Kereta yang ditahan penguat kuasa JPJ kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. - Foto JPJ Kedah ALOR SETAR: Seorang wanita dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana menggunakan nombor pendaftaran kereta seperti perkataan yang menunjukkan namanya. Wanita berusia 30-an yang juga pemilik kereta itu mengaku nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya. Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata penguat kuasa menahan kereta dipandu wanita berkenaan jam 6.40 petang kelmarin di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan. "Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jadi notis dikeluarkan untuk tindakan lanjut," katanya. Menurutnya, penguat kuasa mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
|
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu
belilies replied at 22-1-2025 08:31 PM
Che ta jutawam beli haval je keee???
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu
ADVERTISEMENT