CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Hero sebenar’ – Saif Ali Khan sudah pulang ke rumah

22-1-2025 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26743| Komen: 7

 


PELAKON terkenal Bollywood, Saif Ali Khan yang ditikam sebanyak enam kali oleh perompak minggu lalu telah dibenarkan pulang ke rumah.

Video ketibaan Saif di kediamannya yang terletak di Bandra, Mumbai tular dalam media sosial.


Rata-rata netizen kagum melihat keadaannya yang tetap nampak segak dan gagah biarpun berdepan tragedi yang hampir meragut nyawa.

Suami kepada aktres Kareena Kapoor itu dilihat melambai tangan kepada peminat-peminatnya yang berhimpun di luar kawasan perumahan elit tersebut.

Jelas kelihatan tangan kirinya yang berbalut serta tampalan di lehernya yang cedera akibat ditikam dengan pisau.

Ramai netizen terkejut melihat keadaan terkini pelakon filem Kal Ho Na Ho itu yang disifatkan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku.


“Saif kelihatan hebat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dia cedera ditikam berhampiran tulang belakang. Dia adalah hero sebenar,” komen netizen.

Ada juga kata-kata nakal yang mendakwa insiden dia ditikam hanyalah rekaan semata-mata untuk tujuan publisiti. Semuanya gara-gara Saif kelihatan sihat, tidak seperti orang yang cedera parah.

Minggu lalu industri hiburan Bollywood digemparkan dengan insiden Saif cedera ditikam sebanyak enam kali oleh perompak yang memecah masuk kediamannya pada pukul 2.30 pagi sewaktu aktor itu sedang tidur bersama dua anak lelakinya.

Saif telah dibawa ke hospital oleh pemandu kenderaan awam sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 10 tahun, Taimur Ali Khan. Doktor berjaya mengeluarkan serpihan pisau sepanjang 2.5 inci yang tertanam berhampiran tulang belakangnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 23-1-2025 08:05 AM
wow dah sihat
Quote lasagna 23-1-2025 08:15 AM
alhamdulillah.. pjg umur heols..
kecoh wehh satu hindustani, heols kena tikam aritu.
kalau serius innalillah dah ni, gila pya perampuk.
Quote A-Are 24-1-2025 02:07 PM
awat nampak sihat semacam xda rupa kena tikam...ke kena pisau lipat sikit
Quote kechikchomel 24-1-2025 02:31 PM
kena leher



pemandu kenderaan awam = diver taxi/bas/e-hailing ka?
Quote Prickford 24-1-2025 03:14 PM
A-Are replied at 24-1-2025 06:07 AM
awat nampak sihat semacam xda rupa kena tikam...ke kena pisau lipat sikit

Maybe bukan pisau rambo ataupon pisau potong daging.

Quote A-Are 24-1-2025 03:56 PM
Prickford replied at 24-1-2025 03:14 PM
Maybe bukan pisau rambo ataupon pisau potong daging.

tula, mcm xda rupa kena tikam masuk icu hilang darah bagai mcm dlm cerita...
Quote beatgirlX 26-1-2025 10:43 PM
Aku ingat dia anxiety la lepas kena tikam.. Ramalan ku salah.. Dia nampak happy

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.034006 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top