tumpanglalu74 2-2-2025 01:13 PM
B40tastePosh replied at 23-1-2025 12:48 AM
Okey tu fogging dulu supaya nyamuk tak boleh cross international border.

Aku ingatkan indon je jakun..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.025009 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top