CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis cari individu pukul lelaki OKU di pasar kemaman

19-1-2025 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15567| Komen: 50|Original author: Apoo

 


KEMAMAN - Polis sedang mengesan beberapa individu terlibat dalam satu video tular memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul sehingga mangsa mengalami kecederaan di pasar tani Padang Astaka Chukai, di sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Ja'far berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi dan hasil siasatan mendapati mangsa merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental yang terlanggar salah sebuah gerai jualan.

"Siasatan awal mendapati mangsa berumur 47 tahun itu yang menunggang motosikal telah memasuki kawasan tapak jualan pasar tani dan kemudian terlanggar salah sebuah gerai jualan menyebabkan barang jualan tumpah dan jatuh.

"Situasi itu telah mendorong beberapa individu memukul mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Justeru, Wan Muhamad berkata, pihak polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kejadian tersebut untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-859 2222.

"Kes disiasat di bawah seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh," katanya.

Pada Jumaat, tular video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki telah dipukul oleh beberapa individu sehingga mangsa mengalami kecederaan di sebuah pasar tani.

Menerusi video itu, lelaki OKU tersebut dipukul dan disepak oleh beberapa individu dalam kejadian di sebuah pasar tani.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 18-1-2025 12:23 PM
Dah kena kutip kang jgn ada cuter sedih bini tgh mengandungla, jaga mak yg dah tua la. Masa belasah org x ingat plk semua tu. Harap2 dpt tangkap sume yg konon berani tu
Quote Decaffeinated 18-1-2025 01:34 PM
Dia bawa motor redah pasar tani. Kalau menurut acik2 porum, OKU bukan alasan. Nasib baik takde yang mati katanya.

Quote Jitu 18-1-2025 07:04 PM
mmg kaw2 kena terajang tepat kat muka
kesian pulak tengok
dengan org tak melawan kemain masing2
Quote Suchi 18-1-2025 07:07 PM
Edited by Suchi at 18-1-2025 07:09 PM

Lelaki OKU mental tu kalau search nama dia bulan ogos tahun lepas penah kena dakwa kes 323 gak sbb cederakan isteri dia.Masa tu dia dh lama benti dapatkan rawatan mental dia.

Ini berita tu

Lelaki cederakan isteri diarah jalani pemeriksaan mental

CHUKAI: Mahkamah Sesyen Kemaman di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang didakwa mencederakan isterinya pada Jumaat lepas untuk menjalani pemeriksaan mental.
Hakim Wan Suhaila Mohd mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Noorinda supaya Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 46, mendapatkan pemeriksaan mental, setelah lelaki itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Nur Syafiqah berkata ia bagi memastikan keadaan lelaki itu ketika dia melakukan kesalahan tersebut, kerana menurut rekod kesihatan Ahmad Nor sebelum ini pernah mendapatkan rawatan psikiatri, namun berhenti menerimanya pada Mei tahun lepas.
Ahmad Nor didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 43 tahun di bahagian kepala, pipi, tangan dan belakang badan dengan menggunakan tangan dan kaki.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Bukit Mentok, di sini pada pukul 5.52 petang, 16 Ogos lepas, dan dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain memohon tertuduh menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah, Nur Syafiqah juga tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu, yang tidak diwakili peguam.
Wan Suhaila kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 23 Sept ini.

** Walaupun gitu  itu bukan bermakna org awam berhak menghukum dia sesuka hati. Serahkan je la pada pihak berkuasa tak perlu la pukul2 dia dgn teruk.
Sampai tendang muka dia masa dia tgh merintih minta air tu.
Quote pooh~key 18-1-2025 08:53 PM
Suchi replied at 18-1-2025 07:07 PM
Lelaki OKU mental tu kalau search nama dia bulan ogos tahun lepas penah kena dakwa kes 323 gak sbb c ...

Apa kau nak expect dengan negeri sebat orang di khalayak ramai pabila berkhalwat sissy? Gitulah peel sekor2 sissy.
Quote lazim 18-1-2025 09:39 PM
Cer check pesbuk masing2 tu. Mesti drg lah terpaling palestin. Klu berhujah xemboh beli kepsi mekdi, xmau beli peluru yg membunuh sedara seagama. Harkktuihh walaun . Baik pompuan baik jantan sama je sial. Pnglmn aku dgn set ganu la plg sial skli
Quote plywood 18-1-2025 10:07 PM

[twitter]https://twitter.com/n_puspanathan/status/1880541322324705482[/twitter]
Quote plywood 18-1-2025 10:08 PM

[twitter]https://twitter.com/md_zuwairi/status/1880523811482906805[/twitter]
Quote plywood 18-1-2025 10:09 PM

[twitter]https://twitter.com/nothingtodolorh/status/1880562256339206309[/twitter]
Quote plywood 18-1-2025 10:09 PM

[twitter]https://twitter.com/Syzira/status/1880554576962826374[/twitter]
Quote plywood 18-1-2025 10:10 PM

[twitter]https://twitter.com/Amirmovic1/status/1880613666292478116[/twitter]
Quote Decaffeinated 18-1-2025 10:39 PM
pooh~key replied at 18-1-2025 08:53 PM
Apa kau nak expect dengan negeri sebat orang di khalayak ramai pabila berkhalwat sissy? Gitulah pe ...

ayat cliche acik forum "Dan2 keluar kad OKU"

cuma kali ni belum keluar lagi ayat tu. I wonder why.


Quote Belibis 18-1-2025 11:11 PM
Ada vdeo sebelum kejadian..buat aksi provokasi kat traffis light..mentang2 la ada kad oku..sekali sekala kena jugak bagi pengajaran.
Quote vespa_oren 18-1-2025 11:14 PM
Tspi ramai kt fb komen acah2 backup peniaga tu
Quote hyie 18-1-2025 11:25 PM
ada jugak scene heols kena simbah air panas/kuah mee pedas kat mata, tapi meols tak kuasa nak tengok videonya. tau pun sebab skrol kt X.

adalah tu yang geram sangat kat dia ni
Quote edayildiz 18-1-2025 11:53 PM
kesiann pulak...i kalau ngn oku i sanggup mengalah..
kt ofis ada staff oku..bisu..
tp dia suka ajak i borak...lambai tgn je tiap kali jmpa time nk balik kerja
Quote Apoo 19-1-2025 07:48 AM
hyie replied at 18-1-2025 11:25 PM
ada jugak scene heols kena simbah air panas/kuah mee pedas kat mata, tapi meols tak kuasa nak tengok ...

Nasib baik x mati. Klu tidak, tak pasal2 masuk dlm. Lg satu, org2 Yg pukul tu pun, apa kaitan dgn owner gerai mee goreng tu? Ka saja nak tunjuk hero. Nak merasa beraya dlm jel kot.
Quote ChildrenOfBodom 19-1-2025 08:32 AM
moga cepat polis tangkap terrorist2 nie
Quote mejaputih 19-1-2025 08:35 AM
I rasa dah ramai yg menyampah kat dia..but it's not a licence for them to hit him.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.040919 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top