CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketika (panggilan video) itu mukanya saya lihat betul-betul cantik. Saya sempat usik minta dia cakap ‘i love you’ – Suami

22-1-2025 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28410| Komen: 13

 

KOTA TINGGI – Wanita yang ditemukan lemas bersama anak saudaranya ketika mandi-manda di Pantai Bayu Impian, Bayu Damai, Pengerang di sini semalam sempat membuat panggilan video kepada suami beberapa minit sebelum kejadian.

Abu Mansur Ahmad Musa, 43, berkata, isterinya, Siti Fatimah Jaafar, 33, bersama kira-kira 20 ahli keluarga pergi ke tempat peranginan itu sejak Isnin lalu untuk bercuti.

Katanya, ketika kejadian dia tiada di lokasi kerana pulang ke rumah sebentar di Sungai Tiram untuk mengambil barang milik isterinya.

“Pada pukul 5 petang isteri menghubungi saya melalui panggilan video. Saya berasa pelik kerana biasanya dia call (hubungi) biasa tak pernah buat panggilan video.

“Ketika (panggilan video) itu mukanya saya lihat betul-betul cantik. Dia berpesan jangan lupa ambil barangnya. Saya sempat tanya keadaan anak-anak dia beritahu semuanya okey.


“Saya sempat mengusiknya minta dia cakap ‘i love you’ tetapi dia beritahu malu kerana ramai orang,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

Selain Siti Fatimah, turut terkorban anak saudaranya, Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13.

Bapa tiga anak itu berkata, beberapa minit kemudian dia menerima panggilan daripada anak saudaranya memaklumkan anaknya serta tiga anak buahnya lain lemas.

Abu Mansur berkata, arwah merupakan isteri dan ibu yang sangat baik selain suka bersedekah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-1-2025 12:03 AM
Mandi laut beriya riya tu kenapa?

Orang mandi laut time bulan Safar rendam kejap je.
Quote rosmahisham 23-1-2025 07:16 AM
Apa yg wartawan ni tulis.. bapa 3 anak itu berkata beberapa minit kemudian dia menerima panggilan dr anak saudaranya memaklumkn anaknya serta 3 anak buahnya mati lemas."

Bukan ke bini nya n ank buah je yg ninggal anak dia x ninggal.. ke aku yg x phm!
Quote pocongkiutss 23-1-2025 07:19 AM
rosmahisham replied at 23-1-2025 07:16 AM
Apa yg wartawan ni tulis.. bapa 3 anak itu berkata beberapa minit kemudian dia menerima panggilan dr ...

2 lg anak buah tu dr adik beradik pokcik ni yg lain la kut
Quote Tinot7 23-1-2025 07:25 AM
Takziah kpd keluarga
Quote Cassieopeia 23-1-2025 08:28 AM
innalillahiwainnailaihirojiun..
Quote liyamariska 23-1-2025 08:58 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote Mummycomby 23-1-2025 09:30 AM
Zaman2 skrg tgk laut dari jauh je lah... jgn la mandi2 laut... takuttt kes lemas2 mcm nie... Semoga Arwah di dlm golongan yg beriman.. Aaaamin Ya Rabbal Al Aaaamin...
Quote SalenaGomez 23-1-2025 09:38 AM
rosmahisham replied at 23-1-2025 07:16 AM
Apa yg wartawan ni tulis.. bapa 3 anak itu berkata beberapa minit kemudian dia menerima panggilan dr ...

Wartawan ni mmg suka karangan kbat pusing2… hahahah

“ Selain Siti Fatimah, turut terkorban anak saudaranya, Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13.


Bapa tiga anak itu berkata, beberapa minit kemudian dia menerima panggilan daripada anak saudaranya memaklumkan anaknya serta tiga anak buahnya lain lemas.”

So maksudnya, yg terkorban ialah anak nya sorang, wife nya dan anak buah nya 3 orang. Total 5 org lah

Cuma mungkin wartawan ada info nama n umur wife n anak buah yg sorang tu je
Quote SalenaGomez 23-1-2025 09:42 AM
Takziah pada family ni. Hilang anak sorang n wife mmg kehilangan yg besar. Kira tinggal dia dan 2 anak je

Cuma  SG tgh bayangkan momen dia cite kat reporter part iluv u tu, mcm cringe skit
Quote downiey 27-1-2025 04:58 PM

innalillah hi wainna ilaihi rojiun...salam takziah
Quote dua_chzy 27-1-2025 05:33 PM
Filter tu bang...
Quote dua_chzy 27-1-2025 05:34 PM
Edited by dua_chzy at 27-1-2025 09:38 AM

Or memang tetiba naik seri nak mati.

Macam mendiang pak meols. A few days seblom meninggal, berseri2 muka sampai mak meols pelik dan boleh hagak dia dah nak pegi. Dah la asek meracau nampak orang2 yang dah mati dok seru2 dia. Pehtu sepanjang dalam keranda, berseri2 hensem betul pak meols yach, suma worang yang datang mentioned pasal ni yach. Adik meols yang skeptikal kata embalming efek je tu. Tapi kawan meols mati sakit juga last year, muka punya la kusam lebam walau dah embalmed yach.

Yes folks this kinda thing happens to kapir too.
Quote pisanggoreng 27-1-2025 06:29 PM
kat jimbabwe, bendera merah dah naik kat tepi pantai still pegi mandi-manda

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030625 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top