CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

George Town, Kota Bharu dinobat bandar paling sesak di Malaysia

20-1-2025 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22355| Komen: 0

 

PETALING JAYA – George Town, Pulau Pinang dinobatkan sebagai bandar paling sesak di Malaysia.

Menurut TomTom Traffic Index 2024, bandar tersebut dikategorikan sesak susulan purata masa perjalanan per 10 kilometer di bandar itu ialah selama 27 minit.

Data tersebut turut menunjukkan George Town menduduki tempat ke-73 bandar sesak di dunia.

Selain itu, menduduki tempat kedua tersesak di negara ialah Kota Bharu, Kelantan dengan catatan purata masa perjalanan per 10 kilometer ialah selama 23 minit.

Turut tersenarai sebagai bandar ketiga tersesak di negara ini ialah Ipoh, Perak dengan purata perjalanan selama 22 minit per 10 kilometer.

Katanya, masa perjalanan, tahap kesesakan dan kelajuan adalah berdasarkan data perjalanan yang dikumpul daripada pemandu dalam kawasan bandar.  

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.033381 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top