CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Hamil, cukuplah mempersoalkan tentang itu’ - Zehra Zambri

22-1-2025 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22556| Komen: 8

 

Menafikan dirinya hamil, penyanyi Zehra Zambri sebaliknya meminta khalayak tidak lagi mempersoalkan keadaaan fizikalnya yang agak berisi akibat sukar menurunkan berat badan selepas bersalin dua tahun lalu.

Akui Zehra, 38, tekanan kerja dan kesibukan menguruskan anak kecil juga menyumbang kepada hasratnya untuk kembali memiliki berat badan ideal, tambahan pula dia melahirkan anak secara pembedahan.

“Adakah saya hamil? Jawapan empunya diri adalah tidak!

“Jadi, cukuplah mempersoalkan tentang itu, saya akui masih belum dapat berat badan ideal selepas melahirkan anak secara ’emergency czer’ pada 21 Oktober 2022.

“Saya mengalami kenaikan berat badan mendadak dan tidak menjaga kesihatan diri akibat tekanan kerja serta dalam masa sama sibuk menguruskan bayi saya sendiri,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pelantun lagu Semalakama turut memohon maaf dengan penampilannya di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) minggu kesembilan yang menampakkan bahagian perut sehingga disangka hamil.


Selepas ini, dia akan lebih berhati-hati dengan pemilihan pemakaian selaku wanita muslimah yang berhijab.

“Saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan imej dan penampilan saya ketika dendangkan lagu Nour El Shams pada konsert minggu lalu.

“Saya ambil maklum pandangan kalian yang mengkritik stail hijab dan busana saya. Insya-Allah di masa akan datang saya akan lebih cakna serta berhati-hati dalam pemilihan pakaian sebagai wanita berhijab.

“Terima kasih semua atas teguran kerana kasih sayang kalian terhadap diri saya. Moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya.

Minggu lalu, Zehra menyelesaikan tugasan dengan lagu arab berjudul Nour El Shams dan mengenakan pakaian ketat sehingga terlihat bentuk perut seakan-akan sedang hamil.

Dia juga mengenakan tudung menampakkan bahagian leher dan telinga yang membuatkan peminat tidak senang dengan fesyen tersebut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 23-1-2025 11:54 AM
lepas open surgery/ czer mmg kena jaga betul2 kalau tak perut mmg akan jadi besar.
aku pun lepas 2 tahun operate, bentuk perut masih lagi menyakitkan hati
sebabnya aku tak jaga post-recovery, tak jaga makan, dan kurang senaman.

apa pun semoga Zehra perbaiki pemakaian utk persembahan minggu seterusnya. kena tegas dgn designer taknak yg ketat2 atau terlalu menayang.
Quote sfrnna 23-1-2025 12:08 PM
Nampak macam tak happy dgn diri sendiri. You make that life choice so kalau org tanya u pregnant ke u rasa offended turunkan la berat badan. Org yg happy dgn diri sendiri will let it slide je.. knowing that you don't need to justify anything kan. Cakap jela bukan pregnant.. just terlebih makan.. then move on.
Quote anakpakmaun 23-1-2025 12:25 PM
mesti sakit czer kan

susah nak turun berat bhgn perut
beranak normal pun sama
Quote Prickford 23-1-2025 12:27 PM
anakpakmaun replied at 23-1-2025 04:25 AM
mesti sakit czer kan

susah nak turun berat bhgn perut

Beranak mmg sakit, ikutlah mana2 pon. Yg kata itu tak sakit, ini tak sakit, sebenarnya sakit. Lepas tu dah boleh stop kot mentaliti u failed as a human kalau gemok gedempol, body tak cantik selepas melahirkan. Our body, our choice. Ikutkan semua orang nak cantik2. Tapi takde satu kitab pon mengatakan kalau gemok, gelebeh tu tak cantik. Laki dia tgk cantik je.

Quote Zezo 23-1-2025 02:32 PM
Mmg muncit perut dia. Aku igt dia ngandung. Tp dh kata bukan, jadi ok, faham.
Quote babynina30 23-1-2025 04:27 PM
She ok ke dgn laki ?

Last 2 weeks awat she nangeh kt stage ?

Org tanya, she takmau jwb

Quote supernaturalee 23-1-2025 04:49 PM
ko retis kot
in fact masa di rtm sbg newscaster confirm ada masuk grooming bagai
tak memasal org assume benda yg tak sepatutnya


Quote lasagna 24-1-2025 09:37 AM
Edited by lasagna at 24-1-2025 09:39 AM
babynina30 replied at 23-1-2025 04:27 PM
She ok ke dgn laki ?

Last 2 weeks awat she nangeh kt stage ?

ehh sheol dah berpisah dgn husband 1st dulu uols,
sheol prnh cite kat gv juga hari tu.
tapi prnh dgr sheol re-married,
tp tak tau laa status gimana skrg.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.073813 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top