CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun Sekarang Dah Tak Jujur, Barang Pelancong Wanita Malaysia Tercicir Kena Curi!

21-1-2025 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14442| Komen: 32|Original author: vanillaessence


Jepun cukup dikenali sebagai sebuah negara yang didiami oleh rakyatnya yang jujur. Sehinggakan barang yang tercicir, pasti akan dijumpai semula di tempat yang sama.

Bagaimanapun perkara sedemikian tidak berlaku ke atas seorang pelancong wanita dari Malaysia.

Pada ketika itu dia meletakkan beg itu di atas lantai. Kemudian dia berlalu pergi tanpa menyedarinya tangannya tidak memegang beg itu.

Dia hanya menyedari kehilangan beg itu hanya selepas 5 minit. Apabila dia pergi semula ke kawasan itu, beg tersebut sudah tiada lagi.

“Selama ini ini dengar Jepun kalau tinggal barang tak perlu risau. Mereka (rakyat Jepun) memang tidak akan curi. Setakat ini Jepun memang selamat, tapi sekarang saya rasa tidak lagi,” kata gadis itu.

Menurut warganet yang pernah melancong di Shibuya, tidak mustahil jika barang tercicir terus hilang kerana di kawasan dipenuhi dengan pelancong.

Bagaimanapun netizen memberikan cadangan kepada gadis itu untuk pergi ke kaunter ‘lost & found‘ atau balai polis berhampiran. Ini kerana masih ada harapan sekiranya ada rakyat Jepun yang jujur menghantar beg hilang itu antara kedua-dua tempat tersebut.

Menurut gadis itu dia sudah pun membuat laporan polis dan masih belum mendapat apa-apa berita baik.

Dia juga akan pergi ke kaunter ‘lost & found‘ untuk melihat sekiranya beg beli-belah itu ada di sana.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 21-1-2025 08:43 AM
ko ingat, kat Jepun tu orang Jepun je ke? orang Pakistan, India takder kat Jepun?
Quote bakingsoda 21-1-2025 10:54 AM
benaknya..ko ingat ko sorang je ke warga asing kat situ?
Quote plywood 21-1-2025 11:11 AM
dah ramai warga asing di jepun

aku selalu tengok negro buat konten di tempat umum, bas, taman.. contrast betul dengan perangai orang jepun yang tak berapa pedulikan orang..
Quote AbukRokok 21-1-2025 11:18 AM
org luar juga yg ajar
Quote vanillaessence 21-1-2025 12:45 PM

Quote asudau 21-1-2025 02:47 PM
apa nak heran dik, depan kaabah pun ramai scammer
Quote uda 21-1-2025 02:48 PM
Anak I tertinggal ipad masa tunggu flight di Narita. Panik juga, trace balik route yang lalu termasukkah kat cafe. Orang cafe tu suruh check di Los t& Found counter.

Pergi sana, Alhamdulillah ipad tu dah ada, dah siap berbungkus. Rezeki masih ada.
Quote mawardia 21-1-2025 02:58 PM
Pencuri ada di mana-mana dik.
Selipar I ol pun kena curi kat masjidilharam dik.
Kau ghase???
Quote farlis 21-1-2025 03:40 PM
Lurus bendul betoii la kannn
Quote B40tastePosh 21-1-2025 04:03 PM
Orang Jepun tu buken Jin Paling Suci.

Ekekekeke jugek.
Quote mrseller 21-1-2025 04:50 PM
Tah berlambak negro bbc dkt japang tuh.
Quote cursebreaker 21-1-2025 04:58 PM
dia hilang kat area shibuya kan kalo x silap. hmm... shibuya, shinjuku, harajuku, omotesando, ikebukuro mmg la area plg byk tourists di tokyo, lagi2 skrg japan tgh hadap overtourism..banyak pulak tu ummah developing countries yg berbondong2 datang...kawasan2 ni pun nmpk x bersih & busuk..selain sesak ya amat..

high chance yg barang dia kena amik dek org luar..

iol dah duk sini (tokyo) nk dekat 3 tahun...tapi bkn kat area yg iol ckp kat atas tu..area iol x byk org luar..few times iol tertinggal barang berharga..dlm basket basikal (iphone), di cafe, di public place..x hilang ya even lepas sejam dua...
Quote green~tea 21-1-2025 04:59 PM
Wow thats a new one..
Quote cm_vungtau 21-1-2025 05:01 PM
Kosser aku malaya sibuk ingat Jepun tu hebat sangat. Padahal ada aje yang mencuri, pemalas dan lain lain
Quote green~tea 21-1-2025 05:02 PM
asudau replied at 21-1-2025 02:47 PM
apa nak heran dik, depan kaabah pun ramai scammer

Penah masa aku baru abis solat jemaah... aku tengok ada orang indon berebut cium hajarul aswad bertumbuk sampai tertanggal gigi.. berdarah2.. ngeri laaaa
Quote dua_chzy 21-1-2025 07:22 PM
Bodoh.

Bodoh bodoh bodoh bodoh.

Anak sapa la ni tayang bodoh di socmed.

Haiyoh.
Quote doubleA 21-1-2025 07:37 PM
Tempat ko pergi tu bukan org jepun je ada, pelbagai negara pun. Kalau dah sendiri cuai takyah salahkan org lain. Omg what am i reading
Quote mrsbale 21-1-2025 07:58 PM
“ “Selama ini ini dengar Jepun kalau tinggal barang tak perlu risau. Mereka (rakyat Jepun) memang tidak akan curi. Setakat ini Jepun memang selamat, tapi sekarang saya rasa tidak lagi,” kata gadis itu. ….”

Konpidennya tuduh org Jepun mencuri.
Makcik ni ade tgk video cctv time kejadian ke
Quote green~tea 21-1-2025 08:53 PM
Lama tak dtg jepun.. rindu nak makan2 sini... nak singgah la short trip nnti lepas raya

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039119 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top