CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Agensi umrah buat hal, Shuib dan Mamat tak jadi ke Mekah

19-1-2025 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15341| Komen: 21|Original author: Raline

 


Pelawak Shuib dan rakan seperjuangan iaitu Mamat terpaksa menangguh hasrat menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan depan apabila agensi yang terlibat didakwa tidak telus dalam mengendalikan urusan jemaah ke Tanah Suci.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, perkara tersebut meleburkan impiannya dan Mamat untuk ke Tanah Suci namun yakin ada rezeki lain yang menanti mereka.

“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okey untuk berkerjasama.

“Tapi selepas nampak macam-macam masalah yang timbul, kami ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama syarikat agensi tersebut,” kongsinya dalam satu perkongsian Instagram semalam.

Shuib dilihat sedang memujuk Mamat yang kelihatan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat itu tanpa berkongsi lanjut mengenai agensi tersebut.


Shuib dalam masa sama turut memberi amaran agar agensi tersebut tidak menggunakan wajah mereka sebagai bahan mempromosikan pakej umrah.

“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.


“Insya-Allah ade rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai, yang boleh bawa kita pergi umrah Mat,” jelasnya.

Terdahulu, pada 7 Januari lalu, Mamat berkongsi rasa teruja dan syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah kepadanya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siasia 18-1-2025 07:56 PM
Ahh klaka
Org lain selamat pergi dan balik.
Quote miamiot 18-1-2025 10:23 PM
Bukan la nko sponsor Soib , nko pun hadap sponsor juga .... Mmmm retis gitu la nk beribadat pun semua hadap duit org ... Ckp je besar
Quote Aribaariba 18-1-2025 10:36 PM
Agensi cikai le jawabnye ni. Ok faham..
Quote BlackpingU 18-1-2025 11:19 PM
Bukan ke soeb ni baru balik umrah...ni citer lebur impian nk tunai umrah pulak... dasar freeloader..sama sangkak dgn nekta propa acah kaya tu
Quote likilu 19-1-2025 09:44 AM
miamiot replied at 18-1-2025 10:23 PM
Bukan la nko sponsor Soib , nko pun hadap sponsor juga .... Mmmm retis gitu la nk beribadat pun semu ...

Kira dia pass 1 sponsored slot tu dia la kan
Pastu make it all about him yg bagi

Maybe agensi umrah tu yg tak senang cara dia promote org suruh promote company dia promotw diru sendiri

Kena tarik balik, pun buat content all about him
Quote kucing_gebu 19-1-2025 10:08 AM
Penyangak feeling2 tertipu
Quote nazriatie 19-1-2025 10:26 AM
Video tu nmpk mcm berlakon je..acah2 sedih..hahah..hitamkah hatiku
Quote pearl.silver 19-1-2025 10:33 AM
Tunggang isu semasa ke?
Dia pun nk juga into the scene
Quote Samerosie 19-1-2025 11:46 AM
nazriatie replied at 19-1-2025 10:26 AM
Video tu nmpk mcm berlakon je..acah2 sedih..hahah..hitamkah hatiku

Samalah si mamat cam over lak murung nya padahal x hilang duit pun.
Quote Bholatchomel 19-1-2025 12:14 PM
miamiot replied at 18-1-2025 10:23 PM
Bukan la nko sponsor Soib , nko pun hadap sponsor juga .... Mmmm retis gitu la nk beribadat pun semu ...

kan... ari tu kata dia yg sponsar mamat laki bini gi umrah... mak a guna duit dia sendirilah. ni tiba2 kata agensi  bermasalah pulak. cari jelah agensi lain... bnyak lg yg blh di oercayai..
Quote missyL 19-1-2025 12:31 PM
All about the money

Bkn pasal ibadah tu
Quote oggy 19-1-2025 02:35 PM
Bholatchomel replied at 19-1-2025 12:14 PM
kan... ari tu kata dia yg sponsar mamat laki bini gi umrah... mak a guna duit dia sendirilah. ni t ...

Kan.. kalau betul dia nak sponsor, cari je la agensi lain, dia bayarkan. Tapi mana mahu nyaaaaaa...

Dok content konon sedih ni, nak memancing sponsor agensi lain pulak ke? Doa lah banyak2 ye Mamat, Insya Allah ada rezeki, satu hari nanti berpeluang juga ke sana.
Quote SANKURIANG 19-1-2025 03:28 PM
Kalau nak sponsor secara peribadi, tak mau kena tipoooo, guna la Andalusia, pasti smooth. Pricey sikit, insyaallah selamat. Atau guna Tabung Haji T&T…lagi best.
Quote pauliza 19-1-2025 03:40 PM
SANKURIANG replied at 19-1-2025 03:28 PM
Kalau nak sponsor secara peribadi, tak mau kena tipoooo, guna la Andalusia, pasti smooth. Pricey sik ...

Diaorang pergi dgn Hejira Travel ke sebab skrg Hejira ni tgh ada isu scam jemaah  & Hejira tu memang banyak sponsor influencers .Ada tgk 1 influencer tu share,Hejira ni biasanya diaorang akan sponsor influencer sorang je ,tapi kalau nak bawak pasangan cthnya bayar sendiri .Pakej premium diaorang rm13k jgk sorang ,tak jauh beza dgn Th Travels .Th tu confirm lah trusted .
Quote albedah 19-1-2025 08:50 PM
Kata sponsorrrrrrrrr
Quote Vignette 19-1-2025 09:21 PM
Jadi bukan ib yang sponsor mamat la, ib pun hadap sponsor.
Quote imransulaiman 20-1-2025 12:58 AM
Nampak sangat auta nak sponsor. Mentang-mentang ada isu semasa ejen umrah scam jemaah. Nak suruh netizen saspek agency yang sama ke? Atau ada agency lain lagi yang scam juga? Kalau betul ada, dia sepatutnya reveal atau buat laporan. Ini tak! Tiba-tiba saja BATAL!

BONGOKKKK!
Quote DARSITA 20-1-2025 08:00 AM

mungkin bila agency guna muka dia maka dpt la gratis tu yg dia nak sponsor. Hati hitam ku pula berkata "duit tak berkat kottttt". :-)
Quote rbmy 20-1-2025 09:25 AM
nazriatie replied at 19-1-2025 10:26 AM
Video tu nmpk mcm berlakon je..acah2 sedih..hahah..hitamkah hatiku

kan,, kenapa aku nak husnudzon pun susah.. kalau bab soeb ni?
huhuhu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065956 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top