CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihadiri figura popular dunia, Ini fakta menarik majlis angkat sumpah Donald Trump

21-1-2025 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32409| Komen: 1

 

FIGURA kontroversi, Donald Trump mengangkat sumpah untuk kali kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di bangunan Capitol, Washington pada Selasa.

Upacara itu menjadi tumpuan dunia memandangkan ia dihadiri ramai individu ternama seperti ahli politik, pemilik empayar dan juga selebriti.

Antara ahli politik yang dilihat berada dalam acara itu adalah Barack Obama yang juga Presiden AS ke-44.

Selain itu, ia turut dihadiri Presiden AS ke-43 iaitu George Bush.

 

Pasangan Bill dan Hilary Clinton juga turut berada dalam acara berkenaan.

Dalam pada itu, kemunculan pemilik gergasi teknologi dunia semasa majlis angkat sumpah berkenaan turut menjadi bualan ramai.


Bilionair teknologi seperti Elon Musk, Mark Zuckerberg dan Jeff Bezos diberi tempat duduk utama dalam acara itu.

Antara tetamu lain adalah Pengasas Google, Sergey Brin dan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh selebriti terkenal Carrie Underwood.

YouTuber dan petinju Jake dan Logal Paul turut menghadiri acara berkenaan.

Detik menarik

 
Fesyen yang digayakan isteri Trump iaitu Melania turut menjadi bualan ramai sejurus majlis angkat sumpah itu disiarkan.

Di media sosial, ramai netizen mengkritik topi yang digayakan Melania kerana ia dianggap tidak bersesuaian dengan acara.

Pemakaian topi itu menyebabkan Trump gagal untuk mencium pipi Melania, malah video kejadian itu turut tular di media sosial.

Antara lain, Elon Musk dilihat tersenyum lebar dan mengangkat dua ibu jari ketika Trump memaklumkan dia mahu menghantar dua angkasawan ke Marikh.

Turut mencuri tumpuan, Senator AS, John Fetterman tiba ke acara itu dengan memakai seluar pendek dan kasut sukan.

Sumber ; mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 22-1-2025 02:23 PM
Baju topi semua dh mcm berkabung raja mati...tak lama le agaknya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.033762 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top