CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri penjawat awam hilang terjawab! Rupanya jadi mangsa keganasan isteri

21-1-2025 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35014| Komen: 37|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-21 224734.png


KEHILANGAN seorang lelaki terjawab selepas dia mengaku terpaksa melarikan diri gara-gara tertekan kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Terdahulu, kisah kehilangan mangsa yang merupakan seorang penjawat awam dikenali sebagai Calvin, menjadi perhatian warga maya selepas abangnya membuat hebahan di media sosial bagi meminta orang ramai menjejaki adiknya.

Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Aditya, dalam kejadian pada Sabtu lalu, adiknya memanjat pagar rumah dan kemudian langsung tidak dapat diketahui keberadaannya.

Malah Aditya meminta bantuan daripada firma guaman dan rakan-rakan untuk menjejaki adiknya sebelum mengetahui lelaki itu mengalami tekanan kerana menjadi mangsa penderaan isteri.

Difahamkan, Calvin yang menetap di Ciparay, Jawa, berjaya ditemui dalam tempoh 24 jam dan masih berada dalam keadaan trauma.

Dalam hantaran di media sosial, Aditya turut berkongsi kelakuan adiknya yang menunjukkan perubahan sikap selepas mendirikan rumah tangga.

"Adik saya tak pulang lagi ke rumah ibu bapa, beberapa kali keluar grup WhatsApp keluarga, tetapi saya selalu 'jemput' kembali, dia tidak pernah komen apa pun di grup.

"Sekitar lima hingga enam bulan berlalu tidak ada khabar, dapat informasi dari rakan kerja bahawa Calvin sering didera isterinya.

"Selama ini adik saya selalu ada luka lebam dan cakar. Tapi dia hanya beritahu terjatuh, bukan dipukul," ceritanya.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis dan Calvin mengakui dia menjadi mangsa penderaan oleh isterinya. -Agensi

Sumber ; mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 21-1-2025 10:52 PM
Quote Triple_8 22-1-2025 12:19 AM
Bakal jadi bahan ketawa para acik porem.
Quote doubleA 22-1-2025 02:26 AM
Konoha ke. Talak di tangan suami kan? So? Nak sheraikan pun takut kena belasah ke
Quote matbad 22-1-2025 04:56 AM
doubleA: Konoha ke. Talak di tangan sua ...

dia hadap dia ja tau knp xgamak nk lafaz cerai tu
Quote AbukRokok 22-1-2025 08:53 AM
lelaki utk disayangi dan dibelai
bukan utk disepak terajang
kalau dah xsuka hantar dia balik rumah mak bapak dia elok2 mcm masa ambik dlu
Quote AbukRokok 22-1-2025 08:54 AM
@nusaraya selamatrkan jantan jawa serumpun ni
Quote misszazaz 22-1-2025 08:56 AM
ganasnyyaaaa
Quote n3ar 22-1-2025 09:31 AM
barbie laa...aku gigih baca awal2, tapi dah bau ikan.takkan pelik2 ni jadi kt malaysia...lepas baca perkataan jawa je konfirm kat kohona...

jangan la bawa berita indon masuk sini ngok...
Quote netto_ 22-1-2025 09:40 AM
Ganas sgt ke bininya. Sampai xberani die nk pukul blk, siap lari rumah. Apesal x pijakkan je
Quote nisako 22-1-2025 09:51 AM
what???  ganas ke bini dia
Quote afie_m 22-1-2025 09:58 AM
dasyat bini dia ni, jarang2 berlaku..hahhaha
Quote batmana 22-1-2025 11:24 AM
laki ni salah jantina agaknya
atau pmpn ni salah jantina
cube check jantina masing2, kot2 tertukar
Quote gorjeous 22-1-2025 11:36 AM
Tak pelik pun. Di Malaysia pun ramai je suami yg di pukul isteri.
Quote Suchi 22-1-2025 11:39 AM
Iols suka layan reel laki bini Eva & Javier
Eva ni keturunan Armenian so rupa dan badan dia seksi mcm adik badik kardashian tu tp dia pandai berlakon.
Content dorang laki bini pasal pasangan toksik
Cam biasa watak Eva selalunya jd bini/gf saikopat
Ganaih, scary tp lucu


Quote melinda_kerr 22-1-2025 12:24 PM
aku percaya jer.. dulu ex boss aku seorg yg suka maki org kt opis..tpi rupanya selalu kena debik dgn bini kt rumah..selalu nmpk die kalut kalau bini call, bini mesej. nampkla trauma disitu.
Quote felinecat 22-1-2025 12:35 PM
Ganasnya, sape forumer dlm ni cakap wanita indon bagus..tgok le ni bagus...lg 1 kak seri yg estet tu, gaduh pon tunjuk kt public, itu ye bagus..uhuk
Quote felinecat 22-1-2025 12:35 PM
matbad replied at 22-1-2025 04:56 AM
dia hadap dia ja tau knp xgamak nk lafaz cerai tu

Ade kene nasi kangkang kot
Quote airfilterkotor 22-1-2025 12:39 PM
Istri yang menakutkan.
Quote airfilterkotor 22-1-2025 12:43 PM
melinda_kerr replied at 22-1-2025 12:24 PM
aku percaya jer.. dulu ex boss aku seorg yg suka maki org kt opis..tpi rupanya selalu kena debik dgn ...

Sejenis garang di kantor, jejak kaki di pintu rumah terus pakai apron dan bulu ayam sapu habuk perabot.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057478 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top