CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah rogol, Mondy Tattoo diperintah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew

22-1-2025 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9005| Komen: 8|Original author: ultra78



WhatsApp-Image-2025-01-22-at-3.22.15-PM.jpg

Mondy (kiri) dan Ebit Lew.

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo membayar ganti rugi RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kerana menfitnah pendakwah itu merogolnya.

Perkara itu dimaklumkan Ebit selepas mahkamah memutuskan demikian hari ini.

“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman ke atas Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ebit turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Berdasarkan dokumen itu, Mondy diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 serta faedah sebanyak lima peratus setahun bermula dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.

Mengulas lanjut, Ebit berkata, saman terhadap Caprice yang menyiarkan ‘podcast’ (audio siar) berkaitan dakwaan tersebut akan berlangsung pada Mei ini.

Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Ebit turut membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Pada 6 Jun 2024, Ebit dilaporkan tidak akan didakwa atas tuduhan merogol Mondy selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut (no further action).

Pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda.

Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Ebit selaku plaintif memberitahu beliau mula mengenali Mondy yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan ketika menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia pada 7 Jun 2023. 

Sumber – KOSMO! ONLNE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 22-1-2025 04:51 PM
kes NFA
tapi in reality berlaku tak? (begitu akak kepochi)

tapi akak nak padankan muka hendon ni dan topnasi ..... selayaknyalahhh
tal sabar nak tunggu perbicaraan bibit ewwww pula
Quote 3chanceno 22-1-2025 04:58 PM
Tapi tapi yg topinasi semalam declare yg dewasayu kena bayar dia, kes apa? Meols baca topinasi menang dlm kes tu &  boleh share details pasal kes dewasayu nie...konfius pulak
Quote ifanonline 22-1-2025 05:13 PM
tak perlu la influencer malaysia ke indonesia lagi, tak pasal2 kena tuduh rogol
Quote plywood 22-1-2025 08:49 PM
mcm mana nak tuntut. si mondy tu di indon. satu lagi si mondy tu kelihatannya tak ada duit bayar duit banyak mcm tu...ada prosedur untuk push mondy diindon untuk bayar kah? atau hukuman itu tergantung, bila si mondy tu datang malaysi baru kena tangkap sebab tak bayar hutang
Quote haruslah 22-1-2025 09:08 PM
Kes ni sebab monday tak datang court kan?

Lg 1 kes, topinasik menang kes injuksi....so 1-1 ke guane?
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2025 09:31 PM
Saya percaya tujuan menyaman hanyalah untuk membersihkan nama dia dari tuduhan merogol.
Quote annehuda 22-1-2025 11:28 PM
Ada kemungkinan tak, mmg saja depa berdua ni pakat pasal saman ni. Mcm ibaratnye ok dewasayu menang kes saman ni meaning dia btul la bukan perogol. Netizen bukan baca artikel pun mesti baca tajuk je. Pastu stakat rm20k je, takkan dewasayu tuntut byk tu je sdgkan reputasi dah tercalar? Ni spekuan hati hitam aku jelah hehehe
Quote Gokuuu 3-2-2025 02:45 AM
Nak cari ostaj cari yg benar2 dlm landasan ilmu .
Bukan ostaj musang berbulu ayam.
Sekian.cuma pesan.Tak tuju kpd sesiapa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.093661 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top