CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki ‘mumia’ alami gangguan mental

20-1-2025 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23486| Komen: 66

 


SABAK BERNAM – Lelaki berpakaian mumia yang berjalan di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar di sini, disahkan mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tular di media sosial itu, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Katanya, polis kemudian menahan lelaki berusia 25 tahun itu di sekitar Parit 6, Sungai Besar.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati individu itu mengalami masalah gangguan mental.

“Polis kemudian membawa lelaki itu ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut dengan ditemani warisnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Robin, orang ramai dinasihatkan menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat bagi menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, Kosmo melaporkan penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.


Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama sehingga mengundang reaksi orang ramai.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 20-1-2025 10:52 PM
Aku pelik, siapa yg balut die, diri sendiri ke
Quote lanacondor 20-1-2025 10:54 PM
Nasib la pagi. Ni kalau tgh2 mlm mau ada yg eksiden
Quote zehra2 20-1-2025 11:00 PM
makan modal beli kain panjang²
Quote Rogue98 21-1-2025 12:08 AM
Mcm2 perangai rakyat skrg...waris dia lah kut yg pakai kan pakaian mumia tu. hahaha
Quote lolipopmanish 21-1-2025 12:35 AM
Elok pulak balut kain tu
Quote dua_chzy 21-1-2025 12:48 AM
Dah tu kalau mental korang ingat tak mampo dah buat hapa2 ke? Tak nampak porumer2 gila mental di sini, bod gosip, masih mampo berforom, mengeja dengan baik segala?
Quote PULANGKAN 21-1-2025 03:19 AM
ni kalau kejar content, libas dia guna batang paip please
Quote joy_ah 21-1-2025 05:07 AM
itu forumer yg duk sabak bernam tu ke?
Quote batmana 21-1-2025 05:59 AM
Ni bukan mumia la..ni storm shadows
Quote Samerosie 21-1-2025 07:05 AM
felinecat replied at 20-1-2025 10:52 PM
Aku pelik, siapa yg balut die, diri sendiri ke

Kawan dia B40poshtaste agaknya
Quote Jitu 21-1-2025 07:47 AM
sempat ke nak buka semua kain tu bila nak terkucil
Quote mejaputih 21-1-2025 08:02 AM
lawak komen2 dlm ni...itu la sape yg balut dia? dia pakai baju tak kat dalam sbb elok ikut body? b40poshtaste kenal ke?
Quote mejaputih 21-1-2025 08:04 AM
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta
org bangsa apa ye?
Quote lightheaded67 21-1-2025 08:18 AM
Org mental jua mau kan perhatian dong. Ingt acik acik je ke suka capub
Quote shamsadis 21-1-2025 08:24 AM
jangan dikacau, nanti kita pulak dipersalahkan, walhal menyusahkan pengguna jalan raya
Quote Kitty_catz 21-1-2025 08:36 AM
joy_ah replied at 20-1-2025 09:07 PM
itu forumer yg duk sabak bernam tu ke?

tersemborr air kupi

sian dia.. tabaekk tau you
Quote Supersirap 21-1-2025 08:45 AM
Semoga mendapat rawatan yang secukupnya
Quote kotakbaju 21-1-2025 08:46 AM
Ok meh iols tolong seru @B40tastePosh

Mungkin beliau kenal sedara ni
Quote sangbara2020 21-1-2025 08:47 AM
bukan demi konten ke...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045663 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top