SYDNEY – Sebanyak 1.8 juta kilat dikesan dari Queensland ke Tasmania, Australia dalam tempoh 24 jam hingga pukul 8 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu, lapor laman berita WSWS.ORG. Laman web kaji cuaca, Weatherzone mengesan kuantiti kilat yang luar biasa itu ketika cuaca buruk. Antara tengah hari dan tengah malam pada Rabu lalu, sebanyak 73,700 kilat dikesan dalam radius 100 kilometer dari Pusat Daerah Perniagaan (CBD) Sydney. Sejumlah pokok dan talian elektrik tumbang sekali gus menjejaskan bekalan elektrik kepada kira-kira 200,000 buah rumah di wilayah Illawarra, Sydney dan Hunter, Rabu lalu. Walaupun kebanyakan sambungan telah dipulihkan, cuaca buruk yang lebih teruk kelmarin, mengakibatkan 68,000 buah rumah lagi terputus bekalan elektrik. Sehingga pagi semalam, sekitar 28,000 rumah terputus bekalan elektrik di Sydney dan 15,000 lagi di Newcastle dan Hunter. – AGENSI
|
airfilterkotor replied at 19-1-2025 10:47 PM
Kuantiti kilat yang luar biasa ehh.... kalau tak HAARP, Neutrino Detector punya keje ler teww.
-ahl ...
Paiya replied at 19-1-2025 01:33 PM
langit memang tengah murka ke ni
Tinot7 replied at 20-1-2025 04:47 AM
Haarp dgn neutrino detector ni kampeni jahat dlm avengers ka apa?
airfilterkotor replied at 20-1-2025 01:03 PM
Kampeni jahat Bill Gates dan konco-konconya. Katanyalahhh....
ninja boy replied at 19-1-2025 11:11 PM
Harry Potter vs Voldemort
gangerina replied at 20-1-2025 09:06 AM
iolss speku sbb ostolia baru ni announce they welcome visa application for lg8tq..cam tu lah I den ...
Paiya replied at 20-1-2025 01:34 PM
memang patut dimurka
pooh~key replied at 20-1-2025 01:46 PM
Jap akak nak call allah tanya ye ke sebab heshe murka tu yang ostolia kena panah sissy.
ADVERTISEMENT