CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perangkap ‘cheese leleh’, bahaya yang ramai tak tahu

22-1-2025 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21086| Komen: 0

 


PETALING JAYA – Menu makanan menggunakan ‘cheese leleh’ yang semakin popular di negara ini lebih banyak mengundang keburukan tersembunyi kerana ia bukan diperbuat daripada keju sebenar.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian Facebook berkata, ‘cheese leleh’ bukan diperbuat daripada keju mengandungi nutrisi seperti protein, kalsium dan vitamin, sebaliknya gabungan bahan rendah khasiat, tetapi tinggi risiko.

“Ia mengandungi maltodextrin iaitu bahan pemanis yang menambah kalori tanpa manfaat kesihatan, gula dan garam berlebihan seterusnya menyumbang kepada risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

“Selain itu kalori tambahan menggalakkan kegemukan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik serta tiada nutrisi yang mana tiada manfaat seperti keju asli, hanya rasa ‘menipu’,” katanya.

Kesedapan ‘cheese leleh’ adalah perangkap makanan yang menjejaskan kesihatan untuk jangka masa yang panjang.


“Fikirkan, adakah rasa (nikmat) sebentar itu berbaloi dengan risiko kesihatan anda?,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.118091 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top