CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua rakan tak sempat curi 26 pek minuman dah kena cekup

22-1-2025 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26182| Komen: 1

 


HULU SELANGOR – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba melarikan 26 pek minuman bernilai lebih RM600 dari sebuah kedai serbaneka di Hulu Bernam, di sini petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular berkenaan kes kecurian itu di media sosial.

Katanya, pengurus premis itu membuat laporan polis dan siasatan mendapati dua suspek cuba melarikan barangan milik kedai serbaneka itu tanpa membuat bayaran pukul 5.20 petang kelmarin.

“Suspek ditahan pekerja kedai bersama barangan curi iaitu 14 bungkus Nescafe 300 gram serta 12 bungkus Milo 1 kilogram berharga RM 631.48,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an diserahkan kepada polis. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.


Mereka direman selama tiga hari bermula sehingga 23 Januari ini.

Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Bharu esok di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote downiey 27-1-2025 04:59 PM
suspek warga mane

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.293778 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top