CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kacak Warga AS Kagum Dengan Tren LRT Malaysia, Bersih Dan Murah! - "Di NY Banyak Tikus"

22-1-2025 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5274| Komen: 36|Original author: vanillaessence


Baru-baru ini, tular hantaran di laman YouTube apabila seorang lelaki berasal dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Evan (@thatevanguy1480) berkongsi pengalamannya menjelajah ibu kota, Kuala Lumpur.

Menurutnya, bandar tersebut sangat moden dan infrastruktur yang terbina seolah-olah negara maju seperti di China.
Mat Saleh Terkejut Lihat Lantai Stesen Kereta Api Bersih & Tambang Murah

Dalam vlog itu juga, Evan menunjukkan caranya menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke salah satu tempat makan yang disyorkan orang ramai atas talian. Untuk ke sana, dia telah menaiki tren LRT, Rapid KL dari stesen Hang Tuah ke Masjid Jamek.

Jelasnya, lantai stesen tersebut sangat bersih daripada sebarang kekotoran. Dia juga terkejut tambang yang dikenakan untuk perjalanan itu hanya RM1 sahaja.

“Saya terpesona dengan betapa pantas dan bersihnya (kereta api). Ia sangat mengagumkan. Apabila berada di New York, korang akan nampak banyak tikus melintasi landasan dan di lantai. Tapi tiada di sini (Malaysia),” kata Evan.

Persekitaran Dalam LRT Bersih & Rakyat Malaysia Dikatakan Sopan

Tambah pelancong asing itu lagi, keadaan di dalam tren juga sangat aman dengan pengudaraan yang bagus serta penumpang yang sopan.

“Cantik, sejuk, moden, bersih tiada orang psiko (creeps). Korang boleh lihat ada keluarga. Di New York, keluarga tak naik tren,” kata Evan.

Bukan sahaja persekitaran stesen LRT yang bersih, malah Evan juga kagum dengan kebersihan lantai dalam rel itu.

Ujarnya, rakyat Malaysia juga sangat beradab yang mana mereka tidak membuat bising ketika berada di tempat terbuka lebih-lebih lagi jika berada dalam pengangkutan awam.

Kereta Api Bawah Tanah Di New Yok Bau Seperti Ikan

Evan dalam masa sama juga tidak menyangka negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand sangat maju dari segi pembangunan sedangkan negara besar seperti AS masih ketinggalan dalam aspek fasiliti awam.

“Saya tinggal bertahun-tahun di New York dan Chicago, dan saya baru sahaja berdepan dengan pengalaman paling terburuk ketika menaiki kereta api bawah tanah.

“Apabila anda sedang menunggu kereta api, ada ramai gelandangan berkumpul dan pemuzik yang menyanyi dengan begitu kuat. Bila masuk tren, ada pula penari, individu kencing merata, bau ikan (bau hanyir) dan macam-macam,” ujar YouTuber itu.

Ramai Sifatkan Jaga Kebersihan Merupakan Budaya Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan setiap yang diperkatakan oleh Evan tentang pengangkutan awam di Malaysia. Ada juga yang berkata bahawa menghormati penumpang yang lebih dewasa adalah budaya diterapkan di negara ini.

“Di Malaysia, kamu tak dibenarkan untuk makan atau bawa barang berbahaya dalam tren. Penumpang selalunya tak buat hal dan sopan dengan memberi tempat duduk mereka kepada mereka yang lebih tua. Ini adalah budaya kami,” kata seorang wanita.

Malah ada juga warga Malaysia yang menetap di luar negara merindui negara ini selepas menonton vlog Evan sepanjang di Kuala Lumpur.

“Saya adalah rakyat Malaysia yang belajar di AS sekarang. Awak memang buat saya rindu negara saya. Terima kasih sebab ingatkan betapa bersyukurnya saya untuk lahir di negara yang indah. Tak sabar nak balik tanah air,” ujar lelaki itu.

Sementara itu, kebersihan awam yang terjaga juga dikatakan hasil keprihatinan golongan masyarakat.

