CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat lelaki dimakan anjing peliharaan di sebuah tokong

23-1-2025 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29429| Komen: 2

 


BANGKOK – Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan gigitan dan kehilangan anggota badan, dipercayai dimakan oleh anjing peliharaannya di sebuah tokong di daerah Muang, Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam.

Menurut polis tempatan, mayat mangsa bernama Phra Bundit Butrasane, 46, ditemukan sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di sebuah bilik. 

“Butrasane ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Tangan kanan dan kulitnya hilang, manakala kepala sebelah kanan mempunyai kesan gigitan yang dalam sehingga menampakkan tulang. 

“Mangsa dipercayai mati dua hari sebelum mayatnya ditemukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ou,” kata polis. 

Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila Ou membuka pintu bilik mangsa kerana curiga dengan keberadaannya dan lampu yang masih menyala. 

“Semasa membuka pintu, anjing peliharaan Butrasane berlari keluar dari bilik. Saya percaya haiwan itu telah melukainya sehingga mati kerana ia terlalu agresif,” tambah Ou.


Masih belum jelas sama ada kematian mangsa disebabkan masalah kesihatan atau diserang anjing. 

Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 23-1-2025 04:32 AM
fuhhh.. tp aku selalu org dengar mat saleh cerita konon kucing ni lagi disloyal dari anjing.. dia mmg akan mula makan mayat tuan dia, in case kalau terkurung dalam rumah tu.. kalau anjing pulak akan duduk tepi mayat tuan dia sahaja jadi teman..

ntahlah.. binatang ni tetaplah binatang, ada naluri sahaja takde akal so tak payahlah letak harapan sangat kalau terpaksa tinggalkan anak ke org tua dkt rumah tu ye..
Quote nisako 23-1-2025 10:33 AM
eeeeeeeeeei

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.116453 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top