CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya minta maaf, saya bayar ganti rugi’ - Jurugambar

22-1-2025 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27108| Komen: 14

 


PETALING JAYA – Jurugambar yang didakwa menyebabkan pengantin lelaki berbaju songket lengkap dengan aksesori jatuh ke dalam sungai telah membeli pakaian tersebut daripada pemilik perkhidmatan sewa pakaian pengantin.

Menerusi video dimuat naik jurugambar tersebut pada TikTok shaffat.as01, dia bertemu pemilik perkhidmatan berkenaan serta turut ditemani oleh pengantin lelaki tersebut.

Pada video itu, pemuda tersebut mengeluarkan beberapa keping wang RM100 dan diserahkan seorang wanita iaitu pemilik perkhidmatan sewa pakaian pengantin, namun tidak didedahkan jumlah bayaran berkenaan.

“Saya selaku dalam video jurugambar, jumpa akak nak minta maaf dari segi kesilapan, kecuaian kita sendiri. Memang sepatutnya kita tak buat, tapi kecuaian atas kami.

“Benda tak rancang, tak tahu benda ni jadi begini. Tapi tak sedap, kita kena minta maaf dan saya akan bayar ganti rugi.


“Saya akan bayar dan akan ambil baju. Kak bagitahu akan buat baju, ni nanti saya pakai untuk satu lagi (majlis) lah. Kena ‘booking’ pelamin lah (berseloroh). Jadi minta minta halal dan minta maaf juga,” katanya

Dalam masa sama, wanita pemilik syarikat itu juga menerima penjelasan jurugambar berkenaan.

“Benda tu tak rancang, spontan. Saya dah bagitahu tukang jahit (buat baju baharu). Minta halal kalau ada salah cakap, kami pun minta maaf. Benda ni kita tak boleh salah mana-mana pihak sebab berlaku spontan dan saya pun terkejut,” katanya.

Sementara itu, pihak pengantin lelaki turut meminta maaf susulan kejadian itu.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan tindakan seorang jurugambar didakwa menyebabkan pengantin lelaki yang lengkap berpakaian songket dan aksesori jatuh ke dalam sungai mengecewakan pemilik perkhidmatan sewa pakaian pengantin.


Menerusi perkongsian Shaffat.As di TikTok memaparkan pasangan pengantin tersebut menjalani sesi penggambaran pada majlis perkahwinan mereka.

Namun, jurugambar tersebut secara tiba-tiba menolak pengantin lelaki ke dalam sungai dengan niat bergurau dan kejadian disedari pemilik baju pengantin. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 23-1-2025 10:10 AM
sng keje..ms buat tu xpikir dlu harta org ke ape
Quote supernaturalee 23-1-2025 10:23 AM
kesilapey kecuai-yey


content semata
Quote Cassieopeia 23-1-2025 11:45 AM
katanya hari tu ada pasangan lainpun dh book baju ni kan, sempat ke tukang jahit nk buat baru tu.. next time fikir dlu dik
Quote airfilterkotor 23-1-2025 01:09 PM
Ada sorang porumer yang biasa menulis...

K...E...L

Lupa sapa ekk.
Quote renko 23-1-2025 03:44 PM
skang jurugambar pun da macam celaka
rajin merempan skang
da boleh masuk list pekerjaan terpaling dah puak sial ni
Quote A-Are 23-1-2025 03:52 PM
renko replied at 23-1-2025 03:44 PM
skang jurugambar pun da macam celaka
rajin merempan skang
da boleh masuk list pekerjaan terpaling da ...

tambah lagi perkerjaan MUA & bakers...sebokla gaduh pasal main harga...kikikiki
Quote renko 23-1-2025 04:12 PM
A-Are replied at 23-1-2025 03:52 PM
tambah lagi perkerjaan MUA & bakers...sebokla gaduh pasal main harga...kikikiki

haa sama la tu
leh geng dgn rider,palat darat,barista lopek
lagi apa
geng2 yang terpaling kerja
dorg je keja susah penat bahaya bagai
Quote A-Are 23-1-2025 04:27 PM
renko replied at 23-1-2025 04:12 PM
haa sama la tu
leh geng dgn rider,palat darat,barista lopek
lagi apa

oh 1st time dgr barista lopek...wakakakka..tp barista malaysia jarang tersakiti, selalu baca negara luar je...
Quote mawarmatahari 23-1-2025 04:33 PM
pengajaran..
Quote renko 23-1-2025 06:22 PM
A-Are replied at 23-1-2025 04:27 PM
oh 1st time dgr barista lopek...wakakakka..tp barista malaysia jarang tersakiti, selalu baca negar ...

hahahahaha barista ni selalu komplen cara org order
kau keje bancuh air je pun
xpayah poyo2 nk judge org tu order cmne
buat bg org da la
gigih up2 kt socmed tersakiti dgn cara org order
Quote A-Are 24-1-2025 08:09 AM
renko replied at 23-1-2025 06:22 PM
hahahahaha barista ni selalu komplen cara org order
kau keje bancuh air je pun
xpayah poyo2 nk jud ...

oh really...i ols jarang dgr rentanan barista...tp dr segi customer service nampak gaya diorang lagi extra terlatih..kalau zmn study dulu, studnt yg buat part time dekat starbuck mmg next level bangga la dr i olls yg buat part time jd cashier supermarket...wakakakka...
Quote cmf_PariS 24-1-2025 11:17 AM
main tolak2 org tu tk puas posing lagi agaknya... dh kene balik mandi salin baju.. bodoh.. tp bagusla dh bayar.. case closed!
Quote cmf_premierleag 24-1-2025 11:55 AM
Bodoh punya photographer....sah2 ko takut sgt kan kalo lps ni ko dah x dpt job lagi kan.
Lenkali simpan sket bodoh ko tu dik
Malang la pompuan yg kawen dgn jantan bodoh mcm ko ni esok.
Quote afie_m 24-1-2025 12:50 PM
spontan ke, dia tak tahu ke bawah tu air

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052155 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top