“Susah sebenarnya nak kekalkan kebersihan fasiliti awam. Tapi kami (penduduk tempatan) cuba yang terbaik. Terima kasih sebab hargai (usaha) dan tolong kami jaga kebersihan,” kata seorang pengguna YouTube.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 22-1-2025 01:44 PM
[youtube]UZsdjj2rxpY[/youtube]
Quote vanillaessence 22-1-2025 01:59 PM











Quote Cayn 22-1-2025 02:45 PM
....meanwhile rakyat Malaysa sendiri tak reti bersyukur dgn apa yang ada. Semua benda nak komplen tak puas hati
Quote ifanonline 22-1-2025 02:55 PM
Cayn replied at 22-1-2025 02:45 PM
....meanwhile rakyat Malaysa sendiri tak reti bersyukur dgn apa yang ada. Semua benda nak komplen ta ...

betul...sebab tu rakyat kita gemok2...
Quote scorpionkiki 22-1-2025 02:56 PM
Benda baru....yg di NY tu dah puloh taun dah...
Quote ifanonline 22-1-2025 02:57 PM
kadang2 terfikir juga, undang2 Malaysia perlu ketat mcm Singapura...baru mencapai negara maju...sebab rakyat kita perangai hauk sangat...semua gomen kena buat
Quote aijinmisaki 22-1-2025 03:03 PM
TAK KACAK
Quote Weller 22-1-2025 03:03 PM
video bait utk viral edisi pasaran Malaysia



next!
Quote caca_eric 22-1-2025 03:12 PM
Edited by caca_eric at 22-1-2025 03:21 PM
scorpionkiki replied at 22-1-2025 02:56 PM
Benda baru....yg di NY tu dah puloh taun dah...


Lrt malaysia 20 tahun lebih kan? 1998/1999
Quote caca_eric 22-1-2025 03:14 PM
Weller replied at 22-1-2025 03:03 PM
video bait utk viral edisi pasaran Malaysia



Tp apa dia cakap tu mmg betul
Quote nutcrack8 22-1-2025 03:15 PM
Content je..
Quote lurve82 22-1-2025 03:27 PM
xhensem pun...anyway mmg LRT kita bersih...dkt london punye underground tube lg la bau hancing...toilet hancing..dkt r&r dorg pun sama...pening aku...yg bersih sket klu kne byr...bersih lg toilet r&r kita..tiberrr...
Quote melinda_kerr 22-1-2025 03:31 PM
aku baru tgk youtube mamat ni..rengsa gila duk tayang muka2 org awam dalm video dia. aku tertanya2 die ni homeless /immigrant ke kt US sana.. sampaikan air laju tk laju dan jamban kecik besarpun nk dijadikan konten..
Quote Skuau 22-1-2025 03:35 PM
apa??? ko lum lg jumpa bangla terpekik pekik...jwb tepon.
Quote eLiaD 22-1-2025 04:16 PM
Edited by eLiaD at 22-1-2025 04:54 PM






RiP
Quote penmerah 22-1-2025 04:53 PM
NY mmg busuk hancing burukk oiiii
mcm langit dan bumi nak banding dgn lrt kita
Quote penmerah 22-1-2025 04:55 PM
tapi laki ni tak hensem kacak pung???
tak berbaloi nak usha berkali2
Quote seri_mawr 22-1-2025 05:24 PM
scorpionkiki replied at 22-1-2025 02:56 PM
Benda baru....yg di NY tu dah puloh taun dah...

x baru sgt...
dah lebih 20yrs kan..?

komuter yang lagi lama dr LRT pun bersih je....cumanya kadang bau ketiak hangit kllu naik ptg2...hahaha
Quote mrsamz 22-1-2025 05:31 PM
lurve82 replied at 22-1-2025 03:27 PM
xhensem pun...anyway mmg LRT kita bersih...dkt london punye underground tube lg la bau hancing...toi ...

Nasib baik ada yang sama pendapat.. Memang tak masuk dalam kategori hensem pun.. Kohkoh

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036831 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top