CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 tahun bercinta, Naim Daniel tinggalkan kekasih macam tu je

19-1-2025 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17226| Komen: 50|Original author: Raline

 


Terkandas di tengah jalan... Itu dapat disimpulkan mengenai hubungan penyanyi Naim Daniel dengan kekasih hati yang dirahsiakan identitinya.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, berkata, perpisahan itu adalah berpunca daripadanya yang ingin ‘mencari’ diri sendiri.

Malah Naim memberitahu keputusan menamatkan hubungan berlangsung selama empat tahun itu adalah yang terbaik.

"Saya yang tinggalkan hubungan empat tahun itu sebab saya hendak mencari diri saya sendiri.

"Saya tidak ingat berapa lama saya ambil masa untuk buat keputusan (berpisah) tapi saya tahu itu yang terbaik," katanya kepada mStar.

Naim membuat pendedahan itu ketika ditemui pada acara House Party XO House yang diadakan di Petaling Jaya pada malam Jumaat.

Enggan dibelenggu dengan kekecewaan berpisah, Naim menganggap hubungan cinta tidak berpihak kepadanya walaupun ia meninggalkan kesan mendalam pada diri.

Sebaliknya Naim meluahkan semua perasaan dan emosi dalam lagu-lagu album terbaharunya berjudul Lelaki Gila yang akan dipasarkan tidak lama lagi.


“Hidup perlu diteruskan sebab kalau ikutkan saya bukanlah jenis orang yang ‘pegang’ atau tunggu seseorang... Kalau kata sudah bukan jodoh dan rezeki nak buat macam mana.

“Sedikit (kecewa) tapi apa-apa pun sekarang saya malas fikir sebab nak bangkit pada tahun 2025," ujarnya.

Mengakui masih belum bertemu pengganti, Naim kini mahu fokus kepada karier seninya.

Pun begitu dia tidak menolak sekiranya hatinya terbuka untuk menerima seseorang yang baharu dan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.


"Siapa saja yang datang selepas ini insya-Allah saya okay saja. Sekarang saya single tapi tidak mencari kerana saya fokus dengan apa saya buat ketika ini.

"Sekarang ini baru saya rasa ‘seru’ nak kahwin dan perasaan itu tidak pernah muncul sebelum ini.

“Kita sendiri pun tak tahu bila panggilan itu sampai. Tapi kalau sudah sampai masa, saya akan jadi orang paling bahagia," luahnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 18-1-2025 06:48 PM
Mencari diri sendiri?

Ke mencari yg seperti diri sendiri
Quote kuceeng 18-1-2025 07:10 PM
ko nak mencari diri sendiri kat club2 tertentu ke camne?
dia ni sejak2 ada band mcm terlalu nak menunjuk sesuatu
Quote anilanil 18-1-2025 09:15 PM
Apa maksud cari diri sendiri? Ko dah free hair, takkan nak pakai tudung? Ke ko penyamar, ko sebenarnya alien?
Quote rayna_raynes 19-1-2025 01:23 AM
Patutlah dia cam broken lately. Ex pulak bertunang tetiba haha
Quote doubleA 19-1-2025 01:34 AM
Sebab ko complicated
Quote SR4tahun 19-1-2025 01:37 AM
rayna_raynes replied at 19-1-2025 01:23 AM
Patutlah dia cam broken lately. Ex pulak bertunang tetiba haha

Ex dia siapa?? Mohon pencerahan
Quote oggy 19-1-2025 03:56 AM
Dia tinggalkan ke atau ditinggalkan.. kenapa baca2 vibe macam dia yang kena dump. Patut la macam broken je. Takpelah dik, umur pun masih muda lagi.
Quote RooneyMara 19-1-2025 08:22 AM
Alaaa bagus la dia tinggalkan. Dia tau dia tak leh commit. Drpd perempuan tu makan hati je tgk bf nya jimba sana sini. To be honest, kalau dia kena tinggal pun I percaya je
Quote enot_sibudak 19-1-2025 08:28 AM
SR4tahun replied at 19-1-2025 01:37 AM
Ex dia siapa?? Mohon pencerahan

Adakah syasya abedul..sbb deols pernah berlakon skali dulu2...kan dia pun bertunang
Quote Kancilkering 19-1-2025 09:36 AM
yg gf yg bole isik angin
buang angin ke?
Quote kucing_gebu 19-1-2025 10:11 AM
poyo
Quote pocongkiutss 19-1-2025 10:19 AM
rayna_raynes replied at 19-1-2025 01:23 AM
Patutlah dia cam broken lately. Ex pulak bertunang tetiba haha

Sapa ex dia chuols? Iols ingtkn dia saja buat gossip hassanah jah sbb nk keluo lagu baru
Quote adelea 20-1-2025 08:29 PM
rayna_raynes: Patutlah dia cam broken lately ...


Aikkkk takkn shasha abdul
Quote rayna_raynes 20-1-2025 09:22 PM
enot_sibudak replied at 19-1-2025 08:28 AM
Adakah syasya abedul..sbb deols pernah berlakon skali dulu2...kan dia pun bertunang

benar sekaley

Quote rayna_raynes 20-1-2025 09:22 PM
pocongkiutss replied at 19-1-2025 10:19 AM
Sapa ex dia chuols? Iols ingtkn dia saja buat gossip hassanah jah sbb nk keluo lagu baru

Shasha

Quote rayna_raynes 20-1-2025 09:23 PM
RooneyMara replied at 19-1-2025 08:22 AM
Alaaa bagus la dia tinggalkan. Dia tau dia tak leh commit. Drpd perempuan tu makan hati je tgk bf ny ...

GF pun bukan makin muda. Si Naim belum nak kahwin.

Quote rayna_raynes 20-1-2025 09:24 PM
kuceeng replied at 18-1-2025 07:10 PM
ko nak mencari diri sendiri kat club2 tertentu ke camne?
dia ni sejak2 ada band mcm terlalu nak menu ...

Ekceli dia ni mmg sewel dari dulu. Iols syak dia ada ADHD haha sbb energy dia tak habis2
Tapi dia creative nak mati


Quote rayna_raynes 20-1-2025 09:24 PM
SR4tahun replied at 19-1-2025 01:37 AM
Ex dia siapa?? Mohon pencerahan

Yang baru bertunang dan bertudung ittew

Quote enot_sibudak 20-1-2025 09:30 PM
rayna_raynes replied at 20-1-2025 09:22 PM
benar sekaley

Shasha ni sejenis muka yg tgk skali xlawa,tp lama2 tgk eh lawaaaaa bdk ni..xjmu jenis muka xmkn tua..adakah sbb naim in denial ni xnk kawen jd si shasha trima ja la sapa2 yg ikhlas nk kt dia..dia pun 29 dh..tua setahun la kiranya dr naim

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044544 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top